VHF DXing E22JMY-7 ke 9W2CEH-3 & 9W2JDY-1 melalui ISS

Sebentar tadi jam 2.43 ISS melalui Malaysia dari arah barat daya ke timur laut melalui Sumatera dan Semenanjung. Harapan aku agar dapat menerima beacon dari ISS. Rezeki tidak menyebelahi aku sebaliknya 9W2JDY-1 lebih pantas menyambar beacon ISS.

Stesen 9W2JDY-1 berjaya mendapat dua beacon RS0ISS pada petang ini di Kuantan.

Sementara itu, stesen E22JMY-7 APRS Thailand Lopburi Team berjaya menghantar beacon ke ISS hingga dicapai oleh jiranku stesen 9W2CEH-3 di Bangi dan stesen 9W2JDY-1 di Kuantan.

Ingatkan di Festival radio amatur Jakarta ada stesen menembak ke ISS tetapi tiada pula sebaliknya stesen dari HS yang ada.

Bagi laluan kali kedua, tiada sebarang aktiviti Aprs sekitar jam 4 petang .

73 Jojet de 9W2DYA




No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 21068732 Jatuh di Hulu Cheka

  Pagi ini 2 Oktober 2025 telah dapat dikesan belon kajicuaca yang telah dilepaskan dari perairan negara. Lokasi antara Chukai dan Kuantan j...