Stesen E22JMY mendominasi radio packet melalui ISS RS0ISS

Laluan ISS pertama  pada  malam tadi telah didominasikan oleh stesen dari HS Land. Aktiviti aprs pada malam itu telah dikuasai oleh mereka pada AOS Azimuth 231darjah dan berakhir LOS Azimuth 20 darjah. Bahasa mudahnya dari arah barat daya ke arah  timur laut.

Stesen pertama yang mendapat packet melalui ISS adalah E22JMY-7 ke E22JMY. Kemudian stesen E22JMY mendapat beacon daripada ISS.

Stesen kedua pula adalah E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS sekali lagi ke E22JMY.

Manakala, stesen ketiga adalah HS6MYW-10 mendapat packet melalui ISS ke HS0BBD. Seterusnya E22JMY mendapat lagi beacon dari ISS. Bagi yang terakhir pula pada laluan ini sekali lagi stesen E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.

Nampaknya malam ini tiada DXing kerana semua stesen berada dalam negara yang sama. Pada laluan kedua ISS juga masih didominasikan oleh E22JMY melalui stesennya E22JMY-7 dan E22JMY-12.

Kesimpulannya stesen E22JMY benar-benar menguji keupayaan stesennya untuk bekerja dengan ISS. Stesen dari Malaysia 9W2JDY-1 dan 9W2CEH-3 tidak nampak kelibatnya pada malam ini.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...