Sejarah Gunung Hitam
-Gunung Hitam ini pernah menjadi laluan penduduk kampung sekitar
Sungai Lui ke Kuala Klawang untuk mendapatkan bekalan makanan seperti
beras dan sebagainya semasa pemerintahan Jepun dan pada zaman darurat
ketika komunis bermaharajalela .
Tempat Mula Pendakian
-Pendaki akan memulakan pendakian dari bekas kawasan rekreasi
Sg.Leweng.Pendaki akan melalui kawasan kebun orang asli dan kemudian
melalui kawasan yang mempuyai tumbuhan buluh liar dan terdapat
beberapa rumah orang asli di sepanjang laluan .
Air Terjun Sungai Leweng
-Kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan dari tempat mula
pendakian,pendaki akan sampai di sebuah kawasan air terjun dikenali
sebagai air terjun Sungai Leweng yang mempuyai kolam yang kecil tetapi
dalam,sesuai untuk mandi-manda dan terjun tiruk.
Kem Penyengat
-1 Jam perjalanan dari Air Terjun Sg.Leweng,pendaki akan tiba di Kem
Penyengat.Kawasan kemsite agak luas sedikit tetapi tiada punca air
berhampiran kem ini.
Sungai Kecil(Punca air terakhir)
-Setelah 25 Minit perjalanan ,pendaki akan menjumpai anak sungai kecil
yang merupakan sumber air terakhir sebelum ke puncak.Terdapat
batu-batu yang agak besar berhampirannya.Pendakian menjadi agak
mencabar dari sini.
Puncak Gunung Hitam
-Setelah hamper 2 jam pendakian,pendaki akan tiba di puncak Gunung
Hitam yang berketinggian 1220 meter dari aras laut.Tiada pemandangan
menarik di puncak gunung ini,hanyalah terdapat pokok-pokok yang
berlumut tumbuh setinggi 2-3 meter.Suhu di puncak ini antara 15-24
darjah celcius.Puncak gunung ini sentiasa diselubungi kabus,mungkin
disebabkan ianya terdedah kepada laluan angin.Puncak gunung ini juga
ditanda dengan sebuah bongkah batu kecil.
SUMBER:
Faizal Samat(FBK)
Yassir(pak sheikh)
ogkl.com.my
http://9w2dya.blogspot.com/
Nak tanya...masuk.dr mana leh jumpa sg kawing tu..
ReplyDelete