APRS Amateur Satellite

Sebenarnya ada dua lagi satelit Aprs selain ISS yang memegang callsign RS0ISS. PCSat-1 telah berada di orbit sejak tahun 2001. Manakala ARISS berada di ISS sejak tahun 2007.

Satelit Psat baru dilancarkan pada bulan Mei 2015 baru-baru ini. Ia menggunakan frekuensi yang sama iaitu 145.825MHz. Jadi kita tidak perlu menukar sebarang frekuensi yang lain bagi mendapatkan packet daripada satelit Aprs ini. Beberapa hari yang lepas beberapa stesen dari 9M Land berjaya mendapat beacon dan telemetri dari satelit Psat. Stesen igate yang mengaktifkan frekuensi 145.825MHz yang berjaya adalah 9W2DIE-1, 9W2CEH-3 dan 9W2JDY-1.

Memantau melalui Findu untuk beberapa hari ini tiada stesen 9M Land berjaya disapa oleh satelit Psat.

Bagi yang ingin mencuba bolehlah menetapkan frekuensi satelit Aprs 145.825MHz. Boleh muat turun aplikasi AMSATDROID FREE bagi mengetahui waktu laluan satelit aprs melalui Malaysia.

APRS Packet Transponder

The APRS packet transponder is an AX.25 Packet Radio Relay.

APRS packet radio communication transponder for relaying remote telemetry, sensor and user data from remote users and amateur radio environments or other data sources back to Amateur Radio Experimenters via a global network of internet linked volunteer ground stations. The data transponder also includes all telemetry, command and control for a complete cubesat.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...