Rumah Suadamai (Biru) juara Kejohanan Road Run kali ke-10 SMKBTHO2 2013


Kejohanan Road Run kali ke-10 2013 SMKBTHO2 telah berjaya dianjurkan pada 21 April 2013. Kejohanan yang dianjurkan dipersekitaran Suadamai Bdr Tun Hussein Onn, Cheras telah berlangsung dengan jayanya.

Kerjasama yang amat baik diantara guru-guru dan pelajar serta St John ambulans serta pihak Polis telah melancarkan perjalanan kejohanan kali ini.

Hari Ahad dalam cuaca yang baik dipilih memandang trafik kurang sesak dan kerjasama penduduk setempat amat dihargai.

Seperti tahun lepas rumah Suadamai (biru)mengungguli kejuaraan sekali lagi dengan barisan atlet sekolah dan daerah. Sekalung tahniah buat XYL aku yang menerajui Suadamai sesi petang. Naib johan diikuti rumah Suakasih (kuning) serta tempat ketiga jatuh kepada rumah Suaindah (hijau).Tahniah kepada semua  pemenang dan guru-guru yang bertungkus-lumus bagi mencapai kejayaan.

Bagi AJK pelaksana telah menjalankan tugas yang cemerlang bagi memastikan kelancaran program. Aku dan Su Sukan yang lain menggunakan handy bagi memastikan komunikasi dapat berjalan lancar. Segala pergerakan dan perkembangan dapat dipantau dan diketahui apabila kami berhubung dengan cara ini. Menggunakan mode VHF lebih baik dan dapat menjangkau lebih jauh berbanding menggunakan mode UHF yang biasa digunakan di sekolah mahupun pengawal keselamatan.

Sebuah jelopi yang dilengkapi rig digunakan sepanjang laluan memantau segala pergerakan murid dan juga trafik. Aku hanya memantau menggunakan handy di garisan penamat menunggu sebarang trafik untuk disampaikan. Penerimaan audio sangat baik dalam lingkungan 5 kilometer memandang kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi.

Perancangan masa hadapan yang dirangka memerlukan lagi alat kelngkapan radio bagi memudahkan lagi urusan kejohanan yang diadakan setiap tahun.

73, Jojet, 9W2DYA.


http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...