Belon KLIA Radiosonde D20039781 hingga Kg Serting Tengah


 Pada malam ini, belon KLIA radiosonde D20039781 telah terbang jauh hingga ke Kg Serting Tengah, Negeri Sembilan. Telah terpadam isyarat pada jam 10:41 malam, ketika memantau dari Bangi.

Manakala, data aprs-map.info menunjukkan jam 10:35 malam altitud ketinggian 16557m. Namun, data di sondehub jam 10:29 malam altitud ketinggian 16674m lebih lewat lagi. Bermaksud altitud lebih tinggi berbanding data di aprs-map.info.

Kemungkinan boleh bernyawa semula seperti kes radiosonde D20039748 di Banting. Tunggu dan lihat sama ada terjadi seperti itu. Jikalau ia hidup semula, dapatlah mengetahui ia mendarat di kawasan mana.

Ternyata belon KLIA radiosonde D20039781 berjaya bernyawa kembali. Titik yang dikesan pada koordinat 2.99919 darjah Utara dan 102.17924 darjah Timur. Jatuh di Jalan Petaseh N133. Tinjauan peta google satelit dalam kawasan hutan. Altitud ketinggian 1443m telah direkodkan di aprs-map.info dengan bearing 111 darjah.




73, Jojet de 9w2dya

1 comment:

  1. rasanya last dekod OCX lbeh kurang jam 7 ke 8 pgi 235 meter sahaja.. nt cek smla kalau sya silap

    ReplyDelete

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...