Stesen Jota 9M4S di SK Bukit Bandaraya, Bangsar merupakan stesen Jota yang pertama kunjunganku pada hari Sabtu 21 Okrober 2017. Semasa ketibaanku peserta di dalam dewan untuk upacara perasmian.
Special event callsign 9M4S adalah untuk aktiviti Jota oleh World Scout Bureau, Kuala Lumpur. Dua lagi callsign adalah 9M2PPM dan 9M4CSW
Selepas perasmian kumpulan pertama peserta menyerbu ke meja radio untuk QSO. Faiz 9M2AIS dan Stanley 9W2SVT bersedia melayan peserta.
Peserta berjumlah lebih 300 orang teruja untuk melakukan pelbagai aktiviti jota yang ditawarkan.
Sebelum peserta tiba, Stanley 9W2SVT sempat menerangkan tentang handy tyt yang mempunyai fungsi digital DMR. Sambung melalui internet kita dapat QSO bersama rakan diseluruh dunia tanpa mengharapkan radio frekuensi lagi. Teknologi semaki canggih dan mempunyai pilihan untuk diteroka. Tepuk dada tanya selera itulah pepatah lama.
Peserta juga diberi skaf yang menarik untuk Jota ini disamping kad aktiviti. Selesai sahaja tugasan sesuatu aktiviti akan dicop pada ruang aktiviti tersebut.
Aksi Stanley 9W2SVT memegang handy TYT berfungsi DMR menunggu peserta membuat panggilan. Ramai peserta sangat ghairah untuk QSO ke luar negara.
Ridzuan 9M2VDX sedang memantau perjalanan aktiviti.
Peserta tetap setia menanti giliran untuk mencuba QSO.
Antena hexbeam yang ditegak bersama jelopi 9M2UDE.
Antena megah berdiri untuk menjangkau jarak yang paling jauh.
Jelopi bersama khemah dipasang diatasnya sangat menarik perhatian peserta untuk memanjat dan berehat didalamnya.
Berkibar megah Jalur Gemilang di puncak antena yang kedua ditegakkan.
Jelopi emcomm ini menarik hati dan minat dalam kalangan peserta. Boleh menjelajah ke mana jua untuk menyumbang bakti.
Seorang peserta mencuba untuk berkomunikasi dibantu oleh Presiden KLDX Faiz 9M2AIS dan Ridzuan 9M2VDX. Rakan yang melihat cara QSO dijalankan. Contact 9M4CHS stesen Jota Hulu Selangor dan 9M4CCC stesen Jota Semenyih.
Manakala, Stanley 9W2SVT membantu peserta QSO menggunakan handy tyt DMR.
Suasana semakin meriah, tunggu dengan kesabaran untuk QSO dengan stesen jota lain. Tak menang tangan untuk melayan setiap peserta.
Aktiviti semaphore oleh peserta satu pengalaman yang mengujakan.
Kelas Morse code oleh 9M2JEP, peserta didedahkan tentangnya.
Peserta QSO secara simplex bagi band 2 meter. Menggunakan isyarat panggilan 9M4CSW.
Stesen kedua untuk bersimplex dengan rakan di dalam kelas tadi iaitu di pondok. Stesen di pondok menggunakan isyarat panggilan 9M2PPM. Menggunakan antena slim jim di frekuensi 145.200MHz untuk QSO.
Contoh soalam mini RAE untuk peserta membaca. Mungkin boleh menimbulkan minat apabila mencapai 14 tahun untuk mendudukinya.
Pendedahan awal seperti ini, bagus untuk kesedaran peserta yang brminat untuk memegang lesen radio Amatur. Secara tidak langsung memberi pengetahuan dan pendedahan terhadap hobi yang saintifik.
Satu lagi aktiviti menyeronokkan adalah menyiapkan model elektronik. Aktiviti memasang setiap alat-alat elektronik pada papan litar yang disediakan.
Light Mill projek elektronik yang setiap peserta menjayakannya.
Pemimpin yang berbaju berwarna biru yang kanan sekali Farouk 9W2YOK datang menegurku dipondok tadi. Bersalaman didaratan, walaupun sebelum ini hanya kenalku di blog ini sewaktu dia ke Telapak Buruk beberapa tahun yang lalu. Terima Kasih Farouk 9W2YOK dapat berkenalan didaratan.
Mr Richard Middelkoop PA3BAR merupakan koordinator Jota Joti dunia WSB turut memantau setiap aktiviti yang dijalankan.
Kembali kepada projek elektronik, peserta memateri alat-alat elektronik dengan penuh hati-hati. Tetapi sebelum memateri perlu memastikan semua diletak ditempat yang betul mengikut tapaknya.
Jikalau tersilap pateri atau salah masuk, pasti ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
Peserta dengan penuh tekun dalam menyiapkan projek elektronik kerana tidak mahu gagal dalam pelaksanaannya.
Kemahiran dalam memateri serta pengetahuan tinggi dalam alat-alat elektronik adalah penting dalam radio amatur. Ini kerana hobi yang sentiasa bereksperimen melahirkan individu yang kreatif serta dapat merangsangkan minat untuk mencipta sesuatu yang inovatif. Perasaan gembira dan seronok apabila ia dapat berfungsi dengan baik
Persidangan video secara langsung dengan ahli Pengakap dari negara Afrika Selatan. Peserta berbual secara langsung melalui sidang video.
Satu lagi kelas Morse code yang dikendalikan oleh 9M2ROL.
Hebat..
ReplyDelete