Berjaya menyahdekod isyarat SSTV hari terakhir.


 Hari ini berjaya menyahdekod isyarat SSTV yang dipancarkan melalui pengulang MARTS linking. Berjaya mendapat 11 imej pada hari ini. Hanya imej 1/6 tidak berjaya dinyahdekod kerana masalah teknikal pada aplikasi Robot36. Selepas berjaya mengatasinya percubaan pertama jam 11 pagi mendapat 4 imej.



Imej 2/6 berjaya menyahdekod dengan lengkapnya selepas masalah teknikal diatasi. Bekerja menggunakan hand-held UV-K5 bersama antena Nagoya NA-771. Aplikasi Robot36 untuk menyahdekod yang dilakukan di dalam rumah tingkat 1. Penerimaan isyarat SSTV yang baik melalui frekuensi 147.900MHz di Genting Highlands ke Bangi.


Imej 3/6 berjaya mendapat tiga imej. Paparan Hari Terbuka Planetarium Negara pada 28 Oktober 2023. Jangan lepaskan peluang untuk ke sana memandang sebelum ini kerja pembaikan giat dijalankan.


Imej 4/6 pula, memaparkan Pencerapan Gerhana Bulan Separa pada 29 Oktober 2023. Boleh datang pada tarikh tersebut jam 3 pagi. Imej ini berjaya menyahdekod sebanyak dua kali.


Imej 5/6 menunjukkan National Space Challenge. Sempena Minggu Angkasa Dunia aktiviti seperti ini boleh menarik minat masyarakat tentang dunia angkasa lepas yang perlu diterokai. Imej yang dinyahdekod sebanyak dua kali juga.


Imej terakhir 6/6 menunjukkan ahli MARTS bergambar kenangan. Gamabar ini berjaya diperolehi sebanyak 3 kali. Tahniah kepada MARTS dan Planetarium atas kejayaan menganjur aktiviti SSTV seperti ini. Kepelbagaian  aktiviti seperti ini, sudah pastilah berjaya menarik minat masyarakat tentang teknologi angkasa serta komunikasi.

Bagi stesen yang ingin menuntut SSTV Awards boleh memgisi maklumat pada pautan di bawah.

Berita baik buat penggiat dan peminat Radio Amatur, bersempena dengan sambutan Minggu Angkasa Sedunia dan buat julung-julung kalinya Planetarium Negara dengan kerjasama Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS akan mengadakan World Space Week 2023 SSTV AWARDS pada ketetapan berikut : Tarikh : 7 dan 8 Oktober 2023 Masa : 11:00 pagi dan 2:00 petang Frekuensi : MARTS Linking Repeaters, MALAYSIA Aktiviti ini dibuka kepada semua orang ramai termasuk para penggiat radio amatur tempatan. Para peserta hanya perlu menala (tuning) kepada stesen repeater berhampiran dengan menggunakkan set radio amatur, dan menggunakkan PC / telefon pintar untuk menyahdekod (decoding) isyarat SSTV. Borang penyertaan : https://forms.gle/4X3j9tDYr1JVevB47 Tutorial SSTV : https://www.youtube.com/watch?v=TLR3FFqc_oo Setiap penyertaan yang berjaya akan menerima e-sijil penyertaan dari pihak Planetarium Negara dan Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS. Mulakan misi anda untuk memburu SSTV, selamat mencuba dan semoga berjaya! 😊

Selamat Mendapatkan Awards SSTV

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...