Memandu dari Cheras ke SKVE keluar ke Putrajaya hingga ke Dengkil. Seterusnya ke Banting dan jalan tali air sampailah ke Batu Laut.
Sempat sarapan dahulu nasi lemak sebelah kedai ikan segar baru naik dari laut. Selepas sarapan baru ke tempat Bota. Banyak jelopi tersusun dari jauh penampakan antena memanggil-manggil untuk ke sana.
Melalui ditepi rumah sahabat radio juga dibelakangnya kawasan paya air masin kelihatan bakau dan ikan belacak bermain-main. Kemudian ke beting pasir pantai yang memutih sangat sesuai untuk berkhemah.
Situlah stesen Bota didirikan dan kelihatan khemah dome untuk bermalam. Pagi itu jangkaanku air laut surut menampakkan tunggul kayu bakau digigi pantai.
Menghadap laut Selat Melaka laluan kapal dagang yang begitu sibuk. Pagi itu wx baik sekali panas hingga menyilaukan mata menjadi sepet.
Pemandangan indah lautan luas terbentang begitu RF boleh pergi lebih jauh tanpa halangan bukit atau gunung.
Bersalaman dengan rakan yang berehat dan menikmati udara pagi. Bersalaman juga stesen master 9M2RMT dan 9M2KRZ serta 9M2AIA.
Kali pertama berjumpa rakan AROL yang mengaktifkan Bota pada pagi ahad itu. Sempat bersembang dengan Pak Jinggo 9W2OJS yang sering kedengaran audio di Marts linking dan RAKL. Sibuk mengemas peralatan aktiviti memanggang pada malam sebelumnya. Aktiviti seperti ini, dapat berpeluang belajar tentang band HF. Maklumlah untuk memiliki radio HF bukanlah mudah kerana harganya begitu tinggi. Bagi merasai mengendalikan radio HF, boleh menyertai aktiviti kelab seperti Bota ini.
Abg Rahmat 9M2RMT sedang menerangkan tentang antena HF. Banyak boleh dipelajari dengan Pengendali radio amatur yang mahir mengenai teknikal terutamanya serta berpengalaman yang luas.
Sangat menarik tapak perkhemahan Bota di Batu Laut ini dipersekitaran pokok bakau melatari pemandangan.
Bendera negeriku tercinta megah berkibar dihadapan antena untuk band 40M.
Antena VHF ditengah-tengah khemah berdekatan bendera Selangor.
Manakala, berkibar megah Jalur Gemilang berdir diatas antena HF multiband yang gunakan untuk memancar pada pagi itu.
Pagi itu, band 20M sangat baik penerimaannya. Jadi CQ WW DX SSB contest yang sedang rancak seluruh dunia pada hujung minggu ini turut jadi sasaran.
Justin 9W2JST tengah sibuk untuk cq contest pada pagi itu.
Berbanding malam sebelumnya, pagi ini band semakin rancak banyak negara dapat dihubungi dengan pertambahan zone.
Aku memantau sahaja aktiviti contest yang dijalankan sehingga hampir jam 12 tengahari baru bergerak pulang semula ke Cheras mengikut Banting .
Antara negara yang dicapai rasaku Arab, India, Thailand, Australia, Indonesia, Brunei, Filipina, Bhutan, China.
Abg Ahmad Ismail 9M2AIA sedang beraksi dalam contest.
Tahniah pada AROL atas aktiviti Bota Batu Laut.
Semoga banyak lagi aktiviti Bota akan diaktifkan pada masa depan.
73, jojet de 9W2DYA
Terima kasih Sr kami kelab arol usahasama Dr Malaya dx team Dan semua yg terlibat secara landsung atau tisak langsung, Pak jinggo 9w2ojs ucapkan ribuan terima kasih bunga melati diatas kesifatsetiaan spzaiham terhadap team Pak jinggo, insya allah, Kita Sana sama belajar merasa Dan menimba ilmu rdio, bg yg berkesempatan, in la peluang yg ader , Kita mengejar Masa, mngejar umur yg ader mengejar kederat YG ader,team Malaya dx terus mempersadakan dunia radio amatur Malaysia dipelusuk dunia..insya allah.....kepadamu kekasihku ku bermohon kepadamu ku berserah
ReplyDeleteTahniah kpd semua team, dgn minat dan keazaman yg tinggi kelab boleh pergi jauh lagi dgn crew2 yg berkaliber. Byk progrm dan projek boleh diadakan masa depan dgn bantuan elmer2 yg boleh tunjuk ajar dan share pengetahuan dan pengalaman.
ReplyDeleteFIRST TIME TRYING IN OUR CLUB CALENDER.. ALHAMDULILLAH DONE WITH A GREAT EXPERIENCE..TQ DNA
ReplyDeletetq for coming and supporting, we are all still learning and hoping that we can achieve something great together.
ReplyDeleteterima kasih atas support dan kata-kata semangat kepada kelab "Cendol" kami. kami kelab baru nak belajar dan bantuan dari rakan-rakan lama dalam dunia HAM RADIO sangat dihargai. kehadiran anda ditapak lokasi BOTA secara tak langsung dapat memeriahkan dan memberi semangat untuk kami terus berdiri. anyway, thanks untuk gamba2 yang cantik juga.. hehehehe...
ReplyDeleteSalam perkenalan dari saya,
9W2NNu, Fai, Puchong Permai.
harap dapat bertemu lagi di Event akan datang.
Tahniah AROL Crew.. You are the best..
ReplyDeleteTahniah semua teamwork yg hebat dapat merealisasi segala perancangan. Kejayaan yg besar bermula dari langkah pertama. Syabas dan tahniah teruskan usaha. Langkah yg baik utk kenalkan lagi xtvt radio amatur dan dxing pada semua.
ReplyDeletetahniah u all
ReplyDeleteInsyaallah kami perlukan lagi Support rakan rakan radio dalam menjayakan event mendatang
ReplyDelete