Stesen Portable Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras

Credit 9W2UBS
Pagi tadi monitor di Marts Linking kedengaran audio Pak Hamdan 9W2HXO sedang portable di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras. Beliau bersama Reuben Ching 9W2YGF sedang setup portable station di salah satu gazebo di taman itu. Tujuan untuk menguji pancar jalur 2 meter dalam mode SSB.
 
Credit 9W2UBS
Aktiviti hujung minggu yang sangat baik mendedahkan pengunjung kepada hobi radio amatur. Ini disarankan oleh Pak Khalid 9M2KYY semasa QSO di Marts Linking. Sehubungan itu ramai rakan ham yang berkelapangan dapat singgah sambil eyeball.

Credit 9W2UBS

Merujuk kepada FB, antara rakan yang hadir dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari ialah Chan Yee 9W2TCY, Faizal 9W2UBS, 9W2UBC, 9W2NBC, 9W2NCM dan Azhar 9W2GIA.

Credit 9W2UBS

Manakala, stsesen yang bergabung di pengulang Marts ialah 9M2KYY, 9W2VSY, 9W2NBJ, 9W2ADC, 9W2UBS, 9W2IAS, 9W2BUZ, 9W2KYN, 9W2LKL, 9W2SGJ, 9W2WXX, 9W2ZQI, 9M2VVH, 9W2TCY, 9W2ZTT, 9M2CIF, 9W2GIA, 9W2HAS dan 9W2WSF.

Credit 9W2UBS

Tahniah kepada Reuben 9W2YGF dan Pak Hamdan 9W2HXO berjaya mengadakan uji pancar di taman awam. Secara tidak langsung memperkenalkan hobi radio amatur kepada masyarakat. Rakan-rakan ham yang hadir turut memberi sokongan di samping mencuba radas serta menguji pancar di lapangan. Aktiviti ini turut dapat mengeratkan hubungan sesama rakan ham di samping bertukar pengalaman dan pengetahuan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...