Radio Room 9M4SEA
QSL card aku dapat semasa berkunjung di radio room sempena 40th SEANET convention yang berlangsung dari 23 November 2012 hingga 27 November 2012. Ia berlangsung di Hotel Dynasty Kuala Lumpur.
Kedudukan radio room ini terletak di tingkat 30 dan menarik merupakan tingkat yang paling atas letaknya juga kolam renang. Kedudukan yang terbuka memudahkan antena dipacakkan di atas ini. Ruang yang agak sempit di dalam tidak menyukarkan untuk mengendalikan radio dan juga mempamerkan 10 buah radio untuk tatapan peminat radio.
Sampai di sana pagi tadi aku sempat bersalaman dengan beberapa rakan terutama rakan teknikal 9M2RDX, 9W2RUT dan 9M2KRZ dan juga otai-otai 9M. Aku sempat bersalaman juga dengan rakan Gemilang Brunei yang baru tiba untuk memesan baju t-shirt dan topi program.
Hari ini delegasi-delegasi membuat lawatan di Bandaraya bagi melengkapkan jadual program.
Ramai rakan yang hadir memberi sokongan melihat radio room ini. Aku juga dapat melihat pelbagai model radio yang agak antik tetapi masih dapat berfungsi lagi. Melihat secara langsung barulah aku tahu betapa bernilai radio itu untuk tatapan bersama. Pasti ia sukar dicari dan nilainya semakin tinggi walaupun teknologi semakin canggih.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama dapat berkongsi cerita dan pengalaman mengenai radio ini. Minggu depan jangan lupa Field Day 2012.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gajah Akuatik
Cuti hujung tahun lepas sempat membawa harmonic bercuti ke Melaka. Destinasi pertama adalah A Famosa Resort, Alor Gajah. Kali kedua Damia ...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment