ILLW 2011

International Lighthouse Lightship Weekend yang sedang berlangsung ini menunjukkan penglibatan rakan ham dari Malaysia terdiri daripada 5 buah rumah api yang terlibat. Pemerhatian melalui log book di QRZ.Com hingga jam 1.05 pagi 22/8/2011 berikut adalah contact yang telah dibuat oleh rumah api tersebut:

9M4CJB Bukit Segenting 21/08/11 05:19:24Z VU2WWX 20M 14.190MHz MODE SSB

9M4CHF Kota Kuala Kedah 20/08/11 09:34Z 9M2PJU 40M 7.043MHz Mode SSB

9M4LHC Tanjung Gelang 20/08/11 16:46Z LZ1NC 15M 21.000MHz Mode PSK31

9M4LHN Tanjung Tuan 20/08/11 18:08Z ON7EC 20M 14.285MHz Mode SSB

9M6SDX Pulau Berhala, Sandakan 20/08/11 14:16Z JR3EXE 17M 18.081MHz Mode CW



Tahniah kepada semua rakan ham yang terlibat menjayakan program antarabangsa ini. Walaupun dibulan yang mulia penuh cabaran ini, kerana minat segalanya dapat berjalan lancar seperti yang dirancang disamping menyempurnakan ibadah puasa agar mendapat rahmat dan keradhaan-NYA. Moga di tahun akan datang lebih banyak lagi rumah api yang akan mengambil bahagian.

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...