Credit 9W2VHF |
Pagi tadi berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20039755 di jalan tempat pembuangan sampah Tanjung 12. Bersebelahan dengan KLIA dijumpai bersama Hanif 9W2VHF. Ia jatuh malam tadi pada pukul 21:12. Tiga malam berturut-turut belon KLIA telah jatuh awal dan terus ke bumi.
Credit 9M2ZAK |
Perjalanan tergendala sebentar selepas melepasi simpang pertama. Laluan baru diratakan dengan tanah merah. Sayangnya tayar tersangkut kerana tanah menjadi mendap akibat hujan. Mud guard depan terpaksa ditanggalkan bagi membolehkan tayar bergerak lancar tanpa tersangkut pada tanah. Terpaksa berpatah balik melalui laluan utama jalan sawit.
Melepasi beberapa simpang sebelum menemui peranti radiosonde tergolek di atas laluan. Kami bernasib baik menemuinya terlebih dahulu sebelum dilenyek oleh lori sawit. Sebenarnya, Hanif 9W2VHF dan Arul 9W2OCX telah melancarkan misi pencarian sebelah malam tadi. Mereka telah menghampiri titik akhir berbaki 30m sahaja. Rezeki tidak menyebelahi mereka disebabkan dipisahkan dengan parit. Parit ini merupakan sempadan milik ladang sawit KLIA airport berhad.
Sudah menjadi kebiasaan apabila tidak dapat mendapat perkara yang dihajati disebabkan halangan ini. Walaupun sudah menghampiri, namun tidak boleh juga mendapatkannya. Rezeki tidak menyebelahi diri maka ikhtiar lain harus dicari. Memilih laluan masuk yang tepat dapat membantu mencapai kejayaan. Menurut Hanif 9W2VHF, laluan yang dilalui pagi ini berkunci. Inilah menyebabkan mencari alternatif lain untuk menghampiri titik akhir.
Peranti radiosonde diliputi tanah akibat percikan setelah hujan turun. Menurut Hanif 9W2VHF lagi, isyarat masih lagi aktif pada malam tadi. Mereka telah berjaya mendekod koordinat yang lebih tepat lagi menggunakan rdzttgosonde.
Koordinat peranti yang direkodkan oleh jam garmin adalah 2 darjah 45.0983' Utara dan 101 darjah 38.6493' Timur. Ia berada di atas laluan mudah dilihat orang. Pasti ia diambil orang atau digelek kenderaan yang lalu-lalang di situ. Ada beberapa kes peranti jatuh dilaluan telah hilang apabila operasi pencarian dijalankan Pasti ada orang telah mengambil mahupun dibuang di tempat lain.
Kedudukan belon di hadapan seperti kebiasaannya. Belon ke tepi sedikit masuk ke dalam bersebelahan laluan. Tidak mudah dilihat, maka terselamat diambil orang. Belon berkeadaan basah dan menakung air hujan yang lebat ketika dijumpai.
Koordinat belon pula direkodkan oleh jam garmin pada 2 darjah 45.0940' Utara dan 101 darjah 38.6465' Timur.
Belon pecah dibahagian atas serta serpihan terbelit menyimpul di bahagian tengahnnya. Belon hijau dalam berkeadaan sempurna. Jarak antara peranti dan belon tidak terlalu jauh. Kali ini jaraknya dekat. Benang tersangkut bertindan antara satu dengan lain.
Jarum kompas digital menunjukkan arah titik akhir dari peranti yang dijumpai. Jarak 14.3m bagi altitud ketinggian 28m. Koordinat yang dipaparkan 2.751623 darjah Utara dan 101.644210 darjah Timur.
Habis permukaan peranti diselaputi percikan tanah merah ketika hujan pagi tadi. Terpaksalah membersihkan bahagian kod bar untuk mengesahkan peranti dan belon telah dijumpai.
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Stesen 9W2DYA-10 berjaya meninggalkan jejak semasa misi pencarian dijalankan. Ini menunjukkan kawasan ladang sawit ini masih terdapat liputan talian.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment