KLESF 2016

KUALA LUMPUR DX TEAM telah diberi kepercayaan untuk menyertai Kuala Lumpur Engineering Science Fair 2016 (KLESF) dalam usaha memperkenalkan lagi radio amatur kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar.
Pameran ini akan diadakan pada 4 hingga 6 November 2016 di Mines International Exhibition And Convention Centre (MIECC).
Ini merupakan antara platform yang sangat baik dalam membawa radio amatur kepada masyarakat kerana jumlah kehadiran pada tahun lalu mencecah kepada 50 ribu pengunjung.
Oleh hal demikian kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari Syarikat, Persatuan atau individu yang berminat untuk membantu kami menjayakan program pameran pada kali ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan setiausaha KLDX saudara Ridzuan (9M2VDX) melalui email 9m2vdx@gmail.com atau talian telefon 014-5105566.
Maklumat lanjut mengenai KLESF boleh didapati di http://www.klesf.net/

Amateur Radio Examination Seminar in conjuction with 14th USIM Convocation Fest

Islamic Science University Of Malaysia (USIM) will be Organizing it's 14th USIM Convocation Fest which will be held from the 18th to 21st November 2016.
In conjunction with that programme, Amateur Radio Clubs such as MARTS, NESRAC and KLDX will be participating in the presentation of Radio Amateur .
Activities such as Amateur Radio Exhibition, DXing , RAE Class and talk on amateur radio will be presented during the exhibition and Convocation ..
All interested participants who wishes to learn or wanting to know more about radio amateur are welcomed to join us for a free presentation and also the needs and requirements to obtain a Licence -- we will also be conducting a free pre preparation for a RAE examination class ( Radio Amateur Class )
Limited to 30 for the public and the rest will be allocated to the students of USIM
Thanks.

Monitor V38 Putrajaya di Bdr Tun Hussein Onn Cheras

Petang ini kedengaran audio rakan 9W2VDN dan 9W2PJH di 145.475MHz. Aku portable di saltmine Cheras dan copy audio 4/8 dan 4/8 kedua rakan. Malangnya penerimaanku QRM yang sangat kuat menyukarkan aku mendengar perbualan mereka berdua.
Abg Ayob 9W2VDN portable saltmine di Presint 9 Putrajaya.
Manakala abg Johan 9W2PJH tak QSL QTHnya.


73, Jojet de 9W2DYA

APRS di 9M Land bertambah meriah

Perkembangan APRS di 9M land bertambah meriah. Banyak dilihat stesen tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini dapat dilihat di dua negeri iaitu Johor dan Melaka.
Nampaknya komuniti di sana menggiatkan usaha untuk mempopularkan APRS sebagi cabang dalam radio amatur yang begitu luas penggunaannya. Ia tidak terikat hanya bercakap di udara sahaja. Malahan banyak mode dalam radio amatur boleh diteroka dan dicubai.
Bagi yang ingin berjinak-jinak dalam APRS boleh mengaktifkan melalui android iaitu aprsdroid di telefon pintar masing-masing dan dapatkan passcode. Boleh muat turun di https://aprsdroid.org dan pastikan juga dapat passcode bagi mengaktifkannya.
Johor terutama di Johor Bahru dilihat banyak stesen telah wujud.
Antaranya adalah;
9M2ZAK-1, 9W2FZW-3, 9W2HFI-1, 9W2TBJ-1, 9W2RVF-10, 9W2BAF-3, 9W2ZFM-3, 9W2ALS-5, 9W2ZJR-1, 9W2KHE-1, 9W2JBV-3, 9W2RLW-5, 9W2CHF-1 dan 9W2PIE-4 serta ramai lagi.
Manakala di Batu Pahat 9W2BPA-1 dan 9M4RJN-3. Mersing 9W2MQF-4, Muar 9W2SHS-4.
Melaka pula, 9W2HHC-1, 9M2TEE-10, 9W2USM-1, 9M4RHE-3 dan 9M4RML-3.
Ipoh  Perak terdapat stesen 9W2MNR-8, 9W2SHB-1, 9M2RKV-3 dan 9M4RCH-3 di Cameron dan tak lupa juga 9W2HKR-5.
Seterusnya di Pulau Pinang Pulau Mutiara terdapat stesen 9W2WS, 9W2POP-3, 9W2PUM, 9M2RBB, 9M4RBB, 9M4RPH, 9M4RPP.
Kelantan turut mempunyai stesen seperti 9W2SPA-1, 9W2YIE, 9W2XXP-8 dan 9W2PNS-3


73, Jojet de 9W2DYA



9W2DFL-9 di Nusa Putra

Stesen 9W2DFL ini sering ku dengari ketika monitor di V38 Putrajaya. Rupanya jauh juga QTH di Putra Perdana. Kadang dapat copy audio dan kadang terima anda 4/8. Setakat ni masih belum dapat bekerja dengan anda lagi. Moga ramai lagi rakan V38 Putrajaya mengaktifkan di APRS pula bagi mengesan QTH ketika simplex.


73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V38 Putrajaya

Semalam sudah mula bercuti sempena Deepavali. Sempat juga monitor di frekuensi 145.475MHz. Seperti biasa sebelah malamnya frekuensi ini sentiasa ada stesen berQSO.
Stesen 9W2OTX di Sungai Merab pasti dicopy dengan baik diikuti 9W2PIO di Putrajaya. Ada stesen 9W2JNJ kalau tak salah di Damansara Damai semasa QSO mereka tetapi aku tak menerima.


73, Jojet de 9W2DYA

XPDC Redah Titiwangsa




XPDC Redah Titiwangsa  yang berlangsung 9 hingga 14 Oktober 1997. Sewaktu ini aku aktif dengan rekreasi apabila menjadi ahli Kelab Rekreasi ITM Shah Alam (Kresma)


Seingatku gambar ini diambil di Gunung Brinchang antara gunung yang boleh dinaiki menggunakan kereta. Pada pengalamanku bermalam disini adalah antara yang paling sejuk. Suhunya amat rendah hingga ke tulang apabila sejuk menggigil waktu malam.


Al-Fatihah untuk arwah Rizal yang bergambar disebelahku. Moga rohnya dicucur rahmat.


73, Jojet de 9W2DYA



Teambuiding Village @ Marriot Putrajaya

Sementara menunggu xyl hitea di Zest.
Aku sempat menjenguk keluar lobi. Rupanya terdapat kemudahan untuk aktiviti Teambuilding di Marriot Putrajaya.
































Portable saltmine



Petang ini dapat juga QSO bersama stesen 9W2OZU abg Zul. Walaupun terputus-putus audio yang bermobile masih lagi dapat copy audioku di Bandar Tun Hussein Onn.
Mungkin beliau bermobile di Bandar Baru Bangi. Terima anda 3/8 kadang terputus-putus.


Kedengaran juga audio 9W2OTX yang telah sampai dibasenya Sungai Merab.


73, Jojet de 9W2DYA

Signal report on 8 October 2016



Monitor rakan V38 QSO semalam agak meriah dengan kedengaran audio stesen 9W2ZZC abg Zuma kedengarannya dari Kepong. Frekuensi 146.4125MHz kedengaran jelas sekali audio 9W2ZZC di Kepong oleh ku readability 4/8. manakala kedua stesen lagi 9W2OTX dan 9W2PIO readability 5/9 seperti biasanya.


QSY ke V33 145.4125MHz pula, kali ini audio abg Zuma tidak langsung dapat dicopy olehku. Manakala stesen 9W2UGS Abg Shahril di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 terima 5/9. Begitu juga Abg Azman 9W2OTX dan stesen 9W2PIO di Presint 14.


Seterusnya mereka sekali lagi QSY ke V38 145.475MHz dan kedengaran semula audio abg Zuma readability 3/8 dari baseku di Bangi. Mengekalkan penerimaan readability 5/9 adalah 9W2UGS, 9W2OTX dan 9W2PIO walaupun WX hujan malam itu. Satu lagi stesen kedengaran nama Wak rupanya 9M2NDO di Tanjung Karang negative copy.


Manakala sebelah petang pula, sempat aku monitor kedengaran audio stesen 9W2XXV portable Puchong Permai readability 4/8. Beliau QSO bersama stesen 9W2VDN  di Putrajaya yang tidak dapat dicopy audionya.


Pada pukul 6:05 kedengaran audio abg Azman QSO bersama stesen 9W2UMF abg Fuad di Bandar Baru Bangi yang audionya tidak dapat dicopy olehku. Kemudian aku masuk bergabung sehingga jam 6:20 kerana 9W2OTX QRL dengan  tugasan untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbenam di Putrajaya. Menurut beliau Abg Yop 9W2VDN portable di Presint 5 menggunakan handy dengan antenna rubber duck sahaja. Tidak hairanlah Sungai Merab audionya dapat diterima.


jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA



FENOMENA AIR PASANG BESAR DAN BANJIR PANTAI 15 - 16 OKTOBER 2016

Pada 30 Sept 2016, MARES telah dijemput menghadiri taklimat dan perbincangan bersama agensi dan ngo lain berkenaan ramalan JUPEM berkenaan fenomena air pasang besar dan banjir pantai. Dari maklumat yang didapati, terdapat 4 kawasan utama di Selangor, Perak dan Kedah yang mungkin dilanda banjir kilat.
Selangor:
Tanjung Karang
Kg Tok Muda
Perak:
Bagan Datoh
Kedah:
Kuala Muda
Jangkaan air pasang besar sekitar 14, 15 dan 16 Oktober adalah jangkaan tinggi. NADMA dan Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat daerah yang terlibat dalam perancangan dan gerak kerja untuk mengambil langkah-langkah persiapan awal untuk menghadapi bencana akibat fenomena tersebut. Agensi-agensi penyelamat seperti Polis, Bomba, APM dan APMM juga bersedia untuk menghadapinya dengan pelan tindakan masing-masing.
Komunikasi :
Agensi-agensi yang terlibat akan menggunakan GiRN sebagai sistem komunikasi primary. Perkhidmatan radio amatur diminta untuk bersedia sekiranya diperlukan.
Adalah disarankan rakan-rakan radio amatur dapat bersedia sekiranya dipanggil untuk membantu.
Segala koordinasi persiapan bencana di kawasan yang terlibat diletakkan di bawah Pegawai Daerah masing-masing (selaku pengerusi ajk bencana daerah.
MARES akan dihubungi oleh NADMA melalui group whatsapp agensi/ngo yang dikelolakan oleh NADMA untuk membantu koordinasi komunikasi radio amatur. Oleh yang demikian, sekiranya rakan-rakan, kelab atau komuniti mempunyai masa kelapangan pada 14 - 16 Oktober untuk menjadi sukarelawan emcomm secara individu, atas nama kelab atau komuniti/grup masing-masing, sila whatsapp ke talian saya, 9w2fg 018.661.7037 atau 9w2fd 012.428.0696.
Sekian, terima kasih.

9M2RPN contact OR4ISS



Tepat 2:25 pagi kedengaran audio dari ISS di 145.800MHz. Terima readability 4/8 di baseku Bangi. Ramai juga yang monitor terutama rakan V38. Akhir QSO jam 2:30 pagi ketika ISS melalui sepanjang Semenanjung. Beberapa soalan telah dikemukakan dan dijawab dengan baik sekali. Yang paling jelas kedengaran adalah Thank You Over yang dijawab oleh Takuya Onishi KF5LKS.
Tunggu tahun hadapan pula, untuk program seperti ini yang
credit Mhd Fairos Asillam
 diadakan setiap oktober.














73, Jojet de 9W2DYA








Tweet ARISS



ARISS ct. w/ Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur, Malaysia on 06 Oct. Set for 18:24 UTC. The ct. is direct w/ OR4ISS and 9M2RPN.


https://twitter.com/ARISS_status

QSO bersama 9W2OTX dan 9W2OZU



Awal pagi tadi lebih kurang jam 1:15 panggilanku disahut oleh stesen 9W2OTX di Sg Merab. Abg Azman satu-satu stesen yang dapat menerima pemancaranku dengan readability 3/8. QTH diatas bukit memberi satu kelebihan untuk menerima  dari pelbagai sudut. Paling jauh menurut beliau memancar hingga ke Temerloh, Pahang.


Kemudian jam 1:25 pagi pula, kedengaran audio stesen 9W2OZU di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi masuk bergabung. Namun beliau tidak dapat copy audioku maklumlah QRP stesen menggunakan handy sahaja. Terima anda readability 4/8 dari baseku Bangi. Walaupun abg Zul tidak dapat mendengar audioku, maka abg Azman lah menjadi pengantara QSO kami. Biasalah bila bersimplex kadang boleh copy dan kadang kala tak dapat copy. Bergantung radas yang digunakan.


Tapi sebelum itu, aku dapat copy satu stesen iaitu 9W2DFL Faizul QTH Putra Perdana readability 5/9. Beliau sedang QSO bersama Johan kedengarannya yang pasti itu stesen 9W2PJH yang sering ku lihat jelopinya di Alamanda. Semasa QSO kami, abg Azman ada bertanya kepada Faizul samada beliau dapat menerima audioku. Faizul menjawab bahawa negative copy. Nampaknya sampai ke Putra Perdana aku dapat menerima pemancaran.


QSO bertiga kami berhenti hingga jam 2.00 pagi memandangkan semuanya akan saltmine. Seronok dapat rakan baru lagi, QSO berkisarkan tentang APRS, SSTV dan ISS.


Rupanya komuniti radio ham Putrajaya ada group whatsapp dan blog ini telah discrenshotkan. Terima kasih semua rakanV38 Putrajaya membaca tulisanku yang biasa-biasa ini. Tulisan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan idea sahaja.


Jangan lupa pagi ini QRV145.800MHz untuk mendengar Angkasawan di ISS akan contact 9M2PRN jam 2:21pagi.


Terima kasih abg Azman dan abg Zul atas QSO dan perkongsiannya. Jumpa dan jumpa lagi


73, Jojet de 9W2DYA



9M2RPN calling OR4ISS


Jangan lupa 7hb Oktober 2016 nanti acara tahunan live communication with ISS.
Kali ini astronot dari Jepun KF5LKS akan menyambut panggilan dari Planetarium.
Acara pada kali akan diadakan awal pagi jam 2.
QRV 145.800MHz untuk menerima audio dari ISS.

Monitor V38 dan QSO bersama 9W2OTX

Pagi ini sempat monitor di V38 di base station. Kedengaran signal report 5/9 pada stesen 9W2UGS, 9W2OTX, 9W2PIO dan satu stesen adalah 9W2OZU kira-kira jam 1.40 pagi.


9W2UGS di Bandar Baru Bangi manakala 9W2PIO di Presint 14 dan paling hampir adalah 9W2OTX di Sungai Merab.


Akhir QSO mereka aku mencuba menguji pancar dan dijawab oleh 9W2OTX yang hampir denganku. Beliau menerima signal report readability 3.


Aku hanya menggunakan handy TYT TH-UVF8 dengan bantuan antenna quarterwave groundplane. Menurut 9W2OTX diakhiri perbualan mereka berempat sering ke udara lewat pagi ini.


Terima kasih dapat menjawab panggilanku ada kelapangan boleh bertemu didaratan dan ke udara lagi.


73, Jojet de 9W2DYA

9W2DYA-1 dan 9W2DYA-4

Dua stesen ini diaktifkan menggunakan SARTrack yang mudah untuk disetupkan.

Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...