Kemeriahan VHF DXing malam Hari Raya Aidil Adha

Nampaknya kemeriahan radio packet melalui ISS terserlah pada malam hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Laluan pertama ISS pada malam ini sangat meriah sekali. Tiga buah negara saling menerima packet antara satu sama lain melalui ISS.

16 packet telah dapat dikira oleh semua stesen pada laluan pertama ISS malam ini. Sememang sangat meriah kerana terdapat banyak stesen mengaktifkan diri memburu packet melalui ISS.

Stesen E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS ke Bangi stesen 9W2CEH-3.

Stesen YD0NXX memperoleh packet melalui ISS menuju ke Bangi 9W2CEH-3. Manakala stesen yang mendapat beacon daripada ISS adalah 9W2JDY-1 dan E22JMY.

Seterusnya stesen YC9CCS mendapat dua packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1.

Manakala,  stesen YB6DE-6 dan YB6DE-2 mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1.

Stesen YD0NXX sekali lagi mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1 pula.

Kemudian, stesen yang paling aktif masa kini E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS mendapat tiga packet ke stesen sendiri E22JMY dan dua packet ke Kuantan 9W2 JDY-1.

Stesen tunggal dari negara kita stesen 9W2VHF-1 mengeluarkan taringnya memburu packet melalui ISS hingga ke E22JMY.

Akhir sekali, stesen YD0NXX mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.

Bagi laluan kedua ISS, hanya satu stesen sahaja iaitu HS6MYW-10 ke Kuantan 9W2JDY-1.

73, Jojet de 9W2DYA





No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...