Team SAR Kuantan dapat senjata baru

Credits 9W2FVC

 Pagi ini senjata yang dibekalkan oleh Wak Mid 9M2TPT dari Sungai Buloh telah berfungsi dengan baik di base station Fitri 9W2FVC. Team SAR Kuantan ini telah mempunyai stesen feeder untuk mencerap belon Kuantan di Mentakab. Hasil sumbangan Wak Mid 9M2TPT diharap dapat menjejak radiosonde model baru ini dengan lebih cekap lagi.

credits 9M2TPT

Hardware yang disumbangkan Wak Mid 9M2TPT bagi pembangunan radiosonde Team Kuantan. Raspberry Pi dan dongle RTL SDR untuk mendekod isyarat radiosonde WxR-301D keluaran Weathex Korea.

credits 9M2TPT

Zak 9M2ZAK turut membantu configured perisian yang diperlukan dalam mendekod radiosonde ini. Setelah selesai barulah ia dapat berfungsi dengan baik. Zak 9M2ZAK dari Kulai boleh membantu Wak Mid 9M2TPT di Sungai Buloh dengan adanya teknologi internet masa kini. RealVNC viewer membolehkan kerja-kerja perisian dilakukan oleh orang lain kepada orang lain berada di tempat yang berbeza dalam waktu yang sama. Kerjasama dua stesen ini berjaya memudahkan kerja-kerja yang dijalankan.

credits 9M2TPT

Senjata telah berada dalam kotak disediakan oleh Wak Mid 9M2TPT. Sesi penyerahannya telah diadakan pada malam tadi di Sungai Buloh.

credits 9M2TPT

Wak Mid 9M2TPT turut menyumbangkan monitor hdmi bagi memudahkan memantau pergerakan belon. Mudahlah Fitri 9W2FVC memantau pergerakan radiosonde di Mentakab.

credits 9M2TPT

Pemantauan di aprs pergerakan rakan-rakan menuju ke Sungai Buloh. Kelihatan di tangkap layar adalah stesen  Yatt 9W2MFE-5 dari Klang dan 9W2XOR-9 dari Bentong bersama Fitri 9W2FVC dari Mentakab. Turut hadir adalah stesen 9W2OCX Arul bersama Choong 9M2CEI dari Shah Alam.

credit 9W2MFE

Sesi eyeball di Sungai Buloh sempena penyerahan senjata untuk Team SAR Kuantan oleh Wak Mid 9M2TPT. Stesen yang hadir gambar dari kiri Yatt 9W2MFE, Ajoe 9W2XOR, Choong 9M2CEI, Arul 9W2OCX, Fitri 9W2FVC dan tuan rumah Wak Mid 9M2TPT.

Semangat Ham dan pemburu belon terserlah dapat dilihat dalam sesi eyeball ini. Sanggup datang dari jauh bagi mengeratkan ikatan dan perhubungan kerana mempunyai minat yang sama. Semangat ini perlu dicontohi dan diteruskan bagi mengekalkan minat yang berterusan di masa hadapan.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde baru digunapakai Met Malaysia


 Awal minggu lepas dipercayai Met Malaysia telah melepaskan radiosonde model baru. DFM-17 oleh Graw tidak lagi diguna pakai bagi mendapatkan data-data meteorologi. Laman web Sondehub tidak kelihatan imej belon DFM-17 yang sentiasa menjadi buruan.


Kemungkinan model baru WxR-301D telah dilepaskan seperti kebiasaannya dari Met Malaysia seluruh negara. Ini menjadi masalah bagi pemburu belon untuk menjejaknya kerana tidak lagi kelihatan di Sondehub. Sondehub melalui auto-rx dan rdzTTGOonde tidak dapat mendekode data model baru ini.

Namun, ia berjaya didekode jua hasil kajian rakan kami yang mahir dalam teknikal perisian komputer. Zaki 9M2ZAK, Wak Mid 9M2TPT dan Weerut 9W2RUT berjaya mencari perisian  yang sesuai untuk mendekod model radiosonde hasil negara oppa Korea.

Makluman semua, ini merupakan model kedua yang dilepaskan oleh Met Malaysia sejak pemburu belon aktif pada penghujung 2021. Jadi, setiap model berbeza cara untuk mendekodnya.

Boleh rujuk blogspot Zaki 9M2ZAK untuk cara-cara mendekod model oppa ini pautan dibawah;

https://9m2zak.blogspot.com/2021/09/radiosonde-auto-rx-setup-raspberry-pi4.html

https://9m2zak.blogspot.com/2023/07/how-to-decode-radiosonde-weathex-wxr_28.html

Setakat ini pemburu belon masih belum menjumpai model baru ini lagi.  Bagi team kawasan tengah pula, sememangnya sukar diperolehi kerana musim belon jatuh ke Selat Melaka. Turut masuk ke laut adalah belon Bayan Lepas.

Tunggu perubahan angin monsun timur laut pasti ia jatuh ke darat kembali.

73, Jojet de 9w2dya

USDX owners DX Outing weekend 2023


 Terkini...

Esok kami ON DX dengan #RadioHFhargaWalkieTalkie Kelab/Team/SIG/Individu yang InShaAllah Join Malaysian uSDX Owner Weekend 2023 Tarikh : 28-30 Julai 2023 Kaki Fraser Hill | 3M1W/My10Mg Venue Coordinator : 9M2RMT Kem Pengakap Tanjung Labuh. Krew Pengakap Kelana Komunikasi Johor (BP) Venue Coordinator : 9W6ZAT/2 Pantai Sg.Kajang, Tanjung Karang Venue Coordinator : 9M2SAN 9W2XTK , 9W2DQM TEAM Hidden Place Batang Kali Venue Coordinator 9M2JEP & Super Gang D Rimba Campsites Yan Kedah Venue Coordinator : 9W2DI #IconQRPMalaysia 9W2XAN & 9W2FCD Rakan Ketengah Jaya (RKJ) Dungun Terengganu Venue Coordinator : 9w2GKJ 9W2LOJ, 9W2LRL GUNUNG MATANG, Bau, SARAWAK (29-30/7) Venue Coordinator: 9W8MIQ Station Master: 9M8HAZ S.E.S Callsign: 9M8SOTA Pata Geting Tumpat Kelantan *BuduDX Team* Venus Coordinator: 9M2ART 9M2CIO, 9W2KEY Bukit Ramlee, Selangor Venue Coordinator : 9W2AIF 9W2XRI, 9W2YIB Dan ramai Individu yg akan terlibat Jom Kasih Meriah.. #NantiTuaAdaCerita dan Jangan lupa Share kat Sini Radio Amatur Malaysia (Official) momen² suka/duka lara mengoperasikan uSDX dalam bentuk video/gambar dalam group ni semperna uSDX Outing DXing Weekend 2023 pada 28-30/7/2023. Individu/Team/Kelab/SIG Katak Hijau yang menghasilkan content² yang menarik perhatian juri² tanpa tauliah ini berpeluang membawa pulang *EFHW Antenna Homebrew* aka #katakhijau hasil cetakan mesin 3D Team uSDX BP. Toksah dok sembang kata suram lah, takde aktiviti lah. Ayuh.. Ajak gang pergi outing, takkan nak terperap kat rumah je, kata beras kita beli. uSDX Outing DXing Weekend 2023 28-30/7/2023 #RadioHFhargahandy b/p #TukangBakar

Sumber dari FB Radio Amatur Malaysia (Official)

Radiosonde D22034548 jatuh di Mantin


 Pada 25 Jun 2023 belon KLIA Radiosonde D22034548 telah jatuh di Mantin. Ia jatuh pada pukul 22:29 malam. Oleh kerana jatuh berhampiran dengan base station Tn Hj Din Mega 9M2DGA, trafik telah disampaikan kepada beliau melalui wasap.

Credits 9M2DGA

Hasil maklumat yang diberi beliau telah berjaya mendengar audio radiosonde dari besenya. Frekuensi 401.110MHz masih lagi aktif pada malam tersebut. Arul 9W2OCX turut berjaya menghubungi Abg Din 9M2DGA untuk melancarkan operasi SAR malam itu juga.

Credits 9W2OCX

Arul 9W2OCX bersama Abg Din 9M2DGA berjaya menghampiri lokasi pencarian. Mereka telah berjaya mendapat koordinat baru menggunakan peranti rdzTTGOsonde milik Arul 9W2OCX.

Credits 9W2OCX

Suluhan lampu ke arah belon dijangka mendarat. Halangan pagar dan kawasan semak menyebabkan operasi SAR malam itu ditanguhkan keesokan harinya. Berbaki jarak 66.9m untuk mendapatkan peranti.


Jarak 101m merupakan jarak titik akhir ke koordinat baru yang dikuncikan menggunakan peranti rdzTTGO sonde. Jarak 101m bagi altitud ketinggian terakhir 298m. Jenuh juga nak mencari jikalau tidak datang untuk mendapatkan koordinat baru. Lebih-lebih lagi jatuh di kawasan hutan belukar.

Credits 9W2OCX

Akhirnya keesokan harinya peranti berjaya ditemui. Kelihatan Abg Din Mega 9M2DGA berjaya menggenggam perantin radiosonde yang jatuh malam sebelumnya. Cuma belon tidak ditemui ketika itu.

Credits 9W2MDZ

Laporan penemuan radiosonde D22034548 telah dibuat oleh Arul 9W2OCX di laman sesawang Sondehub. Maka termaktublah bahawa Abg Din 9M2DGA telah diiktiraf mendapat lesen belon.

Credits 9M2DGA
Meraikan kejayaan bersama, Abg Din 9M2DGA menjamu tetamu Arul 9W2OCX dibase stationnya. Sedapnya air oren ketika WX panas begini.

Credits 9W2OCX

Kelihatan belon yang masih besar tidak bocor ketika tersangkut pada pokok. Mana tidaknya! penerbangan malam itu sehingga mencecah ketinggian altitud maksimum 9834m sahaja. Ia sangat rendah dan tersasar dari laluan yang kebiasaannya mengarah ke Selat Melaka kini.


Rakaman video Arul 9W2OCX ketika telah menemui belon yang besar tersangkut pada pokok. Menurut Arul 9W2OCX lagi, pelancaran drone akan dibuat bagi mengenal pasti pokok yang tersangkut tersebut.

Credits 9M2DGA

Satu sudut pandangan belon yang besar diambil oleh Abg Din Mega 9M2DGA di atas pokok tersangkut. Sekali pandang pastilah kita tak perasan belon tersebut.


Satu lagi rakaman video oleh Abg Din Mega 9M2DGA operasi SAR belon menggunakan drone. Rakan Ham dari Nilai sanggup turun ke Mantin untuk mengenal pasti lokasi tepat belon jatuh pada pokok yang mana satu.


Akhirnya belon KLIA yang tersangkut telah berjaya dibawa turun dengan bantuan Orang Asli dengan memanjatnya. Semangat kerjasama antara satu sama lain berjaya membawa turun belon yang tersangkut itu. Tahniah kepada semua stesen yang terlibat hingga berjaya membawa pulang set lengkap radiosonde D22034548. 
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah hingga ke pangkal lengan. Tahniah! semua anda hebat!

73, Jojet de 9w2dya

Renew Lesen Radio Amatur

 Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023

Sila Daftar eSPECTRA SKMM ✅Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini diperlukan utk daftar eSPECTRA nanti. Hantar email ke alamat: espectra.support@mcmc.gov.my ...................................... Perkara: Memohon Shared Secret eSpectra Butiran Stesen Amatur Nama Penuh: Callsign: Client No: Sekian terima kasih ...................................... ✅ Selepas dapat email balasan mengandungi SHARE SECRET... anda boleh teruskan proses pendaftaran eSPECTRA di sini https://espectra.mcmc.gov.my/ ✅Selesai daftar ePECTRA... Boleh proceed untuk buat renewal AA up to 31.12.2028 @ 5 tahun dengan pengecualian bayaran fi proses & fi tahunan AA.. ✅ Selepas permohonan renewal AA berjaya, sila email butiran seperti di bawah ke alamat e-mel : https://espectra.mcmc.gov.my untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak SKMM. ...................................... Perkara/Subjek: Pembaharuan AA melalui e-SPECTRA Nama : No. Permohonan (Application No.) : Cara penghantaran Sijil AA : Pos/ Serahan Tangan Sekiranya Pos, sila nyatakan alamat pengeposan. ..................................... Semoga berjaya renewal AA anda.

Sumber Cikgu Husairy 9M2VVH

Berdua Tergantung


 Belon KLIA pagi radiosonde D20065748 berjaya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran Bandar Seri Ehsan. Altitud ketinggian terakhir 52m serta ketinggian maksimum 26,100m. Mengharapkan belon pecah awal agar ia jatuh ke darat. Semenjak pertukaran angin monsun barat daya ia sering menghala ke Selat Melaka.



Jarak 4.5m merupakan jarak peranti ke titik akhir. Terlalu tepat dengan titik akhir altitud ketinggian 52m. Ketika tiba di kawasan pendaratan belon dan peranti tergantung dari pelepah kelapa sawit.


Cuaca pula semakin panas menghampiri tegak atas kepala. Isyarat masih aktif. Masih dapat diterima isyarat dari tepi jalan besar lagi. Kereta diletakkan di laluan sebelum laluan yang sebenar selang sebaris jalan masuk. Ini disebabkan laluan masuk pertama ini lebih sesuai untuk kereta diletakkan. Menyusur laluan pertama hingga bergerak ke laluan hadapan telah kelihatan dua benda tergantung pada pokok kelapa sawit.


Belon tergantung agak rendah berbanding peranti. Gulungan benang pada kayu belon hijau masih banyak tidak terlurut sepenuhnya. Apabila percubaan menarik belon agar peranti turun tidak berjaya. Alternatif lain perlu dicari agar misi membawa pulang berjaya. Ini berpunca dari benang tersangkut pada dua pelepah yang berbeza.


Kebiasaannya jikalau tersangkut pada satu pelepah sahaja, kerja mudah untuk menurunkan peranti tersebut. Sebaliknya sangkut lebih satu pelepah atau dahan menyebabkan ia tersangkut dan sukar bergerak.


Keadaan belon yang tergantung lebih rendah dan boleh dicapai. Percubaan menarik-narik agar peranti turun tidak menghasilkan sesuatu perubahan. Malahan peranti tidak bergerak langsung. Bermakna peranti tersangkut dan tidak boleh diturunkan.


Sudut pandangan kedudukan belon dan peranti. Belon di sebelah bawah kiri manakala peranti sebelah atas kanan. Kelihatan peranti berada tergantung di atas sangat tinggi. Namun, sebenarnya boleh dikait menggunakan bahan bantu yang banyak di sekeliling.


Peranti dalam genggaman setelah dikait menggunakan kayu yang ada di sekeliling. Berdasarkan nombor siri peranti yang diperolehi pagi ini adalah yang lama. Ini kemungkinan pihak Jabatan ini menghabiskan stok yang ada. Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai. Kemungkinan model baru akan digunakan bagi mencerap data meteorologi. Tunggu dan lihat perubahan tersebut.


Hasil tangkapan pagi ini, agak mencabar juga bagi mendapatkannya. Nasib, sudah berpengalaman banyak kali menghadapi situasi begini.


Isyarat radiosonde berjaya dikesan bermula dari jalan besar lagi. Sudah beberapa kali juga belon telah jatuh di kawasan persekitaran ladang kelapa sawit menghala ke Bandar Seri Ehsan.


Keadaan ladang kelapa sawit di kawasan pendaratan belon Klia. Pokok kelapa sawit yang sudah matang. Kelihatan bahagian hadapan pokoknya telah mati.


Kelapa sawit muda telah ditanam semula menggantikan pokok yang mati. Laluan terus ini ke keluar ke jalan besar. Sememangnya melalui kawasan ini sangat panas tiada tempat berteduh.


Rupanya tanah ladang tersebut merupakan tanah rezab orang Asli Akta 134 Seksyen 7.


Jarak 241m merupakan jarak titik akhir dari jalan besar. Nasib tiada parit berdekatan jalan besar ini. Jika tidak jenuh nak cari jalan masuk atau titi.

Hasil cerapan jam Garmin untuk misi Sar pagi ini seperti dalam gambar di atas. Sayangnya terlewat untuk mengaktifkan jam ini dari kereta diletakkan berhampiran jalan besar. Jadi kurang beberapa meter dari jarak aktiviti sebenar.

73, Jojet de 9w2dya

Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...