Radio Amatur di Sekolah

Bagaimana untuk menarik minat pelajar tentang radio amatur? Mengapa pelajar yang dipilih untuk meneruskan kesinambungan minat dan hobi ini agar terus berkembang. Sebab kepada merekalah kesinambungan ini dapat diteruskan. Mereka adalah pewaris yang akan meneruskan minat dan perjuangan agar hobi ini dapat terus berkembang.

1. Penggiat dan pencinta radio amatur perlu berani mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah. Mungkin dapat membantu menubuhkan Kelab Radio Amatur di sekolah dengan cara memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada guru dan murid-murid yang meminati radio terutama subjek yang berkaitan seperti Sains dan Kemahiran Hidup. Demonstrasi tentang penggunaan peralatan serta cara mengoperasikan sesebuah radio boleh ditunjukkan. Biasanya pasukan Pengakap mempunyai aktiviti JOTA pada setiap tahun. Melalui xtvt ini pendedahan dapat dibuat. Tetapi setakat itu sahaja, jikalau kelab ditubuhkan atau ada kumpulan kecil kegiatan ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Melalui pemerhatian saya para pelajar ini sangat seronok bila xtvt radio ini diadakan terutama jika dapat menghubungi rakan melalui jalur. Keghairahan mereka memberi semangat ingin tahu yang lebih mendalam. Jadi rakan ham boleh menerangkan dan menjelaskan bagaimana ia berfungsi. Semasa inilah mereka dapat menambah pengetahuan dan meluaskan lagi pandangan mereka tentang radio. Contoh yang lebih menarik selain JOTA adalah aktiviti radio amatur berhubung dengan Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS). Aktiviti ini, dapat menarik minat pelajar kerana dapat komunikasi bersama angkasawan. Turut juga menarik minat pelajar tentang ilmu falak atau astronomi.
Selain tentang penggunaan diterangkan, faedah daripada hobi ini juga perlu dijelaskan seperti jika berlaku sebarang kecemasan atau bencana alam. Oleh itu, pelajar dapat menyedari keistimewaan hobi ini yang dapat memberi sumbangan terutamanya dalam kecemasan.

2. Radio amatur dapat memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman. Pelajar akan dapat mengenali lebih dekat lagi tentang peralatan elektronik yang dipelajari subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana radio merupakan salah satu peralatan elektronik dan juga boleh mempelajari peralatan homebrew dan juga bagaimana ingin membuat antena serta fungsinya. Selain itu juga , ia dapat mengukuhkan lagi tentang pengetahuan geografi seperti kedudukan dan nama sesebuah negara  jika menggunakan HF. Pelajar juga dapat mengaitkan tentang cuaca persekitaran seperti awan dan propagasi dapat membantu ketika berkomunikasi melalui radio.

3. Berkenalan dan mencari rakan baru. Berhubung melalui radio dapat menambah rakan baru. Jika menghadiri sesuatu Jambori yang besar sudah tentulah menambah kenalan dari pelbagai negara. Melalui xtvt JOTA juga dapat membantu pelajar mengenali budaya dan cara hidup sesebuah negara.Pengetahuan ini menambahkan lagi pengayaan terhadap sesuatu. Pelajar lebih berani bertanya kepada rakan ham yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang sesuatu perkara. Melalui cara ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan kepercayaan dalam komunikasi bersama seseorang. Generasi muda kini perlulah lebih berani dalam mencapai cita-cita dalam dunia yang semakin mencabar. Selain itu, pengetahuan semakin bercambah dan pemikiran lebih terarah yang lebih positif dan mencabar. Sudut pandangan dan pemikiran semakin matang dan tahu apa yang ingin dicari dan dicita-citakan. Jadi pameran tentang radio amatur dan demonstrasi dapat melatih pelajar tentang penting mendapat pengetahuan baru. Selain itu, melatih pelajar berani mengambil risiko untuk mencuba perkara yang tidak pernah alami dan rasai terutama ketika QSO.

4. Radio amatur dapat melatih pelajar memberi sumbangan dalam membantu xtvt komuniti setempat. Pengetahuan dalam radio dan setelah mendapat callsign sendiri pelajar itu boleh memberi sumbangan yang amat berharga terutama ketika menghadapi sebarang bencana dan kecemasan. Pengetahuan tentang penggunaan radio dapat membantu menyampai maklumat disaat amat diperlukan. Terutamanya jika berlaku banjir, tanah runtuh, orang hilang dan pelbagai lagi bentuk kecemasan. Pelajar itu juga boleh memainkan peranan yang penting seperti ketika xtvt perkhemahan, merentis hutan dan juga pelbagai acara sukan seperti merentas desa.

5.Menarik minat serta memberi satu kepuasan. Hobi radio amatur ini memberi seribu satu pengetahuan dan minat. Ia juga boleh merangsangkan pelajar untuk terus mencapai cita-cita dan keazaman. Mungkin satu hari nanti mereka boleh menjadi seorang jurutera, pakar komputer, juru teknik, pakar fizik, pakar astronomi dan juga menjadi seorang doktor yang amat berguna dalam menggerakkan negara menjadi lebih maju.

Ternyatalah hobi yang saintifik  ini memberi banyak faedah dan pendedahan kepada generasi muda. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggerakkan hobi ini agar terus maju ke hadapan. Banyak perkara terus dipelajari kerana ia tidak ada kesudahannya dan pengakhirannya. Ilmu ini akan terus berkembang selagi kita terus mencarinya.

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/

4 comments:

  1. Saya mencadangkan kelab atau persatuan radio amatur menganjurkan 'road tour' ke sekolah-sekolah untuk memperkenalkan lebih dekat lagi dengan hobi yang bagi saya bukan lagi sekadar hobi. Hobi yang menjurus kepada peningkatan ilmu pengetahuan, penyelidikan, kemasyarakatan, disiplin, tanggung-jawab dan seumpamanya.

    Looking forward for such event..

    9W2MXM

    ReplyDelete
  2. Saya juga Form 3 dan berminat benda ni . Harap adalah abang luar sana tubuhkan kelab radio amatur di sekolah saya .

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan, sesungguhnya kerjasama semua pihak dapat merancakkan lagi hobi yang saintifik ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya masih baru dalam ham radio ni. Ada sesiapa yang dapat membantu saya membawa masuk ham radio ni ke sekolah saya..

    Hazlan 0133977702

    ReplyDelete

Stesen YB6DE-AIS aktif malam ini

  Stesen YB6DE-AIS telah diaktifkan malam ini di Langsa, Aceh Indonesia. Kapal aktiviti maritim turut boleh dipantau di aprs. Stesen AIS Rec...