ISS School Contact 2017

Program ARISS School contact antara Satellite Ground Station 9M2RPN antara ISS berjaya dilaksanakan pada Rabu 11 Oktober jam 11:24 malam. 13 orang murid termasuk YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi berjaya berkomunikasi menanya soalan tentang kehidupan seorang Angkasawan di ISS.
Murid daripada pelbagai sekolah dapat menimba pengalaman yang sukar diperoleh orang lain amatlah bertuah.
Ia juga ditayangkan secara langsung melalui FB live Planetarium Negara. Pada kali ini, laluan ISS seawal 11:24 malam membolehkan menghadirkan diri. 
Sewaktu tiba, jam 9.30 malam terus mendaftarkan diri di meja pendaftaran disambut mesra oleh staff Planetarium. Selepas itu, diberi goodies bag oleh mereka. Terima kasih kepada semua staff Planetarium yang mesra melayan setiap hadiran terutama murid yang terlibat.
Kemudian terus ke ground station melihat kemudahan yang ada. Ada beberapa rakan telah hadir awal antaranya 9M2CQC, 9M2TPT, 9W2RUT, 9W2KEY, 9M2VDX,9M2JEP, 9M2YOT, 9M2OOO dan ramai tiba bila program semakin  menghampiri detik.
Imej Angkasawan yang akan berkomunikasi pada malam itu. Mark T.Vande Hei, KG5GNP.

Biodata Angkasawan Mark boleh menjadi inspirasi peserta untuk meneroka bidang sains angkasa. Mungkin dalam kalangan peserta dapat melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang sains angkasa ini.
Program komunikasi Satelit ini mendedahkan kepada peserta mengenai cabang sains angkasa yang meluas. Ia juga galakkan kepada murid meminati bidang STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Rajah kedudukan ISS dan stesen satelit 9M2RPN dilakarkan ketika laluannya. Uplink adalah UHF atau VHF manakala downlink pula adalah VHF. Awal contact kedengaran satu stesen tempatan cuba untuk berkomunikasi. Ini adalah satu gangguan seharusnya tidak berlaku di frekuensi 145.800MHz. Jikalau tidak tahu, boleh bertanya kepada stesen lain tentang perkara ini. Sewaktu berlangsung komunikasi ini. Pihak media massa membuat liputan berita untuk badan penyiaran  masing-masing. Sudah pasti mereka turut sedar tentang insiden ini.
Mungkin yang dihantar membuat liputan bukanlah pertama kali. Pasti wartawan itu sedar tentang gangguan yang wujud. Kelihatan deretan gambar angkasawan yang berjaya membuat hubungan dengan stesen 9M2RPN dari ISS. Bermula daripada  Angkasawan negara hinggalah yang terakhir pada tahun 2016.
Stesen 9M2RPN turut menerima banyak award antaranya Japan International Dx Contest. Kelihatan juga terpampang stesen 9M2SS dan 9M2CQC yang merupakan tonggak utama dalam program ini setiap tahun.
Selain itu, terpampang juga keratan akhbar tentang program ini yang pernah diadakan sepanjang lebih 10 tahun diadakan.
Banyak award menunjukkan pencapaian 9M2RPN terhadap aktiviti radio amatur ke seluruh dunia. Ini secara tidak langsung turut mengharumkan nama negara ke seluruh dunia. Namun program ini sebenarnya telah meletakkan nama negara dan terkenal bagi pengamal radio amatur terutama yang meminati cabang komunikasi satelit.
Radio yang digunakan semasa komunikasi dijalankan. Bukan semua negara dapat berhubung dengan Stesen Angkasa lepas Antarabangsa. Ia perlu membuat permohonan lebih awal. Kebiasaannya setiap tahun ia diadakan pada bulan Oktober sempena minggu Angkasa lepas. Oleh itu, murid yang terpilih dalam program ini amat bertuah.
Pelbagai radio dan peralatan berkaitan yang terdapat dalam stesen satelit ini.
credit 9M2VDX
Sebelum berlangsungnya program sempat bergambar bersama 9M2SS, 9M2VDX,9M2JEP dan penulis 9W2DYA. Sementara stesen masih kosong berpeluang meninjau kemudahan dan peralatan yang ada.
Lebih kurang 10 lebih murid telah masuk ke dalam stesen satelit. Mereka telah memakai tag yang terdapat soalan untuk dibaca untuk Angkasawan.
Perasaan bercampur-baur kelihatan di wajah mereka. Latihan berkomunikasi dijalankan sebanyak dua kali. Ini bagi membiasakan menggunakan microfon.
Murid juga diuji pembacaannya bagi memastikan suara cukup jelas untuk didengari oleh Angkasawan. Pegawai yang mesra itu menguji setiap peserta dengan baik serta melayan karenah mereka.
 Pengarah Planetarium Anita Bahari sibuk melayan tetamu dan petugas media. YB menteri juga diberi teks untuk menanyakan soalan kepada Angkasawan. Kelihatan dihujung sana dibelakang 9M2CQC yang duduk adalah 9W2RUT memastikan peralatan komunikasi radio berada dalam terbaik.
 Pengarah Planetarium sedang memperkatakan sesuatu kepada YB menteri. Beberapa minit sebelum contact Sion 9M2CQC mengira detik setiap minit kepada semua pengunjung di dalam stasen satelit.
credit 9W2PD
Suasana sunyi sepi menanti detik 11:24 malam untuk menerima panggilan dari ISS. Apabila kedengaran Angkasawan menjawab panggilan semua tetamu teruja kerana contact dapat dibuat bersama ISS. 13 murid bertuah berjaya mengemukakan soalan kepada Angkasawan.

Selepas hampir 10 minit berlangsung komunikasi antara ISS itu, telah berlangsungnya persidangan media.
Pengamal media melakukan tugasan bagi mendapatkan maklumat tentang program yang dijalankan. Sesi soal jawab turut diadakan. Selepas selesai,  Pengarah Planetarium menunjuk dan menerangkan kemudahan yang terdapat dalam stesen satelit 9M2RPN kepada YB Menteri
credit 9W2PD
Habisnya program bergambar kenangan bersama rakan Putrajaya, 9W2TNY dari Kedah bermotosikal dan 9M2EEE.
credit 9W2PD
Kemudian ke khemah jamuan untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur. Hidangan bihun goreng dan kuih-muih disediakan untuk para tetamu.

credit 9W2PD
Secara tidak langsung juga program ini, turut menjadi medan eyeball untuk rakan radio bertemu dan bertukar pendapat. Sempat juga duduk dalam meja bulat ini bersama orang kuat Marts iaitu 9M2IR dan 9M2PRO.



No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...