IARU Region 2 ARDF Championship
The IARU Region 2 ARDF Championships are underway! Thursday, August 1 was the Foxoring championship near Raleigh, North Carolina, USA. 68 radio athletes ranging in age from 7 to over 70 took to the woods to find low power 3.5 MHz transmitters.
In addition to the United States and Canada, guest athletes from China, Germany, and Australia participated. The championships continue through August 4 with a 3.5 MHz Sprint, and Classic distance races on 144 MHz and 3.5 MHz.
For more information: https://backwoodsok.org/2019-ardf-us-and-region-ii-championships
Monitor 2 meter band malam jumaat
Malam ini sambil mengadap laptop boleh monitor di frekuensi.
11:05 malam di Nesrac 9W2NIE memanggil 9W2DGA tetapi disahut oleh 9W2ZNL.
11:07 malam di Marts linking 9W2ZNL QSO bersama 9W2VDN.
Abg Ayub 9W2VDN QRO 25watt bagi memberi penerimaan lebih baik lagi.
11:24 malam 9W2YMC masuk bergabung.
11:33 malam 9W2NIE memanggil 9W2ZNL di Nesrac. Kemudian memanggil calling any station. 9W2KVH menjawab. Seterusnya 9W2VDN menjawab.
11:37 malam 9W2HXO joint di Nesrac.
11:42 malam 9W2NIE QRT.
11:44 malam 9W2YMC QRT 9W2ZNL QRT. 73 Marts linking.
11:46 malam 9W2DGA masuk bergabung di Nesrac. Baru lepas jogging. Base Mantin
Bercerita tentang senaman.
2 Ogos 2019 Jumaat
9W2DGA QTH Mantin, 9W2VDN QTH Putrajaya, 9W2HXO QTH Semenyih
Fox Hunt Putrajaya Abg Hamdan 9W2HXO kemungkinan akan ke tempat kejadian.
9W2DGA akan bercuti menaiki kapal.
12:23 pagi 9W2HXO QRT 73. Nesrac

QSO bersama Abg Johan 9W2PJH di bukit Taman Saujana Hijau
Petang tadi sempena cuti umum Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Sempat ke Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya.
Base abg Johan 9W2PJH antara 3 blok dihadapan berada sebelah kanan sekali. Ada antena menjulang tinggi di bahagian atas sekali bangunan itu. Terima kasih Abg Johan atas menjawab sahutan tadi. Ada kelapangan boleh bertemu lagi di udara.
jumpa dan jumpa lagi....
73, Jojet de 9W2DYA
Percubaan untuk mendapat contact di bukit paling tinggi di Taman Saujana Hijau. Oleh kerana terletak di Putrajaya. Sudah semestinya V38 145.475MHz menjadi plihan utama.
Ternyata pemilihan tepat dilakukan memandangkan panggilan aku dijawab oleh Abg Johan 9W2PJH. Rupanya beliau baru tiba dari Eco Majestic, Semenyih. QSO dari tempat letak kereta basenya.
Blok pangsapuri bersebelahan bukit sahaja. Beliau berada di bawah manakala aku berada di atas bukit. Penerimaan pastilah readabilty 5/9. Jarak antara kami terlalu dekat.
Menurut Abg Johan V38 sentiasa ada stesen monitor. Mungkin disebabkan cuti pada hari ini, maka ramai stesen yang keluar bagi memenuhi tugasan masing-masing.
Menurut beliau lagi, basenya di tingkat 3 tetapi antena berada di bahagian atas bangunan pangsapuri. Tidak hairanlah audio 9W2PJH boleh kedengaran hingga ke Kajang. Kelebihan muka bumi yang berbukit serta rumah pangsapuri yang bertingkat-tingkat. Memberi satu kelebihan untuk memancar lebih jauh berkilometer.
Aku seperti biasa menggunakan handheld Baofeng dengan antena Nagoya NA-771 untuk bekerja.
Base abg Johan 9W2PJH antara 3 blok dihadapan berada sebelah kanan sekali. Ada antena menjulang tinggi di bahagian atas sekali bangunan itu. Terima kasih Abg Johan atas menjawab sahutan tadi. Ada kelapangan boleh bertemu lagi di udara.
jumpa dan jumpa lagi....
73, Jojet de 9W2DYA
QSO bersama Hamdan 9W2HXO di Ecohill
Petang semalam beriadah di Ecohill yang menyajikan pemandangan 360 darjah. Ketinggian puncak bukit lebih 90m dari aras laut.
Menggunakan handheld Baofeng bersama antena Nagoya NA-771 cuba memanggil-manggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan. Cubaan beberapa kali di mana-mana frekuensi dengan harapan ada rakan menyahut panggilan ini.
Rupanya abg Hamdan 9W2HXO cuba menjejak panggilan tetapi gagal. Ketika itu berada di puncak bukit duduk ditengah-tengah. Audio abg Hamdan 9W2HXO berjaya menjawab panggilan di V66 147.495MHz. Cubaan lepak diV66 adalah Ecohill berada di Semenyih. Maka, tidak sangka rupanya ada rakan V66 Semenyih monitor di situ.
Lebih 6:30 petang bermulalah QSO bersama abg Hamdan 9W2HXO. Rasanya pertama kali QSO bersama beliau yang mempunyai AA sejak 1986. QTH beliau di Pekan Semenyih.
Aku pada bermula ditengah-tengah bukit duduk dibangku terus berubah ke tepi bukit menghadap Pekan Semenyih.
Abg Hamdan 9W2HXO memberi signal report readability 5 dan strenght 9 apabila aku mengubah kedudukan. WX petang adalah cerah dan berangin di puncak bukit itu. Line of sight propagation apabila gelombang radio memancar terus tanpa halangan kepada stesen lain. Bersifat lurus dan memancar baik apabila tiada halangan. Lebih-lebih lagi berada di kawasan tinggi ke arah bawah memudahkan pemancaran berjalan dengan baik. Penjelasan dan perkongsian dengan Abg Hamdan 9W2HXO apabila aku mengubah kedudukan.
Analoginya melihat ke bawah dari puncak sangat mengasyikkan. Begitulah gelombang radio dapat bergerak laju sampai ke radas yang lain apabila tanpa halangan. Umpamanya kita nampak setiap objek dengan jelas di bawah apabila kita berada di atas.
Jikalau penerimaan RX kurang jelas bermaksud ada halangan ketika melaluinya. Kebijaksanaan penggunaan antena yang baik dan sesuai mungkin serba sedikit dapat membantu. Beliau menggunakan Yagi 5 elemen setinggi 45 kaki. Tidak hairanlah beliau dapat menerima dengan baik dan jelas. Turut penggunaan radas Yeasu pasti membantu. Namun tidak semesti radio yang berjenama dapat bekerja dengan baik jikalau cara pemasangan dan penggunaan antena tidak sesuai lebih-lebih lagi pengaruh propagasi. Kebijaksanaan perlu ada bagi strategi mendapatkan signal dengan lebih baik lagi.
Beliau lebih berminat dengan VHF kerana basenya rumah teres tiada kawasan untuk setup antena HF yang banyak dipengaruhi oleh propagasi. Selalu QSO hingga ke Sepang, Seremban dan banyak kawasan lagi.
Pernah cuba di puncak pertama Broga mendapat contact yang agak jauh. Akupun berkongsi dengan beliau bahawa pernah QSO dengan Abg Ayup 9W2YUP di Kota Damansara dari puncak Broga dan kawasan sekitar Semenyih.
Setelah mengetahui aku merupakan seorang guru. Abg Hamdan 9W2HXO menyarankan agar murid-murid di sekolahku didedahkan dengan radio amatur. Sudah semestinya kerana radio amatur ini mempunyai elemen STEM. Berkaitan dengan sains dan teknologi serta komunikasi. Mungkin ramai yang menganggap sebagai primitf. Namun radio amatur sangat berguna apabila mengalami bencana seperti banjir apabila hubungan komunikasi terputus.
Pendedahan ini penting agar generasi muda dapat memahami kelebihan radio amatur terutama di saat mengalami pelbagai bencana. Menggunakan bateri sahaja, pasti komunikasi dapat berjalan dengan baik.
Generasi muda juga lupa bahawa internet itu tetap mempunyai kaitan dengan gelombang radio. Walaupun dengan teknologi kini mereka dapat berhubung dengan rakan seluruh dunia. Keseronokan berhubung dengan radio pastilah berbeza. Mereka dapat mengaplikasikan subjek Sains yang dipelajari dengan pengalaman sebenar apabila mencuba berkomunikasi dengan radio amatur.
Gelombang radio melibatkan propagasi. Itulah menjadi cabaran dan keseronokannya apabila mendapat contact ke luar negara dengan jarak yang sangat jauh. Apabila ia tidak membuka maka sunyi sepilah tiada contact dapat dibuat. Secara tidak langsung melibatkan ilmu astronomi dan astrofizik dapat menambah pengetahuan murid. Kebarangkalian minat terhadap radio amatur akan bercambah sebelum melangkah lebih jauh.
Hampir setengah jam juga kami berQSO. Sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan seterusnya. Sesungguhnya Abg Hamdan 9W2HXO mempunyai pengalaman yang luas dan boleh menjadi rujukan tentang dunia radio amatur. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dapat menjalin hubungan yang lebih akrab lagi.
Walaupun tidak pernah bersua, tetapi kemesraan dijaluran menunjukkan hobi radio amatur dapat mengerat hubungan silaturahim sesama rakan radio. Ini disebabkan minat yang sama boleh dikembangkan bagi memajukan lagi hobi yang saintifik ini.
Inilah hobi sangat kompetensi kerana diuji dengan peperiksaan sebelum layak mendapat penguntukan radas atau AA. Kata lebih mudahnya ia perlu ada lesen bagi melayakkan diri untuk mengoperasi sebarang peralatan radio.
Jumpa dan jumpa lagi. Terima kasih atas QSOnya.

Simposium Radio Amatur 2019
Simposium Radio Amatur Malaysia 2019 telah berjaya diadakan pada hari ini di Auditorium SKMM, Bangunan SKMM Jalan Impact, Cyberjaya. Pesertanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan Radio Amatur serta pengamal radio amatur yang lain. Seramai 160 orang direkodkan hadir.
Tiba di Bangunan lama SKMM bersalaman dengan rakan V19 terutama abg An 9W2VJP serta rakan yang lain. Kemudian ke pintu masuk kelihatan 2 buah jelopi terpampang untuk pameran. Masuk ke dalam terus ke meja pendaftaran. Kelihatan juga beberapa meja pameran terdiri daripada Putrajaya, Amsat dan DMR.
Bersalaman beberapa rakan yang sudah lama tidak bertemu serta rakan baru yang lain. Sempat bertanya khabar sebelum duduk di meja bulat untuk bersarapan. Meja bulat rancak mendengar khabar dari rakan-rakan tentang perkembangan terkini. Bagi penulis, aktiviti seperti ini, sudah lama tidak diadakan. Ini peluang untuk eyeball bersama rakan-rakan yang lain.
Jam 9:00 pagi semua peserta mula memenuhi Dewan Auditarium. Dewan ini pernah masuk dulu sewaktu Ujian CW. Peserta memilih tempat duduk mengikut kesukaan. Agak penuh juga, suasana di dalam dewan.
Masing-masing mengenakan pakaian rasmi kelab persatuan sendiri menunjukkan kesatuan dalam berpersatuan. RAKL berbaju hijau muda yang cantik akan meraikan 10 tahun penubuhan pada tahun 2020.
Pengerusi majlis memulakan acara jam 9:12 pagi. Bermula dengan nyanyian lagu NegaraKu serta diikuti dengan Bacaan Doa.
Peserta semakin ramai memenuhi dewan apabila acara bermula.
Kemudian pengerusi majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Mohd Ashwar 9W2FG memberi ucapan aluan. Tujuan diadakan simposium julung kali diadakan ini ditekankan dalam ucapan. Kini, sebanyak 93 persatuan radio amatur yang berdaftar serta 47 buah lagi tidak berdaftar. Malaysia mempunyai 13269 pemegang AA, berbanding dengan Thailand lebih 200K. Perbezaan bilangan yang amat ketara,bagaimana simposium ini dapat menarik minat ramai untuk menyertai hobi radio amatur.
Jam 9:33 pagi ucapan tamat. Pengerusi Majlis menjemput Ketua Bahagian Teknologi dan Standard SKMM memberi ucapan serta merasmikan Majlis. Maklumat perkembangan RAE diterangkan. Kini hanya ada ERAE di 14 pusat internet di seluruh negara. Kadar kelulusan meningkat tetapi kadar mendudukinya semakin menurun.
Calon semakin kurang untuk menduduki RAE merupakan cabaran bagi persatuan untuk menarik minat ramai mengenali radio amatur.
Perkembangan dan perubahan terkini radio amatur turut dimaklumkan. Ada berita gembira juga kepada kelas B sehinggalah telah disahkan terlebih dahulu.
Jam 9:47 pagi ucapan tamat. Seterusnya Penyampaian surat daripada Presiden MARTS kepada Ketua Bahagian Teknologi dan Standard.
Jam 9:54 pagi Pengerusi majlis menyerahkan kepada moderator Salamon 9W2MON bagi meneruskan Sesi 1.
Topik1 adalah Kawal selia dan Pembangunan Radio Amatur Malaysia. Dua penceramah terdiri daripada En Abd Karim Razak Bahagian Teknologi dan Standard serta Pn Izani Bahagian Pelesenan dan Penguntukan
En Abd Karim menerangkan lebih lanjut tentang perkembangan RAE. Trend terkini jumlah kelulusan meningkat tetapi jumlah menduduki RAE semakin menurun. SKMM akan mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah ini dengan bantuan semua persatuan.
Manakala, Pn Izani pula menerangkan tentang penguntukan radas serta berkaitan tentang yuran yang menjadi topik hangat. Rata-rata pemegang AA tidak setuju dengan yuran yang agak mahal yang perlu dibuat apabila memperbaharui lesen. Namun, pihak SKMM mengambil maklum tentang aduan itu dan dipanjangkan kepada pihak berkenaan. Maklumat notis turut dimaklumkan jikalau ada ahli yang menghadapi masalah. Cara pembayaran terkini juga turut dimaklumkan yang mesra pengguna cepat serta memudahkan.
Data terkini pemegang AA sehingga 15 Julai 2019;
Kelas A sebanyak 510, Kelas B sebanyak 12,759 dan Pengulang sebanyak 146 dengan jumlah 13,415.
Menurut beliau lagi, terdapat hampir 1000 pemegang tidak memperbaharui AA. Ini menunjukkan radio amatur semakin kurang pemegang AA.
Jam 10:42 pagi Topik 2 bertajuk Sumbangan dan Khidmat Radio Amatur di Malaysia. Dua penceramah jemputan ialah En. Abdul Aziz Noor 9M2AU dan En. Abd Rahim Abd Rahman 9M2RR.
Pak Aziz 9M2AU menyenaraikan sumbangan terhadap komunti radio amatur dan sumbangan terhadap kerajaan dan masyarakat. Antaranya;
1. SEANET
2. JOTA pada 1975 tetapi telah mula lebih awal lagi sejak thn 60an.
3. Repeater pertama 9M2RUK
4. 9M2CR satelit
5. 9M2CS Moon Bounce operation.
6. 9M2DX penglibatan Microsat TiongSat-1
7. 40m Net bermula setiap ahad April 1993
8. Spartly 9M0S May 1993
9. Penghapusan cukai alat transceiver atas usaha 9M2SS,9M2CJ,9M2RS pada 1994.
10. Lesen Kelas B 1995
11. Repeater link oleh 9M2RR
12. CW diadakan semula 2005 sejak 1998-2005 tiada cw test.
Pak Rahim 9M2RR menceritakan pengalamannya bermula kerjaya di JPS hinggalah membawa kepada hobi radio amatur. Pengalaman yang sangat baik dijadikan teladan kepada generasi muda. Menceritakan penglibatan radio CB serta sebagai 'lanun' dengan nelayan, lori sampah dan lain-lain lagi. Seterusnya sejarah penubuhan Persatuan seperti Astra bagi menjadikan peminat radio mempunyai lesen yang sah.
Menceritakan pengalaman mendirikan pengulang di Gunung Jerai dan Bukit Larut serta menglinkkan keduanya.
Seterusnya pengalaman mendirikan pengulang di tempat lain pula seperti berjaya menghubungkan timur dan barat serta hingga ke selatan Tanahair. Turut mencipta sejarah menghubungkan pengulang ke Medan, Indonesia. Memang meriah transnasional sewaktu ini. Perkongsian Pak Rahim sangat memberi inspirasi terutamanya kepada generasi baru.
Jam 11:24 Sesi 2 dengan Topik 3 Kesedaran serta promosi Radio Amatur kepada masyarakat Malaysia. Tajuk ini dikupas oleh Dr. Ahmad Faizal Mohd Zain 9M2DX. Dr Ahmad turut menceritakan sejarah permulaan minat pada dunia radio amatur serta cerita inspirasi minat pada bidang astronomi. Pengalaman belajar di luar negara serta mengambil peperiksaan radio untuk mendapat lesen di sana. Turut menekankan menjaga etika sebagai pengendali radio amatur kepada masyarakat sekeliling. Perlu menjaga imej serta nama baik kerana masyarakat akan menilai sikap sebenar pengendali seperti memaparkan callsign dibelakang jelopi tetapi memandu tidak sopan serta mengikut undang-undang.
Pelbagai saranan diberikan bagi mempromosi radio amatur kepada masyarakat. Promosi boleh dibuat ke sekolah, pusat pengajian tinggi, Parlimen serta organisasi seperti NGO. Aktiviti JOTA minggu ketiga oktober medan terbaik mendedahkan radio amatur kepada murid-murid bermula usia 9 tahun lagi.
Seterusnya melalui perkara yang boleh ditonjolkan dalam radio amatur dan dilihat oleh masyarakat. Seperti isyarat panggilan yang unik dimiliki oleh setiap stesen membawa nama negara juga. Setiap stesen sebagi duta kecil memperkenalkan negara apabila membuat contact ke negara luar dalam aktiviti dxing.
Misi kemanusiaan juga boleh menggunakan radio amatur dalam setiap aktiviti. Memperkenalkan kepada NGO agar dapat menggunakan kelebihan radio amatur pada setiap misi.
Setiap aktiviti radio amatur, perlu melibatkan pihak media massa bagi membuat liputan berita. Berita dan penyebaran tentang radio amatur dapat didedahkan kepada masyarakat.
Jam 12:15 tengahari bermulanya topik 4 bertajuk Peranan dan pentingnya Ilmu Radio Amatur di dalam sistem pendidikan. Tajuk ini dikupas oleh Dr Ahmad Azlan B Ab Aziz 9M2AGC.
Lebih dikenali sebagai Cikgu Lan membuat set induksi menunjukkan bagaimana mengetahui sesuatu peralatan radio memancarkan gelombang radio. Menyalakan lampu pendaflour menggunakan hendheld bukti isyarat radio berfungsi. Ini adalah teknik yang boleh ditunjukkan bagi membuktikan bahawa isyarat radio telah dikeluarkan yang biasa dalam kalangan pengendali radio amatur. Bagi seorang yang profesional pula, cara berbeza digunakan bagi membuktikan wujudnya isyarat gelombang.
Waktu rehat digunakan untuk makan tengahari dan solat. Waktu ini juga digunakan untuk meninjau ruang pameran terutama dua jelopi di pintu masuk utama bangunan SKMM. Jelopi MARES dan Codan menunjukkan kehebatan dengan pelbagai peralatan radio.
Jelopi Puma One kenderaan radio taktikal ini lebih canggih dengan sistemnya tersendiri. Multi-band interconnect system menghubungkan pelbagai band dalam satu sistem. Penulis kedengaran audio di airband dalam jelopi ini sewaktu mengintai-intai.
Staf-staf yang mengendalikan pameran syarikat radio taktikal ini terdiri daripada rakan radio amatur juga iaitu Pak Rosli 9M2RHQ, Weerut 9W2RUT dan M Fadzil @ MikeFox 9W2SMF. Ini menunjukkan daripada hobi boleh membawa kepada satu bidang kerjaya yang cerah masa hadapan.
Jam 2:00 petang semua peserta mula memenuhi dewan semula bagi meneruskan sesi di sebelah petang. Kehadiran masih lagi seramai sesi sebelah pagi. Ini menunjukkan betapa seriusnya peserta untuk memberi sokongan dalam program ini.
Pengerusi majlis memanggil semula Pegawai-pegawai SKMM bagi sesi soal jawab. Peserta-peserta mengemukan pelbagi persoalan dan masalah bagi tindakan pihak SKMM. Segala persoalan yang dikemukan dijawab dan ditangani dengan baik. Mereka mengambil maklum segala aduan dan akan di bawa ke peringkat atasan.
Beberapa peserta mengemukakan persoalan sewaktu sesi soal jawab ini. Antaranya Presiden Astra YBhag. Dato' Bahari bin Taib 9W2DBT. Beliau menanyakan tentang dana, pengulang dan pengurusan bencana. Rizal 9M2RZL turut mengemukakan beberapa persoalan. Vice President Marts Aiznin Sairi 9W2SBS menyentuh bahagian perundangan dalam radio amatur.
Sesi soal jawab ini agak meriah dengan beberapa peserta lagi turut mengemukakan beberapa persoalan terutama tentang bayaran yuran dan peringkat umur bagi radio amatur untuk diceburi.
Habis sesi soal jawab bersama Pegawai SKMM adalah minum petang. Peluang diambil untuk bersembang-sembang sambil meneguk minuman dan menikmati kuih yang dihidangkan. Sempat mengambil gambar antena yang digunakan untuk komunikasi satelit.
Selepas minum petang jam 4:26 sesi 3 bagi topik Peranan persatuan untuk menaikkan bidang radio amatur di Malaysia.
Moderator Zanirul Akhmal Zanirun 9M2PRO untuk menjemput orang pemimpin tertinggi dalam Marts, Nesrac, Jasra dan Mares untuk berkongsi peranan persatuan masing-masing. Sayangnya pada sesi kali ini, Presiden Astra tidak muncul bagi berkongsi dan duduk semeja.
Presiden Marts Ir. Mohd Aris Bernawi 9M2IR menerangkan peranan Marts dalam radio amatur di Malaysia. Marts merupakan satu-satunya persatuan yang mewakili Malaysia di IARU.
Presiden Nesrac Mejar (B) Zulkipli A. Malik 9W2ZYC berkongsi cerita peranan Nesrac terutamanya di Negeri Sembilan.
Presiden Jasra Lt Kol Bersekutu (PA) Dato' Hj. Abd Lah @ Abdullah bin Hj. Awang 9W2HOZ berkongsi peranan Jasra. Pak Lah juga menyarankan semua persatuan bekerjasama ke satu arah untuk memajukan lagi radio amatur di Malaysia.
Penasihat Teknikal Mares Abdul Aziz Noor 9M2AU berkongsi cerita perkembangan radio amatur di Malaysia.
Sesi 5 penggulungan isu-isu dan cadangan simposium oleh Pengerusi AJK Mohd Ashwar bin Abdul Aziz Presiden Mares 9W2FG. Kemudian Majlis Perasmian Penutup dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK terlibat.
Kemudian sesi memperkenalkan semua presiden setiap persatuan dan kelab radio amatur yang hadir. Harus duduk semeja dan berbincang untuk memajukan lagi radio amatur di Malaysia.
Sesungguhnya simposium ini berjaya menyatukan semua persatuan dalam mencari resolusi meningkatkan tahap radio amatur ke peringkat lebih tinggi. Semua persatuan haruslah mempunyai minda untuk Menuju Ke Hadapan.
Syabas dan tahniah kepada usaha SKMM dan AJK yang terlibat atas penganjuran Simposium Radio Amatur Malaysia 2019. Sama-samalah kita bekerjasama dalam satu matlamat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang lagi.
73, Jojet de 9W2DYA
Monitor V38 di Batu 10 Cheras
Tengahari jam 1:00 sempat monitor 145.475MHz di Batu 10 Cheras.
Beberapa rakan V38 Putrajaya mengaktifkan frekuensi.
Antara stesen yang dapat diterima ialah;
9W2FDK Fadzil copy 5/9
9W2PJH Johan copy 5/9
9W2CLA Hassan -ve copy
9W2VQL -ve copy

Monitor 9W2ASF dan 9W2IKM
Monitor Transnasional Astra 145.675MHz awal pagi kedengaran dua stesen yang aktif.
Stesen tersebut ialah Asyraf 9W2ASF dan Baihaqi 9W2IKM. Kedua stesen di Kuantan, Pahang.
Terima kedua stesen readability 5/9 dari Bangi.
Menarik QSO awal pagi berkisarkan sejarah awal rakan ham di Kuantan oleh 9W2ASF.

Monitor QSO 9W6PKJ, 9W2VVH & 9W2NNU
Kira- kira jam 10:30 malam monitor di Marts linking. Tiga stesen yang aktif.
Stesen tersebut Iskandar 9W6PKJ QTH Pekan Tuaran Sabah, cikgu Hussairy 9W2VVH QTH Sungai Besar, Selangor dan Fai 9W2NNU Mobile di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Terima ketiga stesen readability 5/9 di Bangi.
Kemudian bebera stesen masuk bergabung;
Ikhwan 9W2 IRK mobile di Shah Alam ke Sepang dari Pengkalan Hulu. 5/9
Pak Tam 9W2OVZ portable di Bagan Serai. 5/9
Abg Yus 9W2TYD QTH Seri Manjung. 5/9

Raya Semelor
Assalamualaikum. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
Saya dan rakan-rakan saya tengah planning nak buat charity di kg orang asli Semelor & Tekam di Royal Belum. Kampung orang asli ni terletak dalam 1hr perjalanan dari Tasik Banding dan memerlukan 4x4 untuk ke sana. Oleh yang demikian, kami tengah mencari 4x4 sukarelawan yang berminat untuk nak buat charity membantu orang asli ni. Boleh PM saya kalau berminat. 73.
*9W2ACE*
Itinerary trip adalah seperti berikut:
*Raya Semelor Itinerary*
Friday 28/6 Depart to Grik Perak.
5am: Assemble at R & R Sg Buluh
Quick briefing; coffee☕
5:30am : Depart to Grik
0830: Breakfast in Ipoh NewHollyood 😋🍜🍛
1130am: Exit Kuala Kangsar toll & head to Grik
⛽Fill up your petrol at the Grik town before heading to Tasik Banding jetty.
Lunch at Tasik Banding
By 2pm heading to Semelor
Preparing foodies for Raya celebration
Decorating the kampung
Setting up the dining area
Saturday 29/6
☕Breakfast
- Masak2Raya continue
-Sending food to Tekam
Dental check up or oral hygiene demo @ Tekam
⚽🏑🏆Evening ; outdoor games Football & Hockey @ Semelor
🌠💥Dinner Raya Semelor
celebration
Dressing code: BajuRaya
Night ; activities
Sunday 30/6
☕Breakfast
Pack up
Dep by 11am
✳Each volunteer have to pay for meals RM25/ for Fri-Sun meals.

Monitor QSO 9W2TZQ, 9W2NTO & 9W2MSH
Monitor Marts linking awal pagi ini
Stesen yang aktif;
9W2TZQ portable Pulau Indah
9W2NTO mobile Genting Highlands
9W2MSH mobile Merlimau
9W2PJH mobile
Terima ketiga- tiga stesen readability 5/9 di Bangi.

QSO 9W2DUB bersama 9W2FQK
Monitor QSO antara 9W2DUB abg din bersama abg zul 9W2ZFQK mobile lebih kurang jam 3 pagi. Stesen 9W2DUB memancar dari Besut Terengganu melalui pengulang 9M4RCH di Gunung Brinchang. Kuasa pancaran 25watt dari Besut.
Stesen 9W2FQK Mobile di Elite manghala ke Seremban. Kedua stesen terima readability 5/9 di Cheras.
73, Jojet de 9W2DYA
Stesen 9W2FQK Mobile di Elite manghala ke Seremban. Kedua stesen terima readability 5/9 di Cheras.
73, Jojet de 9W2DYA
Meriahnya Raya
Hari Raya ketiga aktiviti APRS
Suasana di Utara
Suasana di Ipoh
Suasana di Lembah Klang
Suasana di Melaka
Suasana di Selatan
Suasana di Kota Bharu
Suasana di Utara
Suasana di Ipoh
Suasana di Lembah Klang
Suasana di Melaka
Suasana di Selatan
Suasana di Kota Bharu
MARTS linking di Hari Raya
Hari Raya Aidilfitri tidak beberapa hari lagi. Ramai anak perantau pulang ke kampung. Marts linking menjadi pilihan untuk QSO. Liputan yang meluas dengan pengulang bekerja dengan baik.
Rakan-rakan boleh menggunakan frekuensi Marts linking yang bekerja dengan baik. Buktinya ramai memberi trafic semasa perjalanan pulang ke kampung.
Ramai yang ingin mencuba pengulang di Royal Belum dan Pemandangan Indah Banjaran Titiwangsa. Ia menghubungkan sepanjang Lebuhraya Timur-Barat dari Grik ke Jeli.
Marts linking juga dapat menghubungkan Semenanjung dan Sabah. Ramai rakan di Sabah dapat didengari audionya melalui frekuensi Marts linking.
Antara stesen yang aktif memberi trafic adalah 9W2OJS, 9W2YIZ, 9W2PAZ,

HS10KING Maritime mobile
Ketika ini beberapa stesen sedang mengaktifkan special callsign HS10KING/MM. Sedang berlayar bergerak ke Teluk Siam. Berlepas dari Sattahip port.
Stesen yang terlibat ialah HS6MYW-8, HS1IFU-9, HS1JAN-5, E27DRU-5, HS5SRH-7
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews Sejuta
Semalam total pageviews blog ini telah mencecah angka ke sejuta. Bermula tahun 2009 dan tahun 2026 barulah pageviews mencecah satu juta to...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Pada malam semalam berjaya mengesan 20 aircraft melalui airband frekuensi 135.250MHZ. Jalur ini merupakan kapal terbang berlepas di KLIA. ...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...