Eyeball bersama 9W2HUF dan 9W2GEO


Rentetan perbualan di Facebook membawa aku kepada perkenalan kepada rakan yang dikenali serta rakan baru dikenali. Rupanya dilokalan aku terdapat juga rakan ham baru mendapat AA.

Setelah perbincangan dibuat membawa idea untuk eyeball, memandangkan kami tinggal dilokalan yang sama.

9W2HUF radio operator Husni dan 9W2GEO radio operator Amzari adalah rakan yang aku dapat eyeball pertama  kalinya di lokalan Putra Mahkota.

QTH eyeball adalah Restoran Nazeem Taman Impian Putra, Bangi. Perjumpaan bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Pelbagai perkara dikongsi dan dibincangkan tentang radio serta kerjaya masing-masing.

Hasil daripada perjumpaan pertama ini berkemungkinan membawa kepada perjumpaan seterusnya agar lebih ramai rakan yang tinggal dalam lokalan ini boleh bersalaman didaratan. Sebenarnya ramai rakan ham berkampung dilokalan ini tetapi tiada kesempatan dan kelapangan untuk bersalaman.

Terima kasih kepada kedua rakan akhirnya dapat juga bersalaman didaratan. Ada kelapangan dapat berjumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...