Fraser Cameron Range Ride 2011 pada 13 Nov.

Fraser Cameron Range Ride 2011 pada 13 Nov.


KUANTAN 24 Okt. - Penggemar aktiviti berbasikal dipelawa menyertai program Fraser Cameron Range Ride 2011 yang akan berlangsung pada 13 November ini melibatkan kayuhan dari Bukit Fraser ke Cameron Highlands.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, program anjuran kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) itu bakal memperkenalkan laluan baru ke Cameron Highlands kepada orang ramai.
Menurutnya, para peserta program itu akan memulakan kayuhan dari Bukit Fraser menuju ke bandar Raub, Sungai Koyan dan seterusnya ke Pos Betau sehinggalah ke Ringlet sebelum sampai ke Cameron Highlands.
"Peserta dijangka memerlukan masa perjalanan kira-kira lapan jam melibatkan jarak kayuhan sejauh 187 kilometer," katanya pada sidang akhbar selepas program Kayuhan Bandar Kuantan atau Kuantan Townride di sini semalam.
Kata Shafik Fauzan, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng. Yen Yen dijangka melepaskan para peserta kira-kira pukul 7.45 pagi dan majlis penutup akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.
Kata beliau lagi, setakat ini pihaknya telah menerima kira-kira 250 penyertaan dan ia masih lagi dibuka sehingga hari pendaftaran pada 12 November hadapan.
"Kita membuka sebanyak 500 penyertaan dengan yuran hanya RM60 sahaja. Saya berharap penduduk di sini dapat bersama-sama menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini," katanya.
Sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi talian 019-9004008 (Mazlan), 013-9417417 (Zakaria), 012-9608000 (Ijah) atau 013-9225189 (Moni) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Date: 13 Nov 2011


Time: 8am

Venue: Bukit Fraser, Pahang

Distance: 187km

Registration fees: RM60

Contact: 019900 4008 (Lan)

Closing date: 4 Nov or 500 participants only

 
 
 
Dianjurkan Oleh:


Fraser Cameron



Maklumat Lanjut

DIST: 187KM



FEEDING STATION: 1-BATU MALIM 2-POS BETAU 3-KG.LENYAR 4-HABU



FEE: RM60



BANK: CIMB 06050017495058(ARINEEN EVENT MANAGEMENT)



CLOSING DATE: 4TH NOVEMBER 2011



SIGN ON SHEET: BUKIT FRASER



DATE: 12TH NOVEMBER 2011(OPENING CEREMONY,DINNER & TECHNICAL BRIEFFING)



TIME:9.00 PM

FAX: 09 5158414(SEND IN FORM AND PROOF OF PAYMENT VIA FAX)

019-9004008 LAN

012-9608000 IJAN

013-9417417 ZAKARIA

013-9225189 MONI

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...