Belon Pertama Bulan Ramadan

Credit 9W2OCX
Malam semalam berjaya mendapat belon KLIA pertama di bulan Ramadan. Misi mencari radiosonde D20039893 jatuh di Banting  sertai Hanif 9W2VHF dan Arul 9W2OCX.

Jatuh jam 21:13 malam bertarikh 6 April 2022. Altitud ketinggian 65m dan ketinggian maksimum 18745m. Koordinat 2.69712 darjah Utara dan 101.52198 darjah Timur.

Memandu dari Cheras selepas solat Terawih melalui Dengkil ke Petronas Kanchong Darat. Menunggu ketibaan Arul 9W2OCX dan Hanif 9W2VHF. Bertiga menaiki jelopi terus ke jalan Baru B121 di Kg Ladang Batu. Menghampiri simpang masuk ke dalam ladang kelapa sawit berbaki 673m. Jalan tanah merah terus membawa kami ke titik akhir. Lebih kurang 20m ke titik akhir, Arul 9W2OCX menghalakan jelopinya ke arah titik akhir.

Credit 9W2OCX
Hanif 9W2VHF meninjau lokasi menggunakan teropong mode malam yang gelap. Berpandu GPS waypoint terus ke arah titik akhir dan seterusnya ke peranti dan belon. Semasa pencarian ini salakan anjing menyambut ketibaan kami.

Credit 9W2OCX
Peranti dijumpai pada koordinat 2 darjah 41.8001' Utara dan 101 darjah 31.3357' Timur. Lampu LED menyala bermasud isyarat masih dapat berfungsi dengan baik. Isyarat dapat diterima setelah menghampiri berbaki 200m. Peranti ditemui di atas rumput.

Credit 9W2OCX
Menyemak kedudukan peranti yang dijumpai menggunakan jam Garmin. WX pada malam itu tidak hujan di Banting. Lembah Klang termasuk aku dari Cheras hujan sejak petang lagi. Telah diduga jikalau cuaca buruk, kebarangkalian belon pecah awal adalah sangat tinggi.

Jarak peranti ke titik akhir adalah 56.8m bagi altitud 65m. Kurang 8.2m menyamai altitud 65m bagi jarak yang dijumpai. Jadi, dapat disimpulkan bahawa carilah pada jarak altitud bagi mengesan belon yang telah jatuh di atas tanah. Pasti tidak mengecewakan bagi Pengejar Belon.

Credit 9W2OCX
Kedudukan belon berada beberapa meter di hadapan peranti. Seumpama seekor itik yang sedang berehat. Belon kecil hijau kelihatan masih elok rupanya. Belon dan peranti dijumpai mengikut arah tenggara dari titik akhir. Betul seperti digambarkan dalam tangkap layar radiosonde. Bagi mengesahkan lagi, lihat tangkap layar GPS waypoint 56.8m. Anak panah menunjukkan arah barat laut kerana peranti berada dari arah tenggara. Koordinat yang dicatatkan 2.696648 darjah Utara dan 101.522183 darjah Timur.

Credit 9W2OCX
Hanif 9W2VHF meraikan kejayaan bersama hari lahirnya juga. Untung dapat hadiah belon jatuh ke darat pada hari itu. Belon pecah di bahagian atas yang turut diikat. Hanif  9W2VHFmenggelarkan ia belon bunjut kerana kedua bahagian atas dan bawah diikat.

Misi berjaya dengan kerjasama yang padu dalam Team SAR Central. Bulan puasa tidak menghalang misi pencarian dilakukan. Syukur urusan dipermudahkan terutamanya akses dipemudahkan hingga ke titik terakhir. Jikalau palang jalan tanah merah ditutup. Pasti kami akan menapak hingga jarak 700m.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...