AIS aktif di Pelabuhan Klang dan Perairan Selangor


 Terperasan semalam dan hari ini AIS aktif di Pelabuhan Klang dan perairan Selangor. Kebanyakan vesel menerima daripada stesen WD9EPF yang merupakan stesen AIS dari Amerika.


Selalunya kemunculan vesel setelah stesen AIS di Langsa diaktifkan. Tidak pada kali ini, ia aktif melalui stesen AIS WB9EPF dan GM7HHB.

Tunggu  dan lihat sampai bila AIS ini akan terus berjalan. Meriahnya lagi aprs di Malaysia ini.


Salah satu vesel yang dikesan pagi ini adalah CMA CGM Manta Ray. Ia berada berhampiran Pulau Carey. Info mengenai vesel ini boleh dilihat apabila tekan info.


Selain itu, maklumat vesel boleh juga dilihat melalui Marine Traffic. Ternyata vesel tersebut berada di situ tanpa ragu.


Maklumat kapal kontena juga ada diberi di Marine Traffic tersebut. Kapal yang didaftarkan dari negara Malta dengan isyarat panggilan 9HA5683.

73, Jojet de 9w2dya

Zairi 9W2PEF berjaya dapat Oppa pertama

credit 9W2PEF

 Petang tadi Zairi 9W2PEF berjaya menemui belon Kuantan di tepi kandang lembu dalam kawasan ladang kelapa sawit. Lokasi kejadian berhampiran kilang Sri Senggora jalan nombor C19.

credit 9M2ZAK

Radius kawasan belon jatuh ramalan Zak 9M2ZAK telah dipinkan dari koordinat terakhir.

credit 9M2ZAK

Koordinat sebenar yang telah berjaya dijumpai Zairi 9W2PEF telah ditandakan semula oleh Zak 9M2ZAK.

credit 9W2PEF

Tiba berhampiran lokasi kejadian Zairi berjaya mengesan isyarat oppa yang masih lagi aktif. Beliau mengaktifkan auto_rx melalui laptop berjaya mendapat koordinat terkini.


Video memaparkan Zairi 9W2PEF berjaya mengesan koordinat terkini dengan bantuan tiang 5 kaki.


Video seterusnya menunjukkan detik-detik menemui oppa di pangkal pokok kelapa sawit.

credit 9W2PEF

Hasil tangkapan Zairi 9W2PEF petang tadi. Kini perisian auto_rx boleh mengesan isyarat oppa buatan Korea. Cuma hanya digunakan secara luar talian sahaja buat masa ini. Apabila boleh digunakan secara dalam talian akan datang pasti laman sesawang Sondehub pasti kembali meriah.

Tahniah Zairi 9W2PEF atas lesen oppa yang dimilikinya petang tadi.

73, Jojet de 9w2dya

Hujung minggu menyaksikan haiwan ternakan.


 Lenggeng terletak berhampiran Beranang merupakan destinasi pelacongan agro yang sesuai untuk bercuti pada hujung minggu. Kawasan persekitaran yang hijau dihiasi kebun-kebun yang berbukit-bukau manyajikan pemandangan indah.


Memandu dari Semenyih melalui Persiaran Tasik Senangin 1 terus belok ke kanan memasuki Jalan nombor N34 iaitu Jalan Broga. Kemudian hala ke Lenggeng dalam beberapa meter selepas itu belok ke kanan. Ada papan tanda Rabbit Fun Land sebagai petunjuk ke tempat menarik tersebut. Terus parkir kereta di hadapan pintu masuk terletaknya kaunter jualan tiket.


Harga tiket masuk adalah RM12 serta harga bungkusan makanan haiwan RM5 terdiri potong lobak merah, jagung dan makanan ikan. Rabbit Fun Land dibuka setioa hujung minggu serta Cuti Kelepasan Am sahaja. Buka dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang.



Dua ekor rusa menyambut kedatangan kami berhampiran pintu masuk. Harmonic dengan perasaan tidak sabar terus ke kurungan rusa untuk memberi makan lobak merah. Haiwan-haiwan kelihatan sangat jinak. Ia pasti menghampiri bagi mendapatkan huluran makanan oleh pengunjung.


Seterusnya kami bergerak ke hadapan yang telah wujud pelbagaikemudahan aktiviti cabaran. Berhampirannya terdapat kurungan anak-anak kambing yang jinak.


Bertentangan dengan kurungan kambing terdapat pula kurungan tikus belanda yang sangat jinak. Hulur makanan pasti ia mendekati dan makan. Aksi kejar-mengejar turut menghiburkan hati melihat gelagat tersebut.


Dua ekor rusa bebas berkeliaran meminta makanan. Ia tahu bungkusan yang dipegang mempunyai makanan. Sanggup datang menghampiri pengunjung meminta sedikit makanan. Belakangnya itu merupakan kawasan kurungan arnab. Ada ketikanya rusa ini masuk ke kawasan arnab tersebut untuk mencari makan di situ. Habis semua rnab cabut lari. Nasib baik tidak terlepas dari kawasan kurungan tersebut.


Sebelah arnab merupakan kandang seladang. Duduk keletihan menanti makanan. Semua haiwan diberi makan mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak pengurusan.


Kandang unta pula bersebelahan dengan Seladang. Bergerak ke sana ke mari menghilangkan kebosanan. Ia tidak hairan kehadiran pengunjung untuk meminta makanan.


Rusa axis yang berbintik turut menarik perhatian selain rusa biasa yang dilihat. Ia mempunyai tanduk yang cantik.


Menanti dengan penuh kesabaran untuk dihulurkan lobak. Berlainan spesies bersebelahan kandang. Rusa sangat mesra menghampiri kandang untuk disuapkan ke dalam mulut.


Sebahagian lagi kawasan Rabbit Fun Land yang mempunyai pelbagi jenis haiwan. Burung unta, rusa, angsa, itik, keldai serta kuda berada di persekitaran kawasan ini.


Seekor rusa datang meminta makanan berhampiran kolam ikan kap. Sebelahnya terdapat kolam ikan keli pula. Ikan keli berebut-rebut semasa makanan ikan dicampakkan ke dalam kolam tersebut. Tidak pula bagi ikan koi, makanan ikan banyak terapung di permukaan kolam.


Sekawan rusa yang jinak sedang meragut rumput berseblahan kolam ikan. Hujung belakang merupakan kandang keldai, kuda dan rusa. Habis daun-daun pokok dikerjakan sekumpulan rusa ini.


Seekor kuda yang jinak suka diusap kepala. Ketika menghampiri kandang kuda tersebut, ia datang menyua kepala. Harmonic turut berjaya menyentuh kepala kuda tersebut. Sentuhan seperti ini memberi keyakinan bahawa haiwan tersebut jinak dan mudah didekati. Elok untuk membina keyakinan diri dengan hubungan haiwan yang jinak. Ini juga merupakan satu terapi yang biasa digunakan kepada kanak-kanak yang istimewa. 


Harmonicku sangat minat pada dunia haiwan. Ini secara tidak langsung dapat memberi pengalaman sebenar selain belajar di bilik darjah. Pengalaman sebegini membantu ia memahami sesuatu perkara terutamanya sains dan kehidupan. Kemudian, kami mencari lokasi seterusnya. Ini kerana harmonicku masih belum puas hati untuk meneroka dunia haiwan dan alam sekeliling.


Perjalanan diteruskan menghala ke arah Broga. Pemanduan berhati-hati agar dengan harapan ada lagi tempat menarik boleh dikunjungi. Beberapa minit pemanduan selepas Pekan Ulu Beranang terpandang satu papan tanda disebelah kanan. Terpampang beberapa wajah haiwan. Apa lagi? berpatah balik semula masuk ke simpang tersebut. Terpampang Hill Top Eco Deer Ranch.


Mengikut laluan sehala yang agak mendaki hingga terus ke dewan makan. Masuk ke kaunter serta membuat pembayaran. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM12 serta kanak-kanak adalah RM8. Sebungkus plastik lobak merah RM5 juga. Yaka Campsite turut terletak di sini. Boleh menghubungi nombor dalam gambar di atas. Kelihatan banyak khemah telah didirikan di atas tapak perkhemahan  atas bukit.


Terpaksa turun ke bawah menggunakan tangga dari dewan makan tersebut. Pokok jagung telah berbuah berada di sebelah kiri ketika memulakan langkah turun. Harmonic sangat gembira melihat jagung yang masih berada di pokok. Kawasan kebun buah-buahan telah ditukar menjadi tempat agro-pelancongan yang berpotensi.


Tiba di bawah terus ke bangunan berbumbung tinggi. Terdapat kurungan arnab-arnab untuk diberi makan dan bermain. Arnab-arnab yang jinak itu terus menerpa meminta makanan berupa lobak yang dibeli tadi.


Terdapat juga sekumpulan burung Merak turut dibela. Berkejar-kejar ketika hirisan lobak dicampak ke dalam kurungan tersebut. Sayangnya tidak dapat melihat burung itu kembangkan bulu yang cantik itu. Nasib baik pernah melihatnya di Taman Burung Kuala Lumpur yang begitu banyak burung merak bergerak bebas.



Salah satu Rakun yang tidak duduk diam bergerak berpusing-pusing dalam kurungan tersebut. Seekor lagi pada kurungan yang lain duduk diam sahaja.


Bersebelahan kurungan rakun merupakan tempat arnab dewasa pula. Arnab di sini lebih aktif berbanding yang awal tadi. Banyak lobak jatuh di atas lantai tidak diusik. Ketika menyuap dimulut barulah hendak makan bersuap.


Sebelah kurungan arnab merupakan kurungan rusa. Sebelah arnab juga terdapat kurungan ayam itik serta angsa. Kali ini, di Hill Top Eco Deer Ranch ini dapat mendengar bunyi rusa yang agak kuat. Pernah juga ke Taman Botani Negara yang terdapat rusa. Tiadalah kedengaran bunyi yang kerap dan kuat seperti di sini.


Reban angsa dan itik pasti bising meminta makanan. Berebut-rebut setiap kali lobak dibaling ke dalam. Ketika perebutan ada yang marah pada angsa yang lain kerana makanannya berjaya dirampas rakannya. Bunyi yang tidak berhenti selagi makanan tidak diperolehi


Sebelah reban angsa , adalah kurungan Meerkat. Turut berebut-rebut ketika lobak dihulurkan. Bunyi yang keluar dari mulutnya agak bising ketika mengambil makanan. Kelihatan hanya ada tiga ekor Meerkat dikurungan ini.


Kemudian bergerak ke kandang kambing mengikut anak panah. Ketika melalui setiap kandang, kepala terjojol keluar meminta makanan. Kebetulan rumput makanan kambing ada ditanam di tepi kandang tersebut. Mematahkan beberapa batang rumput tersebut untuk diberi makan. Ada peristiwa lucu ketika harmonic memberi rumput itu. Salah satu kandang terdapat seekor anak kambing yang agak besar. Ia berjaya keluar dan mengikut harmonic untuk mendapatkan rumput lagi. Harmonicpun lari ke bawah dan anak kambing tersebut mengikut hingga ke pintu sahaja. Ia memandang kami dari jauh dengan harapan ada makanan lagi untuk diberi.


Sebelah kandang kambing merupakan kandang lembu pula. Ada lembu tenusu juga seperti Farm Fresh di Serdang. Tapi terdapat seekor sahaja lembu tersebut.


Akhir sekali sebelah kandang lembu merupakan tempat peliharaan arnab. Ibu arnab bersama anak-anak yang masih kecil dijaga di kawasan ini. Sama seperti di Rabbit Fun land, arnab diternak untuk tujuan komersial juga.

Percutian singkat ini dapat merangsang minda dan pemikiran anak terhadap haiwan peliharaan dan alam persekitaran. Ia turut menyemai rasa kasih sayang terhadap haiwan serta belas kasihan.

73, Jojet de 9w2dya


Belon Kuantan gagal dikesan

credit 9W2XOR

 Belon Kuantan pagi tadi gagal dikesan. Percubaan mencarinya telah dilakukan oleh Zairi 9W2PEF di lokasi dipercayai jatuh.


Video rakaman Zairi 9W2PEF yang menggantungkan handynya untuk menerima isyarat oppa. Sayangnya tiada isyarat didengari dari corong radio walaupun sudah menggantungnya pada pole.

credit 9W2PEF
Lokasi yang telah Zairi 9W2PEF jelajah untuk mendapatkan belon Kuantan.
credit 9M2ZAK

Jangkaan titik ramalan dipercayai belon jatuh telah ditanda oleh Zaki 9M2ZAK sebagai panduan di Jalan Haji Jaafar.

credit 9M2ZAK

Pandangan dari hadapan titik ramalan berdekatan Jalan Haji Jaafar. Berdasar peta kawasan yang dilintasi merupakan kawasan penempatan. Mungkin jatuh di atas bumbung rumah mahupun atas pokok-pokok.

credit 9M2ZAK
Kawasan bulatan biru ditanda Zaki 9M2ZAK kemungkinan belon jatuh di kawasan tersebut.

credit 9W2XOR

Manakala, kawasan bulatan merah pula telah dicadangkan oleh Ajoe 9W2XOR. Jam 16:07 petang Zairi masih meneruskan pencarian isyarat. Kemudian jam 17:31 misi pencarian telah dihentikan setelah gagal menerima sebarang isyarat. Kemungkinan telah diambil orang, memandangkan kawasan persekitaran merupakan kawasan berpenduduk.

Walaupun gagal mengesan sebarang isyarat, penghargaan harus diberi kepada Zairi 9W2PEF atas usaha pergi mencari secara solo.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Kuantan jatuh di Jengka 23

credit 9W2XOR

 Pagi semalam dua stesen telah berjaya menemui belon Kuantan di Jengka 23. Ajoe 9W2XOR dan Fitri 9W2FVC menemuinya dikawasan ladang kelapa sawit yang agak bersemak.

credit 9W2XOR

Kawasan sawit bersemak ini dipercayai radiosonde oppa telah jatuh. Walaupun kawasan ini tidaklah kemas, namun masih boleh dilewati. Dua pemburu belon yang berpengalaman ini tentu sahaja mudah untuk dimasuki.

credit 9W2OXR

Menghampiri titik terakhir, isyarat radiosonde WxR-301D masih lagi aktif. Penggunaan senjata baru telah berjaya mengesan koordinat terkini belon Kuantan.

credit 9W2XOR

Hasil tangkapan seperti kebiasaannya direkodkan dalam buku nota kecil. Boleh menjadi rujukan untk pencarian masa hadapan.

credit 9W2OXR

Hand-held perlu dibawa bagi mengesan isyarat yang masih aktif. Ia juga perlu digunakan bagi komunikasi dua hala bagi setiap pemburu belon di lapangan. Kadang kala liputan talian telefon sangat lemah mahupun tiada langsung. Bagi ahli radio amatur tidak menjadi masalah. Kami dapat berkomunikasi mengunakan hand-helds masing-masing.


Jarak dari jalan utama ke titik akhir hanya 10.2m sahaja.

credit 9W2OXR

Wajah kegembiraan berjaya mencapai misi pencarian oleh Ajoe 9W2XOR dan Fitri 9W2FVC di Jengka 23. Tahniah kedua stesen yang sangat aktif memburu oppa.

credit 9M2ZAK

Kawasan persekitaran belon Kuantan yang jatuh dikeliling akses yang mudah. Pasti mudah dicari dan dijumpai walaupunkawasannya agak bersemak.

credit 9W2XOR

Radiosonde WxR-301D yang berjaya ditemui direkodkan stesen yang menjumpainya.

73, Jojet de 9w2dya

Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...