VHf DXing E20FLB-10 (Samutprakarn) to 9W2JDY-1 (Kuantan) via ISS

Malam ini terdapat dua kali laluan ISS. Laluan pada malam ini adalah jam 8:31 dan 10:07.

Pada waktu malam aktiviti Aprs ini menunjukkan lebih aktif berbanding siang tadi. Bagi jam 8:31 dua stesen telah mendapat satu beacon daripada ISS. Stesen tersebut adalah 9W2DYA-1 QTH Bangi dan 9W2JDY-1 QTH Kuantan.

Manakala bagi laluan kedua iaitu pada jam 10:07 malam terdapat dua stesen dari negara Thailand berjaya mendapat packet dari ISS.

Pada malam ini stesen E22JMY-7 sekali lagi mengaktifkan stesen menembak ke ISS dan berjaya mendapat packet ke stesennya juga iaitu E22JMY QTH Lopburi.

Seterusnya VHF DXing berjaya dilakukan oleh stesen E20FLB-10 QTH Samutprakarn ke stesen 9W2JDY-1 QTH Kuantan melalui ISS.

Ini menunjukkan aktiviti radio lebih aktif dilakukan pada waktu malam kerana gelombang radio dapat bergerak lebih jauh berbanding siang hari.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada rakan My Aprs yang telah mengaktifkan semula digipeater 9M4RDG-3 (VHF) dan 9M4RDC-3 (UHF) pada siang tadi QTH Genting Highlands. Mereka adalah 9M2CJ, 9M2TPT, 9M2RMT, 9M2KRZ, 9W2RUT, 9W2EDU dan 9W2VHF. Tahniah kepada semua.

73, Jojet de 9W2DYA
via Android

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...