Stesen JOTA 9M4CCC Pengakap Negeri Selangor Kem Semenyih

Stesen Jota yang kedua disinggahi adalah 9M4CCC di Kem Mutiara Semenyih. Sebenarnya sehari sebelum pada Jumaat telah singgah di sini. Tiba jam 3.30 petang, peserta sibuk dengan pelbagai aktiviti disediakan.
Aktiviti pertama yang dilihat berhampiran jalan masuk adalah morse code. Peserta Jota didedahkan dengan morse code cuba memahami maksud setiap bunyi itu.
Kemudian, ke dewan untuk meninjau aktiviti yang dijalankan. Kelihatan di atas pentas deretan antena untuk aktiviti ARDF. Terdapat juga, satu conttol marker tergantung di situ.
Di satu sudut dalam dewan satu kumpulan peserta sedang khusyuk menatap peta dunia. Mereka mengenalpasti callsign setiap negara di dunia.
Penuh dengan teliti dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Secara tidak langsung juga pelajar mempraktikkan subjek geografi di sekolah. Aktiviti radio merentas benua dan negara dalam komunikasi.
Mini RAE juga diadakan dalam program jota ini. Pendedahan seperti ini dapat merangsang serta menggalakkan peserta untuk menduduki ujian radio Amatur. Ini kerana seawal 14 tahun layak untuk mendudukinya.
Seterusnya meninjau aktiviti diluar dewan. Kelihatan sesuatu yang seronok dan rancak dalam aktiviti itu. Oh! rupanya satu aktiviti komunikasi menggunakan handy uhf. Peserta mendengar arahan rakan melalui penggunaan radio dua hala. Peserta yang diikat mata mendengar arahan rakannya itu untuk melepasi beberapa halangan.
Semangat kerjasama dan yakin pada rakan diterapkan dalam aktiviti ini. Arahan yang tepat dan jelas juga dapat membawa rakan hingga ke garisan penamat.

Selepas melihat aksi dan keletah peserta itu, terus ke bilik radio. Rupanya bilik radio pada Jota kali ini dalam sebuah kontena atau kabin. Dua antena vertical memayungi diatas kabin itu. Aktiviti komunikasi satelit juga ada di situ. Bersalaman dengan rakan yang mengendalikan slot iaitu 9W2BXN, 9W2VMW, 9W2HH dan 9M2RZL.
Abang Dahlan 9W2BXN antena arrow menjejak Satelit SO-50 dan IO-86. Satellite Lapan A2 untuk stesen jota dari YB land sahaja pada petang itu. Saudisat pada petang itu tiada rakan untuk masuk bergabung.
Inilah stesen 9M4CCC yang didirikan di Kem Mutiara Semenyih. Satu pencapaian yang baik bila dapat mewujudkan radio room untuk pelbagai aktiviti radio amatur.
Tidak ketinggalan juga kenderaan emcomm daripada Mares. Penampilan mobile station ini penting bagi bantuan komunikasi kecemasan. Menurut Rizal 9M2RZL, ia masih lagi dalam proses melengkapkan peralatan dan kemudahan. 

Apabila siap kelak, barulah boleh menjalankan peranannya. Masih lagi memerlukan dana bagi merealisasikan matlamat sebenar sebagai kenderaan emcomm. Kenderaan seperti ini, amat penting dalam memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa yang tidak ingin.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan dana bolehlah menghubungi beliau. Masih banyak lagi keperluan perlu dilengkapkan bagi membolehkan kenderaan emcomm ini berfungsi dengan baik sekali.
Berbalik komunikasi satelit inilah pertama kali dapatku lihat bagaimana ia dikendalikan. Abang Dahlan 9W2BXN cuba untuk mendapat contact. Sayangnya tiada stesen di Saudisat petang itu.
Para peserta diberi penerangan tentang komunikasi satelit oleh 9W2HH dan 9M2RZL. Penerangan juga menggunakan mini glob bagi memudahkan pemahaman bagaimana satelit itu lalu di orbit.
Banyak persoalan dikemukan oleh peserta menunjukkan semangat ingin tahu amat menebal. Secara tidak langsung menerapkan elemen STEM dalam kalangan peserta. Radio komunikasi yang meluas sehingga boleh berhubung melalui angkasa. Penerapan nilai sains dan teknologi angkasa dapat menarik minat untuk mendalaminya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Natijahnya ramai pakar bidang sains angkasa dapat dilahirkan pada masa hadapan seiring negara maju tahun 2020.
Aksi ketika mengikut pergerakan satelit Lapan A2.  Awal laluan sukar mendengar sebarang audio. Bila hampir penghujung LOS ada pula kedengaran stesen dari YB land. Tetapi masa diawal dan pertengahan kedengaran audio Zaki 9M2ZAK . Terima anda dengan baik readability 5/9 dari Semenyih ke Kulai.
Cikgu Suhaidi 9W2VMW, juga ahli Amsat-My yang aktif dalam komunikasi satelit menjejak IO-86 menggunakan antena teleskopik. Kumpulan SIG yang meminati komunikasi satelit semakin meningkat dan aktif terutama di satelit Lapan-A2  dan SO-50. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif. Hobi yang saintifik ini, menggalakkan aktiviti meneroka bidang sains angkasa.
Presiden Marts 9M2IR turut memantau aktiviti komunikasi satelit pada petang itu.
Rizal 9M2RZL memberi taklimat komunikasi satelit kepada para peserta. Penuh perhatian peserta mendengar dan mengambil nota dan maklumat yang penting dicatat dalam buku log aktiviti. Peserta juga dalam program jota ini, dikehendaki mencari 10 stesen yang bercallsign. Jadi, kami yang ada di tapak komunikasi satelit ini menjadi sasaran untuk mendapatkannya. Beberapa terminologi dalam radio amatur turut dicatat oleh peserta. Setiap fonetik dihafal dan disebut sehingga sudah mahir bila menyebutnya. Contohnya ditanya dan sebutkan d y a. Lantas menjawab delta, yankee dan alpha.
Suasana dalam radio room yang digunakan dalam jota stesen 9M4CCC.
Akhir kata tahniah kepada Marts dan Perseketuan Pengakap Negeri Selangor atas program jota dunia pada tahun ini. Tidak dilupa juga Amsat-My yang berjaya mencambah minat peserta dalam komunikasi satelit.

73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...