Nagoya Antenna UT-108UV


Antena Nagoya UT-108UV telah digunakan di jelopi dan keupayaannya sangat mengagumkan. Aku hanya menggunakan antena ini untuk tracker APRS.

Terima Kasih 9W2EDU Ikmal yang membekalkan antena cili padi yang baik ini.

Antena yang baru dapat aku planning nak guna untuk igate baru di saltmine. Harap dapat berfungsi dengan baik disekitar kawasannya. Bila ke saltmine nanti boleh dapat igate dengan baik dari Bangi hingga ke Cheras dengan menggunakan low watt sahaja. Sejak 9W2WEE-3 sudah down terpaksalah menggunakan high power untuk mendapat packet dengan baik. Nasib baik 9W2CEH-3 terus berfungsi baik disekitar kawasan Bangi hingga ke Cheras.

Manakala digipeater 9M4RTB-3 di Gunung Telapak Buruk terus memberi liputan yang meluas dibahagian selatan Selangor. Packet aku dari 9M4RTB-3 telah mencapai 1080 pada bulan ini. Oleh itu, apabila mengaktifkan aprs dibase dengan mudah mencapai 9M4RTB-3. Selagi bateri radio tidak kong maka packet akan dapat diperolehi dengan mudah dari puncak gunung itu.

Selain itu, window yang cantik dari base aku memudahkan penerimaan packet. Kalau cuaca baik, dari window base boleh melihat kedudukan puncak gunung Telapak Buruk ini. Tidak hairanlah ia terus ke 9M4RTB-3 yang lebih jauh berbanding 9W2CEH-3 lebih dekat di Bangi.

Lagi satu perkara yang menarik adalah kedudukan antena cili padi ini turut mempengaruhi penerimaan packet. Aku meletak antena cili padi di tepi tingkap pemandu bukannya ditengah-tengah atas bumbung kereta.

Jika aku meletak diatas tengah-tengah bumbung kereta aku akan mendapat 9W2CEH-3 yang lebih dekat dengan base. Sebaliknya jika letak ditepi bumbung kereta dibahagian pemandu sudah pasti aku akan mendapat 9M4RTB-3 lebih jauh dari base.

Sejak menggunakan tracker ini, aku lebih senang meletakkan antena ditepi bumbung bahagian pemandu berbanding kebiasaannya ditengah-tengah. Sememangnya terdapat perbezaan yang nyata letakan kedudukan antena itu.

Pada pemerhatian aku, penerimaan packet yang sangat baik adalah letakan ditepi bumbung berbanding dengan letakan ditengah-tengah.



Jika rakan terlihat jelopi aku yang berantena cili padi itu untuk cuba memanggil-manggil. Minta maaf jika panggilan tidak bersahutan kerana antena itu adalah digunakan untuk tracker bukannya sambung ke rig. Namun aku hanya standby handy untuk menyahut mana-mana pangilan rakan-rakan jika terserempak dengan jelopi.
 ini.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...