Stesen K6MRC-1 kembali

Stesen K6MRC-1 sebuah kapal yang berfungsi sebagai hospital kelihatan berhampiran Pulau Linggi. Kemungkinan menuju ke Kuantan untuk memberi bantuan kemanusiaan.


Kapal USNS Mercy pernah berlabuh di Kuantan untuk beberapa lama. Packet diperolehi dari Bukit Sulai pada masa itu.

Harap stesen aprs di Johor bersedia untuk mendapat packet dari Igate K6MRC-1 yang aktif ini.

Stesen yang mendapat packet darinya adalah stesen YC1LZ-1 dengan jarak 188.8km di Tangkuban Perahu di Lembang Pulau Jawa.

Kapal ini sedang belayar sejauh 28km/h dengan bearing 332 darjah serta altitud 24m.


7:15 pagi ini K6MRC-1 telah belayar berhampiran Pulau Bintan. Kapal ini pernah tiba di Kuantan pada bulan Ogos 2016.


Jam 9:03 pagi stesen K6MRC-1 menghala ke Selat Singapura pada jangkaan penulis. Stesen yang berhampiran adalah stesen 9W2CHF-1. Bergerak 28km/h, bearing 274 darjah dan altitud 36m.


Jam 11:30 pagi stesen K6MRC-1 berjaya mendapat packet melalui Gunung Pulai 9M4RGP-3 sejauh 115.6km Nampaknya ia berada di timur Johor dan pasti bergerak ke utara ke pantai timur. Ia juga berjaya mendapat beacon ke 9W2CHF-1.


Jam 12:36 tengahari kelihatan stesen 9W2CHF-1 berjaya menghantar beacon ke K6MRC-1. Nampaknya ia menghala ke selat Singapura.


Jam 10:56 malam, terjawablah destnasi K6MRC-1 berada di pelabuhan dekat Changi.

73, Jojet de 9W2DYA

1 comment:

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...