9W2JDY-1 mendapat empat beacon sekaligus

Hari ini stesen 9W2JDY-1 mendapat empat beacon sekaligus daripada satelit Psat. Laluan jam 8.05 malam tadi mengambil masa selama 12.7 minit.

AOS Azimuth bermula pada 213 darjah dan LOS Azimuth berakhir 30 darjah. Memang laluan kali ini sangat baik melintasi Semenanjung Malaysia.

Maximum Elevation adalah 79.7 darjah.

Stesen ini mendapat satu telemetri dan tiga data sun vector triplet. Sepanjang pemantauanku ini data yang paling banyak diperolehi dari 9M Land.

Sebelah siang tadi stesen 9W2CEH-3 turut mendapat satu beacon satelit Psat.

73, Jojet de 9W2DYA
via android

No comments:

Post a Comment

Lain Cari Lain Dapat

Dua hari sabtu berturut telah melancarkan misi SAR. Hari ini selepas latihan olahraga terus ke Kampung Giching, Salak. Terdapat satu belon K...