GlobalSET dan MySET 2011

Hari ini 12 November berlangsungnya acara GlobalSET jam 1100 hingga 1500 waktu tempatan. Tujuan untuk simulasi dalam menghadapi sebarang bencana alam dalam komunikasi antara pelbagai negara. Kesempatan ini aku ambil untuk mempelajari bagaimana ia dijalankan di 9M4CME. Selepas menghantar xyl ke Hotel Equatorial Bangi kerana menghadiri jamuan teh Koperasi saltmine aku terus ke Jalan Tinggi Petaling Jaya terletaknya rumah kelab. Ketika itu hujan renyai kelihatan ramai juga rakan ham menghadirinya. Aku tiba lebih kurang jam 12 tengahari kelihatan peralatan telah tersusun rapi bagi menjalankan aktiviti simulasi ini.
Report pertama kepada JA1RL dari 9MCME oleh 9M2USB tentang laporan cuaca dan suhu sekitar di Kuala Lumpur. Tetapi sebelum itu JA1RL oleh JA1LDY memberi laporan cuaca di Tokyo.
Report kedua pula dari VR2HK oleh VR2USP di Hong Kong dan 9M4CME oleh 9M2USB melaporkan keadaan di Kuala Lumpur.

Manakala untuk MySET pula kedengaran 9M4CCM di Kuala Terengganu oleh 9M2MSL melaporkan keadaan di Kuala Terengganu frekuensi 7.110MHz. Kemudian selepas beberapa minit kemudian laporan oleh 9M2BAL pula melaporkan keadaan di Terengganu.

Jam 2.15 aku mula berangkat ke Bangi semula mengambil xyl . Sempat bersalaman bersama-sama rakan yang hadir sebagai tanda terima kasih.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

1 comment:

  1. Just saw your note of the GlobalSET 2011, I am VR2USP from Hong Kong who had the hand sharking with you! Nice to see you again!

    73 de VR2USP

    ReplyDelete

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...