Bangi to Bandar Tun Hussein Onn Cheras - Selangor, Malaysia


Bangi to Bandar Tun Hussein Onn Cheras


EveryTrail - Find the best hikes in California and beyond

Anda mempunyai gajet yang mempunyai fungsi GPS? Jika ya bolehlah kongsikan perjalanan anda di internet. Melalui laman web Every Trail ( http://www.everytrail.com/ ) kita dapat kongsikan pelbagai maklumat kita tentang perjalanan yang kita lalui.

Perjalanan di atas adalah satu contoh yang telah saya lakukan. Maklumat tentang peta perjalanan dapat dirakam dari mula hinggalah tiba ditempat destinasi.

Selain itu, Statistik tentang trip juga dipaparkan tentang ketinggian, jarak dan kelajuan.

Paparan pergerakan visual menunjukkan secara langsung dengan pergerakan di keratan rentas statistik. Ini menarik perhatian kita tentang sesuatu perjalanan yang dibuat.

Aktiviti bukan setakat memandu sahaja, kita mungkin melakukan aktiviti merentis hutan, mountain bike, berlari atau berjoging atau apa sahaja pergerakan yang dapat dirakam oleh GPS dapat dikongsikan dalam laman web ini.

Jika anda menggunakan telefon pintar yang mempunyai OS android boleh memuat turun dari laman web ini untuk mengoperasikan sistem ini. Jadi tak perlulah beli alat GPS yang ada dipasaran  kerana telefon pintar anda boleh berfungsi dengan baik kerana memang tersedia fungsi GPS.

Jadi teknologi kini, pelbagai perkara dapat dikongsikan bersama untuk kepentingan umum. Dunia kini sememangnya tanpa sempadan apabila  kita berjaya menguasai teknologi.

Terdapat juga kini hand held yang terbina bersama dengan GPS. Apabila adanya GPS pastilah kita dapat mengetahui kedudukan kita dengan tepat di mana-mana sahaja kita berada.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...