Kali ini aku portable di Bukit Mahkota Bangi dan tidak mempunyai radas yang benar-benar untuk mendapat imej yang terbaik. Namun rakan-rakan yang sanggup berkorban untuk beraya berjaya mendapat imej yang terbaik.
Imej dari Melaka oleh 9M2YOT


Imej dari Gombak oleh 9W2VHF


Imej dari Damansara oleh 9W2VXP

Imej dari Kepong oleh 9W2RUT


Imej dari Padang Serai oleh 9M2ZAK

Sehingga jam 11 pagi tadi masih berharap SSTV akan diaktifkan namun tidak mendengar sebarang audio yang hanya sunyi sepi sahaja. Ini menandakan aktiviti SSTV pada kali ini telah dihentikan.
Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya bagi pengaktifan SSTV ini. Pada kali ini imej dipaparkan sangat menarik dan cantik serta lain daripada kebiasaan sebelum ini.
73, Jojet de 9W2DYA
No comments:
Post a Comment