Memancar menggunakan handy

Pagi ini aku ada monitor satu jalur kedengaran rakan sedang QSO. Apa yang menarik tentang perbualan mereka adalah berkisarkan tentang penggunaan handy memancar menggunakan pengulang.
Rakan ini berasa kurang senang apabila seseorang menggunakan handy bersama antena rubber duckies TX menggunakan pengulang.
Mengapa ya? Persoalan itu harus kita fikirkan bersama. Menggunakan handy dengan kuasa pancaran yang kurang boleh memberikan audio yang kurang memuaskan.
Ada juga rakan bermobile menggunakan handy antena rubber duckies ini untuk TX. Ia juga pasti memberi audio yang kurang memuaskan terutamanya kawasan yang kurang memuaskan seperti dicelah bukit atau kawasan kelapa sawit.
Jadi beri peluang rakan-rakan baru yang ingin belajar memancar dan seterusnya QSO walaupun menggunakan radas yang paling mudah asalkan rakan dapat memahami setiap butir bicara yang hendak disampaikan.
Mungkin selepas itu, rakan baru akan dapat meningkatkan peralatan dan kemudahan serta pengetahuan dalam radio untuk menjadi pengendali radio amatur yang lebih baik.
Kita pengendali radio di Malaysia bukanlah besar sangat. Apabila monitor di pengulang orang yang sama pasti akan QSO. Rakan baru cuba beranikan diri QSO di pengulang semoga dapat tunjuk ajar dari rakan yang lebih mahir.

73, Jojet, 9W2DYA
 http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...