Mendaki Bukit Broga Simulasi SAR

*MENJEMPUT BAGI PENYERTAAN TERBUKA AKTIVITI ANJURAN NESRAC*

*AKTIVITI MENDAKI BUKIT BROGA, SIMULASI PERHUBUNGAN MENCARI DAN MENYELAMAT, KAEDAH KOMUNIKASI MELALUI SATELIT AMATOR (AMSAT) ANJURAN NESRAC 2018*

*AM*.

1.   NESRAC terus menggiatkan aktiviti bagi menyuburkan hobi sukarela ahli2nya dan rakan2 ham menjelang suku penggal terakhir 2018 dengan penganjuran aktiviti perkara tajuk.

*PELAKSANAAN*

2.   *Tarikh*:  Mulai 28 hingga 30 Sep 2018.

3.    *Lokasi*:  Tapak Rekreasi Bkt Broga, Lenggeng, N. Sembilan.

4.   *Aktiviti* akan dilaksanakan dalam 6 peringkat seperti berikut:

     a.   *Peringkat 1* -  Berkumpul dan Pergerakan konvoi dari RV Point Masjid Sikamat ke Base Area Bkt Broga, Lenggeng.

     b.   *Peringkat 2* -  Pecahan Kumpulan dan aktiviti mendaki Bt Broga. (awal pagi).

      c.  *Peringkat 3* -  Bengkel mengenal Peta dan Kompas, memecah zon, simulasi mencari dan menyelamat tumpuan kepada kaedah komunikasi, menyemak kedudukan dan melapor keadaan dan kejadian penuh.

      d.  *Peringat 4* - Bengkel membuat antenna pemburuan satelit AMSAT.  Practikal memburu satelit.  DXing Kelab masing2.

      e.  *Peringkat 5* - Ulang taklimat, penyampaian sijil penyertaan dan Majlis Penutup.

      f.   *Peringkat 6* - Pergerakan konvoi balik ke destinasi peserta.

*PERLAKSANAAN*

5.   *Rancangan Am*.   Aktiviti bermalam dalam bentuk perkhemahan dan akan bermula pada Hari Jumaat 28 Sep 2018 dan berakhir pada hari Ahad 30 Sep 2018 (3 hari 2 malam).  Peserta adalah terbuka dari sekitar N. Sembilan, Selangor, WP K. Lumpur, Melaka dan Pahang Selatan.  Yuran penyertaan adalah RM30.00 seorang bagi menampung keperluan bahan2 antenna satelit. Sajian adalah urusan persendirian peserta.

*ARAHAN PENYATUAN*

6.   *Masa*:

      a.   *Mendaftar* Penyertaan mulai sekarang hingga 20 Sep 2018 sebelum jam 2200.

       b.    *Pembayaran yuran* penyertaan RM30.00 sebelum 25 Sep 2018 jam 2200.

        c.    *Berkumpul di RV Point* Masjid Sikamat pada 28 Sep 2018 sebelum jam 1430.

         d.   *JMB konvoi* ke Base Area Tapak Rekreasi Bt Broga 281500H Sep 2018.

         e.    *JMT Base Area* Tapak Rekreasi Bkt Broga 281730H Sep 2018.

7.   *Lokasi*:
       
         a.  RV Point Seremban di Parking Lot Masjid Sikamat, Seremban.

         b.  Base Area di Tapak Rekreasi Bkt Broga.

8.    *AJK Penganjur* (akan diputuskan kemudian).

9.    *Perserta* - Adalah rakan2 ahli NESRAC terbuka dan setiap daerah (V22, V25, V48, V55 dan V60).  Terbuka kepada rakan ham dari Selangor, WP K. Lumpur, Melaka, Pahang Selatan.

*Yuran Penyertan* - RM30.00 seorang.

10.  *Sajian* -  urusan persendiran atau kumpulan masing2.

11.   *Bahan membuat antenna AMSAT dan tools* urusan persendirian dan akan disenaraikan kemudian.  Antenna akan menjadi milik persendirian masing2.

12.    *Khemah* urusan persendirian atau kumpulan masing2.

13.    *Sijil Penyertaan* akan di sediakan disampaikan semas Majlis Penutupan.

14.   *Kenderaan*  Persendirian ataunikut kumpulan.

15.    *Peralatan Komunikasi*:

         a.  VHF .  Base Station Mks Kawalan oleh NESRAC.

         b.  VHF dan UHF handy (dual band) - Persendirian.

         c.  Connector mengikut jenis handy dan coaxial cable RG58 - persendirian.

         d.  HF untuk DXing - Kelab masing2.

Sekian, harap maklum.

*MEJ (B) ZULKIPLI A. MALIK*
Presiden NESRAC
Merangkap Pengerusi Penganjur

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...