Awal pagi tadi sempat monitor di V47 145.5875MHz. Mulanya terdengar satu stesen disini jam 12:25 tengah malam. Rupanya audio abg Muhamad Nor 9W2QH dijalur. Terima audio beliau di Nilai seperti biasa readability 5/9 dan memancar dengan kuasa pancaran 25watt.
Rupanya beliau berQSO bersama Abg Syah 9W2UON di Kajang Perdana. Tiada kedengaran audio abg Syah 9W2UON. Berkisar tentang perancangan membina tower untuk antena.
Kemudian jam 12:42 kedengaran Aiman 9W2YXL di Sungai Buloh disebut. Juga tidak diterima audio beliau di Bangi lama ini. Baru balik dari bertugas dan antara barisan hadapan yaang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19.
Jam 12:51 pula, kedengaran Razi 9W2XZI di Sungai Long disebut. Stesen ini juga negative copy. Tiada kedengaran sebarang audio.
Selepas itu, jam 1:14 pagi kedengaran Zarul 9W2LQK di Taman Delima, Kajang disebut. Masih lagi negative copy juga. Manakala, 2 stesen 9W2YXL dan 9W2XZI QRT keluar jalur.
Seterusnya, jam 1:26 Nasrul 9W2YOE disebut masuk bergabung. Semakin meriah jalur diawal pagi dengan beberapa stesen bergabung. Turut negative copy juga.
Hanya audio abg Muhamad Nor 9W2NQH menjadi panduan. Jam 1:51 pagi beliau mendarat. Tinggal 3 stesen yang masih aktif dijalur yang tidak dapat didengar. Maka, akupun tutup radio dan tidur.
jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment