ARISS contact bersama murid SK Wangsa Maju 2023


 Contact Upcoming with Malaysia!

International Space Station commander Andreas Morgensen will talk with students at Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 in Kuala Lumpur, Malaysia via #HamRadio. Scheduled for Wed. 11-Oct at 11:12 UTC | 7:12 AM ET | 19:11 MYT while the ISS is over SE Asia. Listen on 145.800 MHz.

ARISS contact merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan sejak memegang lesen radio amatur. Apa taknya? Perhubungan bersama angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa bersama murid-murid melalui Stesen 9M2RPN stesen mikro satelit Planetarium Negara.

Jangan lepaskan peluang memantau di frekuensi 145.800MHz. Mohon jangan mengganggu kacau frekuensi ini hanya sekadar monitor sahaja. Detik ini sukar diperolehi untuk berkomunikasi dengan angkawasan di ISS. Temu janjinya memakan masa yang agak lama bagi mendapat jadual berkomunikasi dengan ISS.

Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mendengar soalan-soalan yang ditujukan kepada astronaut Andreas Mogensen KG5GCZ oleh murid SK Wangsa Maju Seksyen 2.

Peristiwa bersejarah ini akan berlangsung pada hari Rabu bertarikh 11 Oktober 2023. Contact akan bermula jam 19:11 malam waktu maghrib. Itulah waktu ketika ISS melintasi Malaysia yang sesuai untuk berkomunikasi.

Stesen 9M2RPN akan memanggil isyarat panggilan ISS OR4ISS. Kebiasaan koordinator stesen mikro satelit Planetarium akan membuat panggilan ketika ISS mula memasuki laluan di atas Semenanjung Malaysia. Setelah Angkasawan ISS memberi respon yang baik barulah mikrofon diberikan kepada setiap murid untuk mengajukan soalan. Kebiasaannya ia memakan masa dalam 10 minit sebelum ISS menghilang jauh.

Rakan ham seluruh Asia Tenggara turut dapat memantau perbualan bersama ISS ini. Jadi bersedialah dengan radio masing-masing bagi mengikuti peristiwa bersejarah ini.

Penulis pernah beberapa kali menyaksikan peristiwa ini di stesen 9M2RPN. Ketika itu mendiang Sangat Singh 9M2SS mengendalikan program ini menghulurkan mikrofon kepada setiap murid. Murid beratur dengan soalan masing-masing. Kemudian Angkasawan terbabit akan menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya dengan begitu pantas. Maklumlah laluan ISS berjalan dalam jangka masa 10 minit.

Jikalau tidak dapat ke Planetarium bersedia dengan hand-held untuk memantau di frekuensi 145.800MHz. Pernah menunggu dari awal pagi atau tengah malam, atau petang ketika di saltmine. Semuanya bergantung kepada laluan ISS di atas Semenanjung Malaysia. Ia berlaku pada bulan Oktober sempena minggu angkasa lepas antarabangsa.

Selamat Monitor ISS!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...