Bukit Sungai Long, Cheras


 Tengah hari tadi sempat singgah ke Bukit Sungai Long, Cheras selepas balik dari rumah mak. Jalan ke bukit ini sudah dibuka, setelah resort Monkeys Canopy  dirasmikan. Maka mudahlah kereta dipandu hingga ke tempat permulaan pendakian. Sebelum ini pernah menapak berjalan kaki dengan kecerunan agak tinggi melalui jalan tar yang kurang siap. Kini semuanya telah mudah boleh memandu hingga ke tempat permulaan pendakian.


Rakaman video disekitar kawasan pemandangan matahari terbenam. Waktu tengah hari matahari masih atas kepala lagi. Elok datang lewat petang barulah boleh menikmati pemandangan matahari terbenam. Meletak kereta berdekatan papan tanda Bukit Sungai Long yang menunjukkan peta grafik tempat-tempat menarik di sini. Ia dibangunkan oleh komuniti Bukit Sungai Long yang aktif dalam aktiviti pendakian. Banyak jalur boleh dipilih bagi melihat keindahan alam semulajadi di sini.


Penulis tidak memanjat ke puncak. Sekadar melintas jalan di simpang tiga tersebut. Berjalan melintas serta melangkah longkang sebelum melepasi pintu gerbang. Agak mendaki sedikit terpampang di hadapan adalah pemandangan yang cukup indah. Banyak bangku-bangku turut disediakan bagi menikmati pemandangan sebelah Sungai Long dan Cheras hingga melihat bangunan ikonik di Kuala Lumpur.


Bukit di hadapan merupakan bukit bersebelahan laluan dari Sungai Long. Pemandangan ini mengarah ke Batu 10 Cheras. Boleh dilihat laluan MRT dari Bandar Tun Hussein Onn ke Seri Raya. Hampir depan pastilah Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.. Tengahnya pastilah Bandar Tun Hussein Onn dan kawasan persekitarannya di sebelah Alam Damai.


Pemandangan arah ke Batu 9 Cheras. Stesen MRT Suntex serta persekitaran pangsapuri berdekatan. Hadapan lagi kawasan Cheras Kuala Lumpur. Lebuhraya SUKE juga dapat dilihat. PGA Cheras dan Maktab Polis berhadapan diantara satu sama lain.


Pemandangan Bukit Enggang 341m asl. Bukit ini semakin ditarah puncaknya. Pastilah kurang daripada 341 m dari aras laut. Zaman sekolah dahulu penulis bersama beberapa orang rakan pernah mendaki ke puncak bukit ini. Bukit ini merupakan salah satu kawasan kuari batu granit di Cheras ini. Semasa kecil penulis selalu mendengar letupan pecah batu dari kawasan ini tepat jam 12.00 tengah hari. Kini Bukit Enggang 341m semakin hilang dari pemandangan. Ini amat menyedihkan dan memberi kesan yang mendalam kerana penulis membesar di kawasan Cheras ini.


Sebelah kaki Bukit Enggang 341 m merupakan Loji Rawatan Air Langat 2. Tengah kiri merupakan kondominium Venice Hill. Hadapan sedikit boleh dilihat Lebuhraya SUKE antara simpang CKE dan Bukit Teratai. Tiga bangunan ikonik adalah Merdeka 118, Menara Kuala Lumpur dan Menara TRX.


Ketika menikmati pemandangan ini, cuba beberapa kali memanggil di frekuensi V40 145.500MHz. Namun panggilan tidak berjawab menggunakan hand-held sahaja. Mungkin waktu tengah hari ramai stesen yang sibuk dengan tugasan masing-masing. Sebelum itu dijelopi memanggil menggunakan mobile rig dengan bantuan antena quarterwave sahaja.


Pemandangan Bukit Besi 291m asl yang mempunyai menara telekommunikasi di puncaknya. Dua pangsapuri di tengah gambar merupakan berdekatan stesen MRT Seri Raya. Kaki Bukit Besi 291m merupakan kawasan Alam Damai dan Damai Perdana.


Stesen 9W2DYA-5 diaktifkan ketika itu. Altitud ketinggian kawasan ini adalah 219m. Manakala jam Garmin pula mencerap altitud ketinggian 195 meter. Kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti radio amatur kerana ketinggiannya serta kemudahan yang boleh digunakan. Pastilah hanya menggunakan tenaga bateri mahupun solar bagi mengaktifkan stesen.


Kemudahan yang ada hanyalah bangku dan pondok ringkas sahaja. Bagi pencinta alam sudah memadai dengan kemudahan yang ada ini. Hanya menikmati keindahan alam serta mengurangkan kesan kepada kemusnahan dan pencemaran. Papan tanda jaga kebersihan turut dibuat oleh komuniti.


Laluan untuk turun semula ke simpang tiga jalan Monkeys Canopy. Boleh dilihat papan tanda tempat menarik di Bukit Sungai Long ini. Seberang jalan itu merupakan tempat permulaan ke puncak yang lebih menyajikan pemandangan 360 darjah yang lebih mengasyikkan.


Pihak resort Monkeys Canopy menggunakan tiang lampu jalan bertenaga solar. Oleh kerana ia jauh ke dalam kabel elektirk sangat sukar disediakan. Bukit di hadapan itu merupakan laluan ke puncak. Permulaan laluan terpaksa menggunakan bantuan tali. Bukitnya sangat curam. Berhati-hati ketika memanjatnya.

Akhir kata, Bukit Sungai Long merupakan tarikan kepada para pencinta alam yang sukakan menghayati pemandangan indah. Mudah akses kini membolehkan ia mudah sampai dengan lebih cepat.

Selamat Menghayati Keindahan Hijau

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Safari Escape Playland @ Monkeys Canopy Resort Sg Long

  Hari terakhir cuti pertengahan 3 Jun 2024 sempat pergi ke Safari Escape Playland, Sungai Long Cheras.Satu lagi tarikan Monkeys Canopy Reso...