Kolaborasi Team SAR Penang bersama Team SAR Pahang

Credit 9W2PRX

 Hari terakhir sebelum Ramadan empat misi pencarian belon Kuantan telah dilancarkan oleh Abg Man 9W2PRX dan Ajoe 9W2XOR. Bertarikh 2 Mac 2022 bersamaan hari sabtu dijalankan sebelum berpuasa sebulan.

Credit 9W2XOR

Misi pertama belon Kuantan radiosonde D20059200 telah terbang pada 29 Mac 2022. Koordinat 3.677500 darjah Utara dan 102.547752 darjah Timur.

Credit 9W2PRX

Misi pertama belon Kuantan radiosonde D20059200 di Jengka 16 berjaya.

Credit 9W2XOR
Misi pencarian kedua di kawasan pinggir hutan. Belon Kuatan radiosonde D20056725.

Credit 9W2XOR

Radiosonde D20056725 koordinat 3.777610 darjah Utara dan 102.567459 darjah timur.
Credit 9W2XOR

Pencarian radiosonde kali kedua gagal. Kemungkinan peranti dan belon tersangkut atas pokok yang tinggi.

Credit 9W2XOR

Misi ketga belon Kuantan radiosonde D20053102 berjaya ditemui di Ulu Jempol jam 12:15 tengah hari.

Credit 9W2XOR
Radiosonde D20053102 jatuh pada koordinat 3.735710 darjah Utara dan 102.625160 darjah Timur.

Credit 9W2XOR

Laluan yang digunakan agak beralun memberi cabaran yang besar bagi mendapatkan belon dan peranti.
Credit 9W2XOR
Jarak berbaki 663m untuk ke koordinat titik akhir radiosonde D20053102.

Credit 9W2XOR
Misi terakhir yang ke-4 turut berjaya membawa habuan pada jam 2 petang di Jengka 13. Koordinat 3.754400 darjah Utara dan 102.484451 darjah Timur.

Credit 9W2XOR

Pencarian berbaki 1046m bagi belon Kuantan radiosonde D20059230.

Credit 9W2XOR

Dua peneraju utama dalam kejayaan misi pencarian seblum ramadan Abg Man 9W2PRX dan Ajoe 9W2XOR. Gandingan mantap membawa pulang tiga radiosonde daripada 4 misi yang dilancarkan. Kerjasama berpasukan yang mantap dan padu membawa kejayaan berpasukan. Keyakinan dan keberanian diri serta semangat ingin mencuba pasti menjadi sandaran bagi misi seterusnya.

Credit 9W2XOR

Faktor persekitaran yang cantik dan baik turut mempengaruhi kejayaan. Namun, kesukaran dan halangan yang dihadapi hanya empunya diri sahaja yang merasa tidak ditunjukkan. Bertambah dengan ilmu dan pengalaman yang semakin mantap memudahkan misi dilalui dengan mudah. Syabas dan tahniah kepada kedua stesen. Gabungan yang mantap menjadi inspirasi buat semua Team SAR Malaysia.

73, Jojet de 9w2dya




1 comment:

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...