Misi Mencari Radiosonde D20052384 Berjaya di Kg Kanchong Tengah

 

Credit 9W2SMF
Malam tadi berjaya mencari belon radiosonde D20052384 bersama Abg Mike fox 9W2SMF dan Hanif 9W2VHF di Kg Kanchong Tengah, Banting.

Credit 9M2ZAK
Jatuh pada koordinat 2 darjah 45.31' Utara dan 101 darjah 29.93' Timur. Altitud ketinggian terakhir 51m dengan bearing 222 darjah. Detik terakhir jam 21:12 bertarikh 25 Januari 2022. Grafik dari Zak 9M2ZAK menunjukkan jarak 15.8m ia jatuh dari titik terakhir.

Credit 9M2ZAK

Memandu dari Cheras melalui Dengkil ke Kg Kanchong Tengah. Berkumpul di Jalan Serai. Kami sampai lebih kurang tempoh yang sama walaupun destinasi lain tempat datangnya.

Credit 9W2DVZ

Stesen 9W2DYA-10 telah dipantau oleh rakan-rakan dalam group misi malam tadi. Aktiviti mencari sentiasa dipantau rakan untuk mengikuti perkembangan secara langsung. Aprs medium yang sering kami guna bagi menentukan kedudukan terkini secara langsung.

Credit 9M2ZAK

Pemantauan oleh Zak 9M2ZAK menggunakan peta google satelit. Jejak stesen 9W2DYA-10 turut kelihatan. Persoalan mereka melihat kami berkumpul. Titik ramalan jatuh turut telah diletakkan pada 2.754767 dan 101.498497. Manakala koordinat belon jatuh pada 2.75513 dan 101.49879.

Credit 9M2ZAK

Kami menggunakan jalan di hadapan berdekatan dengan deretan rumah. Berhenti berdekatan simpang tiga di Jalan Serai. Meletak jelopi di tepi jalan bawah sinaran lampu jalan yang terang. Boleh menyiapkan keperluan di situ dengan senang.


Abg Mike fox 9W2SMF sedang memasukkan koordinat pada aplikasi GPS Waypoint Finder. Oleh kerana isyarat belon radiosonde ini masih aktif, maka koordinat dapat dicari menggunakan mysonde ttgo. Peranti kecil molek berkeupayaan mengesan koordinat radisonde dengan tepat. Keperluan yang wajib dimiliki oleh pemburu belon di malam hari semasa isyarat masih lagi aktif.


Berpandukan koordinat yang telah dikesan oleh mysonde ttgo itu, dapat mengetahui lokasi belon ini berada. Setelah bersedia dengan kelengkapan, kamipun masuk memburu melalui tepi rumah. Masuk bertemankan lampu suluh setiap seorang. Abg mike mengetui misi pencarian berpandu GPS Waypoint Finder.

Credit 9W2SMF

Berjalan dengan penuh berhati-hati memasuki kawasan kebun sawit. Kebunnya bersih dan kemas memudahkan tugas pencarian. Terpaksa melangkah parit yang kering untuk sampai ke titik koordinat.

Credit 9M2ZAK
Tiba dikawasan yang dijangka jatuh, mencari dikawasan sekitar. Namun tidak menemui sebarang tanda. Abg Mike fox telah scan sekali lagi mendapat kedudukan yang tepat. Malangnya kawasan tidak mendapat isyarat setelah antena dicabut. Jadi sememangnya ia tidak berada di situ.

Credit 9W2SMF

Kali ini bergerak berpatah balik melintas parit semula untuk arah ke hadapan sedikit. Hanif 9W2VHF berpandukan isyarat radiosonde terus bergerak mengesan bunyi yang semakin kuat. Ternyata radiosonde yang bernyala lampu merahnya berada di depan mata. Jatuh atas tanah dengan benang tergantung dari atas pokok sawit.

Credit 9W2SMF
Belon pula tersangkut pada pelepah sawit dalam keadaan basah serta belon hijau masih berisi gas sedikit. Kedudukan belon berada di belakang kami atau arah selatan. Kebiasaan yang dijumpai kedudukan belon pasti dihadapan peranti radiosonde itu. Kemudian Hanif 9W2VHF mengemas belon untuk dibawa keluar. Benang diputuskan memudahkan dibawa keluar. Kami mengikut laluan hingga tiba di jalan besar tempat parkir kereta.

Credit 9W2VHF

Ada dua orang anak muda lepak ditepi jalan terkejut dengan kehadiran kami bertiga keluar dari kebun sawit. Memaklumkan bahawa kami berjaya mencari belon yang dilepaskan dari KLIA. Mereka pelik dan seolah tidak percaya apa yang diberitahu.

Kerjasama yang padu membuahkan hasil misi pada kali ini. Kamipun keluar untuk minum disebuah gerai tepi jalan hala ke Banting. Membuat post mortem adalah rutin setiap kali misi dijalankan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...