Bersalaman diudara dan didaratan bersama 9W2VIZ


Biasanya sebelum cuti sekolah ini,aku mempunyai kesempatan untuk QSO.  Biasanya aku akan monitor di V47 sahaja memandangkan saltmine aku adalah dalam lokalan ini.

Hari ini aku berkesempatan bersalaman diudara dan didaratan bersama abg Fauzi 9W2VIZ. Ini bermula, apabila aku hanya memanggil mana-mana rakan di simplex ini. Rupanya audio aku dapat dikesan oleh beliau yang sedang bermobile dari Kuala Lumpur ke basenya di Cheras.

Menurut beliau audio aku dikesan di Cheras Leisure Mall tetapi penerimaan kurang baik memandangkan aku hanya menggunakan handy dan antena rubber duckies saja.

Lebih kurang jam 6.25 ptg panggilan aku disambut oleh beliau ketika itu di  Bandar Tun Hussein Onn. Bermulalah aku dapat QSO dengan lebih baik lagi. Biasanya waktu ini jalan raya sesak dengan kenderaan.

Bila penerimaan semakin baik di persimpangan Cheras  Perdana QSO diteruskan. Akupun mengubah tempat yang lebih tinggi lagi bagi mendapatkan audio yang lebih baik.

Boleh bersalaman didaratan pula kerana base beliau memang dekat dengan saltmine aku. Maka, kamipun menetapkan berjumpa diluar saltmine jika berkesempatan. Beliau mengisi tangki minyak dahulu sebelum memanggil semula jika telah sampai di tempat kejadian.

Akhirnya beliau memanggil aku semula mengatakan sudah sampai tempat yang dijanjikan. Akupun keluar dan terus kejelopi beliau dan terus bersalaman didaratan. Tak ku sangka ramai lagi rakan ham yang tinggal berhampiran dengan saltmine aku. Bertambahlah rakan ham seorang lagi. Ada kelapangan dan kesempatan bolehlah bertemu lagi. Terima kasih abg Fauzi dapat juga bersalaman dan berkenalan walaupun seketika, memandangkan waktu untuk pulang ke base masing-masing.

Berdasarkan cermin dijelopi beliau terdapat juga callsign komersial. Lupa aku callsign tertera itu. Apapun lepas ini aku akan cuba memanggil lagi di V47 diwaktu petang walaupun ketika itu rakan memang  tiada dibase kerana tugasan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...