Belon KLIA Radiosonde D20041923 Jatuh di Sg Pelek


 Pagi semalam telah berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20041923 di Sungai Pelek, Sepang. Pertama kali ditemui dikawasan ini telah jatuh pada hari khamis malam jumaat.


Memandu dari Bandar Seri Putra, Bangi melalui Nilai sebelum ke Sungai Pelek. Tiba di Sungai Pelek masuk ke jalan sekolah. Terus menyusur laluan hingga ke titik akhir di kawasan kebun buah naga. Meletak kereta di tepi kebun. Berjalan beberapa meter ke hadapan telahpun tiba di titik akhir. Cuba menanyakan kepada pekebun jikalau terlihat belon. Pekerja itupun menafikan terlihat belon di kawasannya.

Berpatah balik ke jelopi bagi mencari tempat letak kereta yang sesuai. Terjumpa uncle kawan kepada pemilik kebun. Memaklumkan bahawa tujuan minta kebenaran mencari belon dikawasan kebun itu. Dia manyatakan bahawa kawannya pemilik kebun telahpun pulang. Maka tanpa halangan kereta boleh diletakkan di pintu masuk kebun itu.

 Kembali semula ke titik akhir di kebun buah naga. Seterusnya melewati kebun kelapa sawit disebelahnya. Arah jatuh belon ke tenggara. Maka jalan terus ke hadapan lagi hingga bertemu jalan di kawasan kebun buah naga juga. Tiba-tiba terpandang benang yang terjurai-jurai dari pelepah sawit. Maka matapun mengekor benang hingga ke lantai tanah. Binggo! Benda yang dicari telahpun dijumpai. Tanpa disedari di atas jalan itu adalah belon. Tidak perasan sungguh bahawa ia berdiam diri di situ.

Peranti terselamat berada di bawah pokok kelapa sawit. Jikalau kereta tuan kebun lalu, pasti belon dilenyek tayarnya. Namun, peranti pasti selamat kerana berada di bawah pokok. Keadaan basah menunjukkan hujan telah turun pada malam itu.

Credit 9W2VDN
Tbeam milik Ayob 9W2VDN berjaya mendekod koordinat dan altitud yang paling terkini. Koordinat 2.63876 darjah Utara dan 101.69260 darjah Timur. Altitud ketinggian 96.7m berjaya dicatat. Berbanding dengan Sondehub merekodkan altitud ketinggian 488m. Wah! sangat tinggi bukan? Andai yang terkini tidak berjaya didekod. Pastilah sukar untuk melakukan pencarian

Rumah burung walit atau layang-layang berdekatan dengan tapak pendaratan radiosonde D20041923. Risau juga untuk memasuki kawasan ini jika terdapat anjing tuan punya kebun. Ternyata tiada salakkan anjing menyambut kehadiranku. Sebelah kiri sawit sebelah kanan pokok buah naga dipisahkan jalan.

Belon dilihat di atas jalan, manakala peranti berada di hadapannnya di kawasan rumput bawah pohon sawit. Sungguh tidak perasan belon berada di atas jalan semasa tiba. Semuanya berpunca dari tali benang menjadi pedoman utama pencarian. Ini mungkin berpunca disebabkan otak telah dilatih mencari benang terlebih dahulu setiap kali misi dijalankkan.

Peranti ditemui di atas plastik sampah di bawah pokok kelapa sawit. Ini memberi satu jaminan yang pasti boleh ditemui dalam beberapa hari lagi. Ini kerana bagi orang tidak mengetahui fungsinya pasti dianggap sebagai bahan buangan sahaja. Sesungguhnya bagi Pemburu Belon ia amatlah berharga. Sanggup meredah semak dan hutan semata-mata untuk mencarinya. Bukankah tidak gila namanya?

Jarum kompas digital menunjukkan arah dan jarak dari peranti ditemui ke titik akhir. Jarak yang dijumpai dari peranti ke titik akhir adalah 85.5m bagi latitud 96.7m. Ada defisit 11.2m menunjukkan angin kuat menolak dengan lebih laju semasa hampir mendarat. Kadar V/H menunjukkan bacaan -9.0m/s dan 6.0m/s.

Peranti radiosonde D20041923 dalam genggaman masih berfungsi setelah diuji di rumah. Tidak disangkal lagi model DFM-17 ini sangat lasak. Mampu bertahan hingga berbulan lamanya dapat berfungsi dengan baik walaupun dijumpai dalam rimbunan rumput. Inikan pula semalaman sahaja. Pastilah ia dapat berfungsi semula dengan mudah.

Rekod oleh jam Garmin koordinat belon adalah 2 darjah 38.2765' Utara dan 101 darjah 41.5681' Timur.

Buah naga yang sudah matang tergolek di atas tanah. Sayangnya tiada tuan punya kebun sewaktu pencarian ini. Maka tengok sahaja tanpa menyentuhnya. Persekitaran kawasan ini dikelilingi kebun buah naga. Ia berdekatan dengan Kg Baru Sg Pelek.

Rekod oleh jam Garmin koordinat peranti radiosonde adalah 2 darjah 38.2790' Utara dan 101 darjah 41.5676' Timur.

Tidak pasti jenis buah naga ini sama ada jenis merah atau putih isinya. Banyak gerai sepanjang jalan dari Pekan Sepang hinggalah ke Sg Pelek ini. Boleh dapat buah naga segar dari ladang.

Selepas kerja-kerja merekod data dan mengemas benang. Menyusur jalan keluar hingga ke palang pintu masuk. Kereta diletakkan ditepi palang dekat jalan keluar. Nasib baik tuan kebun sudah balik tanpa mengganggunya jikalau ingin masuk ke dalam.

Memandu terus pulang ke base stesen melalui laluan yang sama. Cuaca pagi itu redup sahaja. Tidaklah terasa penat sangat walaupun berpuasa. Ini merupakan belon yang kelima berjaya dicari dengan jayanya pada Ramadan ini secara solo.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...