Permai Resort and Rest House, Bachok

Hari kedua di Kota Bharu membawa Adani berjalan-jalan sempena cuti hari Deepavali. Bermula dari Royal Guest House ke Kubang Kerian. Melalui jalan ke Pasir Puteh melalui stesen 9W2NKY-7 dan 9M4GKY.
Kemudian masuk jalan ke Gunong melintasi stesen 9W2DMW-9. Tiba di Gunong terpampang megah berdiri sebuah bukit yang dipanggil Gunong kawasan itu. Situlah letak stesen 9M4RAB-3
Seterusnya perjalanan melintasi kawasan kuari di balik bukit Gunong itu. Terus ke arah Pasir Puteh hingga simpang masuk ke kiri menghala terus ke Tok Bali.
Sehingga simpang tiga yang terdapat replika bot, memandu ke kiri ke kawasan pantai peranginan.
Pemandangan laut telah mula kelihatan namun kawasan pantai peranginan tidak kelihatan untuk diakses.
Namun banyak papan tanda menunjukkan arah resort. Permai Resort menjadi pilihan untuk dikunjungi. Memang menarik resort dengan kemudahan penginapan serta kemudahan. Sesuai untuk bercuti dan berkursus.
Kami berehat di tepi pantai menikmati keindahannya. Ramai pengunjung lain turut beriadah bersama keluarga. Nasib baik ada kedai menjual serbaneka barangan. Waktu kemuncak yang membahang eloklah dibasah tekak dengan minuman
Perjalanan pulang ke Kota Bharu mengikut arah ke Bachok. Tiba di KB terus ke AEON Mall untuk makan tengahari.

No comments:

Post a Comment

Ham Radio Meet-Up 2026

  Stesen yang berkelapangan boleh datang ke Tasik Putrajaya pada 3 Mei 2026. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan; 1. Test Antena Verti...