QSO bersama 9W2OTX



Pada Malam tadi 14 Julai 2015 jam 11.05 malam aku berjaya QSO bersama Azman 9W2OTX. Beliau sedang bermobile dari Jalan Reko pulang ke base station QTH Taman Desa Saujana, Sungai Merab.


Beliau melaporkan penerimaan readability 4 kerana sedang bermobile. Manakala aku menerima audionya sangat baik 5/9 walaupun bermobile.


Azman bermobile melalui Jalan Teras Jernang di Bandar Baru Bangi. Setelah melalui kawasan yang berbukit berhampiran dengan base beliau aku memohon mendarat bagi mengelakkan kesukaraan menerima audioku.


My working condition adalah menggunakan handheld yang baru menerima bateri baru pada siang hari tadi dengan kuasa pancaran 5 watt. Bantuan antenna quarterwave groundplane dapat bekerja dengan baik walaupun rakan yang sedang bermobile.


Terima kasih kepada Azman yang sudi menyahut panggilanku di frekuensi 145.500MHz. Percubaan pertama ini menaikkan semangatku untuk terus bersimplex jika ada kelapangan.


Kemudian selepas itu aku terus mencuba memanggil di V40,V38 dan V66 namun tiada sahutan panggilanku itu.
Jumpa dan jumpa lagi


73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...