Lintasan pertama dari jam 9:20:02 hingga 9:22:31 mendapat 8 beacon. Manakala, lintasan kedua jam 11:02:22 hingga 11:06:31 pula mendapat 5 beacon.
Seterusnya YB0X-1 ke Asia Tenggara mengambil masa lebih kurang 26 minit pada pagi tadi. Terbuktilah bahawa banyak lagi stesen baru yang akan aktif bersama YB0X-1. Selain itu, rakan dari Australia juga sememangnya aktif bersama YB0X-1 terlebih dahulu.
Pada sebelah malam sewaktu lintasan pertama, berjaya menerima satu beacon YB0X-1. Terdapat 2 stesen dari Indonesia iaitu YC8NYJ dan YD0NXX. Stesen YC8NYJ dengan jarak 2165.81km ke Bangi Lama. Manakala stesen YD0NXX dengan jarak 1155.25km ke Bangi Lama.
Stesen YC8NYJ menulis mesej Salam AMSAT-ID dari Poso City. Manakala stesen YD0NXX menulis mesej Stay at home Fight Corona. Mesej ini mengelilingi orbit dihantar melalui Satelit Lapan A2.
YB0X-1 serta stesen HS6KLJ-2 dengan jarak1190.41km . Maka pada hari ini sahaja telah berjaya menerima 18 beacon YB0X-1. Rekod terbanyak dalam sehari. Ini dicapai apabila YB0X-1 diaktifkan selama 2 jam.
Pada 11:48 pagi, tidak semena-mena stesen RS0ISS dari ISS juga berjaya masuk ke Igate 9W2DYA-5. Dua satelit berjaya menerjah ke Igate 9W2DYA-5 setakat ini. Satelit lain masih susah untuk menembusi Igate 9W2DYA-5 ini.
73, Jojet de 9W2DYA
No comments:
Post a Comment