Pencarian diteruskan


 Permulaan cuti sekolah pada hari jumaat bersamaan 9 Februari 2024. Pencarian dan pemburuan batu tanda aras diteruskan lagi. Kali ini cuba mencari di Jalan Broga hingga Beranang.


Merujuk kepada laman sesawang Jupem setiap satu kilometer sepanjang jalan telah ditandakan. Namun, jika pergi mencarinya pasti tidak dijumpai. Mengapa? Mungkin peningkatan taraf laluan tersebut menyebabkan banyak batu telah hilang.


Pemanduan terus hingga sempadan Negeri Sembilan. Merujuk kepada laman sesawang Jupem, terdapat satu batu tanda aras di situ. Ternyata benar setelah menjumpai BM#61 nombor stesen B 0409. Bersebelahannya juga peti surat yang lama dan boleh dikirakan bahan sejarah juga.


Batu tanda aras B 0409 hampir tenggelam dengan longgokan batu-batan. Nasib baiklah batu ini telah dicat putih. Mudahlah ia dilihat dan dijaga oleh masyatakat setempat.


Kedudukan batu tanda aras nombor B 0409 ditepi pintu masuk Balai Polis. Pemandangan ke arah Negeri Selangor. Laluan dari arah datang iaitu Semenyih.


Koordinat bagi BM#61 nombor stesen B0409 adalah 2.936479 darjah Utara dan 101.911338 darjah Timur.


Seterusnya pemanduan ke arah Lenggeng. Hanya menemui di Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Setia sahaja. Pemandangan dari arah Lenggeng. Batu di tepi pintu masuk sekolah.


Batu tanda aras yang ditemui seolah-olah tergantung di tebing bukit berhadapan sekolah. Pemandangan dari arah Broga. Kereta mudah diletakkan dibahu jalan hadapan sekolah yang agak lapang.


Pemandangan batu tanda aras dari bahagian hadapan di tepi pintu masuk utama sekolah. Mustahil tidak nampak jikalau kedudukan batu yang agak tinggi.


BM#62 nombor stesen N 1709 lokasi di SK Dato' Klana Setia, Lenggeng.


Koordinat BM#62 nombor stesen N 1709 adalah 2.864068 darjah Utara dan 101.941227 darjah Timur. Kemudian terus menghala ke Beranang melalui Kampung Jai. Melihat di hadapan Balai Polis Beranang tidak kelihatan batu tanda aras.


Seterusnya masuk ke Jalan Enam Kaki hingga ke balai raya. Tidak diketemui batu tanda aras. Sebaliknya ada batu tanda aras milik JPS di dalam kawasan berpagar.


Stesen Aras Air Telemetri di Kampung Jalan Enam Kaki di tepi balai raya. Nama stesen adalah Pekan Beranang, Hulu Langat serta nombor stesen 2818402. TBM ini merupakan penemuan kedua selepas di TNB Pangsun.


Kemudian pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhlas. Selepas solat operasi belon ozon bersama Arul 9W2OCX. Berjaya juga mendapat satu stesen tanda aras nombor stesen B 2144 yang telah diceritakan dalam entri sebelum ini.


Pencarian diteruskan selepas bergerak haluan masing-masing. Sebenarnya semasa ke Banting untuk mencari belon ozon telah terperasan batu tanda aras ini sebelum menyeberangi jambatan Banting.

BM#64 nombor stesen B 5529 bertentangan dengan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat sebelum jambatan Banting. Terpaksa melintas di hadapan Pejabat Pertanian untuk ke batu. Anjig menyalak dari rumah berhadapan batu ini. Tergesa-gesa mendokumentasi dan terus pulang ke kereta semula. Koordinat 2.816443 darjah Utara dan 101.516095 darjah Timur.


Seterusnya memandu pulang ke Dengkil. Batu ini juga telah terperasan semasa hala ke Banting. BM#65 nombor stesen B 5521.


Pemandangan batu ke arah Pekan Dengkil. Batu dikelilingi rumput yang menghijau.


Sebuah jelopi lusuh hampir melanggar batu. Kereta lusuh yang diletakkan di tepi bahu jalan. Nasib baik ia tidak ditutup keseluruhan batu tanda aras ini. Batu tanda aras nombor stesen B 5521 terletak di bahu jalan berdekatan Taman Bintang emas. Koordinat 2.858071 darjah Utara dan 101.677182 darjah Timur.


Pencarian terakhir di simpang Taman Gemilang, Dengkil. BM#66 stesen nombor B 3062. Meletak kereta di tepi jalan dekat dengan kedai Tomyam. Kemudian berjalan kaki ke simpang yang tidak berapa jauh.


Batu hampir tenggelam berdekatan dengan batu tanda paip gas bawah tanah yang berwarna oren itu.


Bahagian ketinggian satu kaki batu hampir hilang. Hanya bahagian atas hampir segi tiga dan plate sahaja kelihatan. Pemandangan arah ke Bangi.


Jam menunjukkan 19:02 pada tangkap layar di atas. Ketika itu juga, hujan renyai-renyai telah turun. Ini bukan menghalang untuk mendokumentasikan batu tanda aras BM#66 ini. Koordinat nombor stesen B 3062 adalah 2.857129 darjah Utara dam 101.686049 darjah Timur.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...