TransLangat feat KE7B Everest FELDA


Ini merupakan salah satu program latihan yg dirangka utk team KE7B Everest Felda dlm proses membentuk pendaki yg berjiwa kental, fit, tahan lasak disamping menambahkan kemahiran serta pengetahuan ttg outdoor - navigasi, topo reading, trail blazing etc.
Trip ini dijayakan oleh rakan2 pendaki lain iaitu Muhammad Illaham Ishak, Apip Embi, Hadri Aswad Salim, alip Fall Out, Abu Bakar Mohamad, serta Ramli Abd Majid.
Manakala team KE7B Everest Felda pulak merupakan kombinasi 3wanita serta 9lelaki yg dtg dari felda di seluruh negara yg terpilih dr sessi pemilihan yang pertama dulu.
Berikut catatan ringkas xpdc;


 11nov
0830am - Berkumpul di Bt18, Hulu Langat.
1000am- Masuk ke kwsn perkelahan Sg Lawing
- Hntr 2 kereta di Genting Peres
- Teori Peta & Kompas + Basic 1st Aider
1145am- Start trekking ke Gn Hitam
1900pm- Puncak Gn Si Hitam
2045pm- Bergerak menghala ke Bkt Resam Ambat

12Nov
1230am- Bermlm di Campsite Felda (peneroka generasi ke2..hehe) 0800am- Meneruskn perjalanan ke Resam Ambat.
1200pm- Smpai di Puncak Bkt Resam Ambat.
1630pm- R&R di sungai
1900am- Smpai di Bukit Batu Bulan, terus menebas hala ke Genting Peres

13Nov
0445am- Sampai di Genting Peres. Ambil kereta di Sg Lawing.
0800am-Breakfast di Batu 18 & bersurai!

Tahniah kpd semua yg terlibat kerana menjadi team pertama yg merentasi Gn Hitam-Bkt Resam Ambat-Bkt Batu Bulan-Genting Peres (TransLangat). Trek mmg hardcore habis! Gabungan trek balak, trek hutan, menebas buluh & resam yg seolah tak berkesudahan..hehehe TQ pd semua kerana sama2 menebas & saling mmberi semangat antara satu sama lain hingga ke penghujung.
Trip bebas nasi @ "riceless" & tanpa tidur yg sempurna. That's a matter of mind set! :) Tercapai sudah misi idaman, TransLangat sejak sekian lama meskipun terlajak hampir separuh hari! hehehe.. Alhamdulillah!
Special thanks kpd Presiden KE7B Qobin Mokhtar yg memberi greenlight utk trip ini, serta rakan dr OGKL yg turut serta mengiringi. Together, Impossible Is Nothing...now TransLangat officially opened...leave your comfort zone & dare to explore...

 -deeno-



 
 

 

 
Tahniah kepada Deeno and gang atas kejayaan xpdc TransLangat ini. Xpdc yang bermula dari kawasan perkelahan Sg Lawing dekat Sg Lui merupakan satu tempat perkelahan yang menarik suatu masa dahulu. Berdasarakan gambar xpdc ini tempat ini seperti tidak terurus.

Pada zaman kegemilangan tempat ini, banyak program perkhemahan telah diadakan. Berdasarkan catatan deeno xpdc yang sangat mencabar ini telah berjaya diharungi dengan jayanya hingga ke Genting Peres selama tiga hari bermula 11 November hingga 13 November yang lalu.

Aku pernah  ikut deeno trekking dari Genteng Peres ke puncak Gunung Hitam seramai  empat orang. Memang sangat mencabar disebabkan laluannya adalah jarang digunakan. Kami hanya berpandukan GPS, peta dan kompas serta pengalaman masing-masing dalam misi ke puncak Gunung Hitam.

Melihatkan gambar xpdc teringat kepada aku semasa kami ke sini dahulu. Walaupun arah laluan bertentangan tetapi misinya tetap sama iaitu melalui Gunung Hitam-Bukit Resam Ambat-Bukit Batu Bulan-Genting Peres.

Sebenarnya bagi pendaki seperti kami ini, jika puncak gunung atau bukit yang bernama memang menjadi matlamat utama untuk ditawan. Lebih-lebih lagi dijalur permatang yang panjang membolehkan merentasi semua gunung yang ada.

Kedudukan TransLangat ini dibanjaran Titiwangsa terletak sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Sepanjang perjalanan tidak kelihatan batu sempadan negeri. Mungkin Jabatan Ukur dan Pemetaan tidak pernah memikir untuk menyempadankan dikawasan ini hanya berdasarkan bentuk muka bumi semulajadi sahaja. Batu sempadan di Genting Peres juga tidak kelihatan ataupun memang aku tidak jumpa. Biasanya batu sempadan menjadi tanda sempadan sesebuah negeri.

Tahniah deeno kerana telah merealisasikan impian aku untuk menawan Gunung Hitam-Bukit Resam Ambat-Bukit Batu Bulan ini. Walaupun dahulu misi ke Gunung Hitam dari Sg Lawing pernah gagal, tetapi kejayaan ini menunjukkan impossible is nothing.

Projek perintis TransLangat ini akan memberi peluang kepada team lain untuk meneroka laluan yang telah dibuka ini. Harap selepas ini, mana-mana team harus menjaga kebersihan alam semulajadi dan keindahan yang masih belum dicemari lagi. Jika dilihat pada gambar xpdc ini banyak tempat menarik boleh kita terokai seperti dikawasan berbatu besar yang membenttuk gua.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat berhempas-pulas mengharungi onak dan duri, lurah dan gaung hingga sampai ke puncak  kejayaan. Kepada team KE7B Everest Felda ini merupakan langkah pertama untuk mencapai kejayaan yang  lebih gemilang. Belajarlah kepada mereka yang berpengalaman semasa xpdc ini kerana ia merupakan bekalan yang penting untuk menawan puncak dunia nanti. Bukan calang-calang orang yang mengiringi anda xpdc kali ini kerana mereka semua mempunyai pengalaman yang sangat tinggi dalam dunia outdoor ini. Kalau nak tanya sayapun boleh juga hehe.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

cerita deeno

http://safdeeno.multiply.com/photos/album/29?&show_interstitial=1&u=%2Fphotos%2Falbum



1 comment:

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...