Misi Belon Merdeka Gagal

Credit 9W2PRX

 Belon Merdeka radiosonde D21011862 telah jatuh jam 21:21 malam tadi. Altitud ketinggian terakhir 65m serta ketinggian maksimum adalah 27,522m. Ia jatuh di ladang Bedford, Banting.

Kali terakhir penulis mengejar belon adalah sewaktu Aidilfitri yang lalu. Sudah beberapa bulan rasa teruja untuk memburu belon memuncak. Memburu belon bersama Arul 9W2OCX datang dari Puchong. Kami bertemu di Dengkil dan menaiki vannya yang banyak berjasa dalam setiap misi.

Tiba di jambatan Banting cuba mengaktifkan radio. Namun tiada isyarat di terima dari corong radio. Perjalanan melalui Pekan Banting ke Kg Kanchong Tengah hingga ke Ladang Bedford. Perjalanan dengan bantuan google map adalah mudah dengan memasukkan koordinat sahaja.

Menghampiri titik terakhir mengaktifkan radio semula. Namun masih gagal menerima sebarang isyarat. Sahlah peranti radiosonde telah mati. Tiba berhampiran titik akhir dihalang oleh parit besar. Walaupun tinggal beberapa meter sahaja, namun gagal ke sana kerana parit ini. Mesti cari jalan masuk menyampai ke sana.

Ternyata ada jalan masuk tetapi dipagar. Maklmumlah ladang Bedford ini dikawal ketat. Semasa hendak berpatah balik terlihat Pondok Pengawal. Ada seorang Pakcik yang baru hendak masuk kerja atau tukar syif. Arul 9W2OCX bertanya tentang laluan masuk ke tapak pendaratan. Sememangnya ada jalan tapi perlu minta kebenaran dari Pengurus Ladang.


Setelah mendapat keizinan masuk sebentar untuk mendapatkan peranti. Pakcik pengawal keselamatan turut bersama menunjukkan jalan. Video di atas perjalan ke titik terakhir.

Beberapa minit kemudian tiba di kawasan penanaman semula anak pokok sawit yang masih kecil. Jarak hampir 80m sahaja lagi. Pakcik itu kata semak kawasan tersebut. Setelah mendapat arah yang betul hanya penulis meneruskan pencarian. Arul 9W2OCX tidak turut serta kerana semak agak tinggi.

Melintas tiga parit kecil sebelum tiba dititik terakhir. Sampai sahaja di titik terus melilau menyuluh peranti. Kawasan hadapan agak semak agak menakutkan lebih-lebih lagi keseorangan. Berpusing-pusing mencari kawasan sekitar namun tidak dijumpai. Kalau siang lebih mudah, lebih-lebih lagi jika terlindung semak.


Memandang Pakcik pengawal hendak memulakan tugas terpaksalah misi dihentikan. Berpatah balik ke pejabat dan berjumpa semula En Khairul Pengurus ladang melaporkan hasil pencarian. Arul 9W2OCX berkongsi maklumat kepada beliau jikalau peranti atau belon dijumpai oleh pekerjanya.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...