(WAMA) WORKED ALL MALAYSIAN AWARD

The Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) issues the WORKED ALL MALAYSIAN AWARD (WAMA) to radio amateurs and SWLs who work/heard and confirm the following:

1. Ten 9M2/9W2/9M4 (club/special event stations originating from West Malaysia)
2. One 9M6/9W6/9M4 (club/special event stations originating from Sabah)
3. One 9M8/9W8/9M4 (club/special event stations originating from Sarawak)

The award and endorsements are issued for 2 way SSB, RTTY, CW, PSK, Mixed or single band, mixed or single mode.
All contacts must be made after August 31st 1957.
The Award Committee have the right to reject and return any application that are found not genuine and of foul play.
Fee:
US$10 (foreign applicants)
RM 20 ( Malaysian callsign applicants)

Send application form to: Awards Manager

MALAYSIAN AMATEUR RADIO TRANSMITTERS' SOCIETY
P.O. Box 10777
50724 Kuala Lumpur
MALAYSIA
_______________
DOWNLOAD Application Form - worked All Malaysian Award (WAMA)

Grundig Radio Valve 2067


Sewaktu mengujungi Bangi Kopitiam di Bangi aku bersama keluarga duduk bersebalahan dengan deretan barangan antik di kedai ini. Apa yang menarik perhatian aku adalah sebuah radio antik.
Ia adalah Grundig 2067



Menurut satu laman web, harga sebuah radio antik ini mencecah 300 Euro. Wah biar betul! ia hanya diletakkan di dalam kedai sebagai barang pameran sahaja. Pasti penggemar barang antik tahu betapa bernilainya sesebuah barangan itu. Ia diletakkan di atas sebuah peti televisyen lama. Dahulu rumah datuk aku turut mempunyai sebuah peti televisyen yang lama seperti ini.



Model ini dibuat di West Germany. dan mempunyai 4 Band iaitu MW, SW I, SW II dan SW III. Gelombang pendek I dari 11m kepada 19m band. Sebab itu band yang ada diradio ini menarik kerana sudah jarang untuk ditemui oleh radio biasa.




Berikut adalah spesifikasi tentang radio ini dari sebuah laman web
http://www.radiomuseum.org/r/grundig_musikgeraet_2067.html
 

Country: Germany
Manufacturer / Brand: Grundig (Radio-Vertrieb, RVF, Radiowerke)
alternative name
Grundig Portugal || Grundig USA / Lextronix
Year: 1958/1959 Type: Radio - or past WW2 tuner
Valves / Tubes6: ECC85 ECH81 EF89 EABC80 EM84 EL84
PrincipleSuper-Heterodyne (Super in general); ZF/IF 460 kHz
Tuned circuits7 AM circuit(s) 10 FM circuit(s)
Wave bandsBroadcast, Long Wave and FM.
Details
Power type and voltageAlternating Current supply (AC) / 110-220 Volt
Loudspeaker2 Loudspeakers
Power out
from Radiomuseum.orgModel: Musikgerät 2067 - Grundig Radio-Vertrieb, RVF,
MaterialWooden case
ShapeTablemodel with Push Buttons.
Dimensions (WHD)540 x 340 x 220 mm / 21.3 x 13.4 x 8.7 inch
Net weight (2.2 lb = 1 kg)8.3 kg / 18 lb 4.5 oz (18.282 lb)
Price in first year of sale299.00 DM
Collectors' prices7 Collector prices (for members Radiomuseum.org)
External source of dataErb
Source of dataHdB d.Rdf-& Ferns-GrH 1958/59




Jika anda ingin melihatnya bolehlah berkunjung di Bangi Kopitiam Bandar Baru Bangi. Janganlah berharap anda boleh mendengar lagu dari peti suaranya kerana ia menjadi tatapan generasi kini.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com





9W2DYA-5 diaktifkan di Cyberjaya



Hari ini berkesempatan berbuka di luar di Cyberjaya. Perancangan XYL ini berbuka bersama rakan sekolah rendah yang hampir 20 tahun tidak berjumpa.

Restoran Sanaa menjadi pilihan untuk makanan nasi arab. Bufet RM30 seorang berbaloi dengan nasi dan lauk yang banyak pilihan sangat mengenyangkan.

Wifi di restoran ini membolehkan aku mengaktifkan Aprsdroid 9W2DYA-5. Aku juga dapat menghantar teks kepada 9W2WHT-5 yang mobile ke Gombak. Radio operator EE Siong Chong dapat bersalaman melalui aprsdroid ini. Kami bertukar-tukar no telefon.


Comment: Putra Mahkota APRS
Location: 2°55.04' N 101°38.99' E - locator OJ02TW70XD - show map - static map
5.0 km Southwest bearing 246° from Putrajaya, Putrajaya, Malaysia [?]
17.0 km Southwest bearing 221° from Kampong Baharu Balakong, Malaysia
25.2 km South bearing 189° from Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
25.6 km Southeast bearing 120° from Klang, Selangor, Malaysia
 
Map loading...

Reebok One Challenge 18.95K


IT'S OFFICIAL!

Reebok ONE Challenge 18.95k - 22nd September '13
Putrajaya/Taman Cabaran

Registration opens 16th July '13 at www.Hooha.Asia
...
Competitive Timed Obstacle Race
Limited to 3000 participants only*
Registration Fees : RM80.00
Age Limit : 18yo - 50yo only (as of 31st December '13)
Time : 6.30am - 11.30am
Distance/Route : 18.95km
Location : Precinct 3, Putrajaya / Taman Cabaran
Category : Men & Women
Medical Station : 7
Water Station : 7

what is included upon registration?
1 x Reebok running vest with Playdry technology worth RM79.00
1 x goodies bag with sponsor products/vouchers

upon completing the race:
1 x Finisher Medal
1 x Reebok finisher tee with Playdry technology worth RM99.00
1 x Finisher goodie bag with sponsor products/vouchers
F&B provided after the race

Prizes (Cash & Products)
Cash Prizes
Champion : 1 x RM1,500 (Men/Women)
1st Runner Up : 1 x RM800 (Men/Women)
2nd Runner Up : 1 x RM500 (Men/Women)

Reebok Cash Vouchers
Champion : 1 x RM1,500 Reebok Vouchers (Men/Women)
1st Runner Up : 1 x RM800 Reebok Vouchers (Men/Women)
2nd Runner Up : 1 x RM500 Reebok Vouchers (Men/Women)

Optimum Nutrition Vouchers
Champion : RM765 ON Vouchers (Men/Women)
1st Runner Up : RM630 ON Vouchers (Men/Women)
2nd Runner Up : RM500 ON Vouchers (Men/Women)

Sharp AQUOS Malaysia
Champion : 1 x Sharp 60" LED TV (Men/Women)

Toshiba Notebook Malaysia
Champion : 1 x Toshiba Regza Tablet AT270 (Men/Women)

Ford
Champion : 1 x RM9,000 rebate on Ford Vehicle (Men/Women)

ION Camera
Champion : 1 x iON Air Pro WiFi (Men/Women)
1st Runner Up : 1 x iON Air Pro Plus (Men/Women)
2nd Runner Up : 1 x iON Air Pro (Men/Women)

Fitness Concept
Champion : 1 x Reebok ZR11 treadmill (Men/Women)

CHi Fitness
Champion : 1 x 12mth fitness enrollment (Men/Women)
1st Runner Up : 1 x 6mth fitness enrollment (Men/Women)
2nd Runner Up : 1 x 3mth fitness enrollment (Men/Women)

**why 18.95km?**
Reebok aims to own a route distance(KMs) which reflects the brands heritage.
1895 is the year Joseph William Foster founded and name the company "J.W.Foster and Sons" which was later renamed to "REEBOK"

**v1 imagery - for quick event highlight**
**v2 imagery with sponsors logo will be up soon**

**Partners & Sponsors**
Perbadanan Putrajaya
Twenty First Century Sports
Hooha.Asia
Astro Awani
Sharp
Toshiba
Ford
Optimum Nutrition
iON Action Camera
PowerBar
DailyMuscle
Chi Fitness
Fitness Concept
KT Tape
Salonpas
Shucare
Tele Dynamics


STAY UPDATED ReebokΔONE Malaysia for more info.
Lihat seterusnya..

BSN Putrajaya Night Marathon 2013

Blog yang penuh kontroversi


Hari ini di facebook ramai rakan ham sedang memperkatakan tentang sebuah blog yang berani menulis tentang hobi radio amatur.

Blog bertajuk Aku Benci Radio Amatur dengan alamat http://akubenciradioamatur.blogspot.com/

Apa yang menarik tentang blog ini adalah luahan seorang isteri yang tidak puas hati tentang hobi ini oleh suaminya.

Ironinya beliau turut mempunyai callsign dan sanggup menuduh bahawa hobi ini adalah bodoh.

Fikir dahulu sebelum menulis lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Rakan-rakan boleh berfikir secara rasional apa yang penulis itu telah lakukan terhadap hobi kita ini.

Setakat penulisan ini, blog itu telah mencapai 2800 total pageview. Penulisannya bertarikh 13 Julai 2012 dengan tiga artikel.

Saya rasa rekod dalam 3 hari sahaja boleh mencecah hingga 3 ribu pelawat yang mungkin rata-rata adalah rakan ham yang ingin tahu apa isi kandungannya.

Sememangnya satu penulisan yang sangat berani dan haruslah bertanggungjawab apa yang telah dilakukan.

Tepuk dada tanya selera

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

xtvt aprs portable saltmine


Hari ini telah mengaktifkan igate di saltmine Cheras. Antara stesen yang dapat didengari adalah:

1. 9W2CEH-9 jarak 13.8km di Bangi
2. 9M4RDG-3 jarak 41.5km di Genting

Persekolahan ganti sempena jerebu yang lalu. Kehadiran pelajar amat mendukacitakan. Mungkin sempena bulan ramadhan keluarga membawa pulang ke kampung untuk berbuka bersama datuk dan nenek. Inilah senarionya jika cuti ganti pada hari sabtu.

Hanya dua stesen dapat didengar seperti kehadiran pelajar yang sedikit juga.


73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

APR-AIJ 2013




Stesen Ibu Pejabat PPM akan mengadakan di butir-butir seperti dibawah:-

Tarikh: 2-4 Ogos, 2013 (Jumaat, Sabtu Dan Ahad)(Minggu ketiga-bulan puasa)

Lokasi: Pusat Latihan Pengakap Malaysia, Balakong, Selangor

Yuran: Minima (makan minum, buku aktiviti, lencana apr-aij, penginapan dll)

Aktiviti: Radio dan Internet serta beberapa game menarik seperti Mini Fox-hunting, Mini RAE, Phonethic Alphabet, Basic Semaphore

Aktiviti berbentuk pertandingan dan disediakan hadiah yang menarik
 

xtvt aprs pagi ini


Laporan xtvt aprs pagi ini adalah seperti berikut:

1. 9W2WEE-3 jarak 2.6km di UKM Bangi
2. 9W2CEH-9 jarak 18km di Seri Kembangan
3. 9M4RDG-3 jarak 59km di Genting
4. 9M2TPT-13 jarak 42.7km di Sungai Buloh
5. 9M4RTB-3 jarak 33.5km di Telapak Burok

Jarak paling jauh adalah 9M4RDG-3 di Genting Highlands.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

QSL card 9M2ESM




QSL kad diatas adalah kepunyaan 9M2ESM yang telah diberi kepada aku pada Konvensyen Radio Amatur 2013 di UKM Bangi yang lalu. Memang cantik lakaran kartunis tersohor negara Lat dipilih untuk QSL kad ini.

' Harapan saya ialah semoga kita menjadi sahabat sejati selama-lamanya' merupakan kata-kata yang mendalam ditulis oleh Lat yang dipilih oleh Syam. Memang tepat pemilihan kata-kata itu bagi mengeratkan lagi persahabatan di antara rakan ham yang menerima kad ini.



Ini adalah pertama kali dapat bersalaman didaratan. Walaupun aku tidak mengenali beliau secara dekat tetapi ia dapat mengenali diriku. Jojet panggilan kepada aku, macam mana beliau boleh kenal adalah melalui blog ini. Rasanya memang tidak pernah QSO di mana-mana jalur tetapi melalui blog ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama rakan ham.

Walaupun media sosial seperti facebook menjadi fenomena kini. Blog-blog tetap mempunyai pengikutnya tersendiri. Bagi kalangan peminat raadio amatur terdapat blog-blog yang boleh diikuti menjadi panduan dan juga dalam pencarian dan penambahan ilmu tentang radio.

Di bawah ini adalah senarai pilihan blog oleh Syam di blog beliau http://9m2esm.blogspot.com/

                                            1. http://9m2zak.blogspot.com
              2. http://advanced-skynet.blogspot.com
 
Banyak pengetahuan dan ilmu yang baru dapat diperolehi jika kita membaca blog-blog yang ditulis oleh rakan ham.
 
Contohnya jika seseorang yang baru berjinak dengan aktiviti radio boleh mendapat maklumat dari blog-blog ini. ada rakan yang ingin mendapatkan lesen tidak tahu cara untuk mendapatkannya. Ini kerana tidak tahu kepada siapa hendak dituju untuk mendapatkan maklumat.
Zaman teknologi maklumat dihujung jari pelbagai perkara dan informasi boleh diperolehi jika rajin mencarinya seperti di blog dan laman sesawang.
 
Blog pilihan Syam sememangnya bukan calang-calang orang. Mereka sangat berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam radio amatur ini.
 
Penulisan di blog menjadi wadah untuk tempat penggalian ilmu radio amatur. Penulis-penulis berkongsi pengalaman mereka yang sangat mendalam tentang dunia radio amatur. Ini secara tidak langsung menjadi pemangkin dan menaikkan semangat kepada rakan yang baru mengenali dunia radio amatur ini.
 
Bagi aku pula penulisan blog merupakan tempat perkongsian pengalaman dan tujuan dokumentasi. Banyak perkara yang dilalui boleh disimpan dan direkodkan untuk perkongsian bersama. Mungkin penulis yang lain turut mempunyai niat yang sama seperti aku.
 
 
 
Berbalik pertemuan kami di KRAM 2013, beliau ada menanyakan kepada aku bila hendak upgradekan lesen. Ini kerana sudah lama di 9W tentu boleh melakukannya. Soalan cepu emas ini adalah soalan yang biasa  ditujukan kepada kita supaya dapat meningkat lagi tahap kemahiran yang lebih tinggi. Ya mungkin satu hari nanti aku akan mendapatkannya. Terima kasih Syam atas pembakaran semangat itu.
 
Sepanjang KRAM ramai rakan ham yang aku jumpa buat pertama kalinya. Begitu juga muka-muka yang biasa dilihat diblog dan facebook akhirnya dapat berjumpa di sini. Sememangnya konvensyen ini mengeratkan lagi hubungan sesama rakan ham.
 
Selain itu, pengetahuan baru dapat diperolehi dengan pembentangan dan pameran yang diadakan. Perkongsian cerita dan pengalaman peribadi seseorang menambahkan lagi ilmu didada. Apa yang penting adalah semangat untuk mencari ilmu di tempat dan orang yang betul. Peluang seperti ini sememangnya dicari-cari oleh aku lebih-lebih lagi dianjurkan dekat dengan base. Manakan rakan Sabah boleh datang inikan pula aku dibelakang rumah sahaja tentulah aku datang.
 
Terima Kasih Syam, jumpa dan jumpa lagi
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 

xtvt APRS sebelah petang


Setelah menunggu hampir setengah jam, barulah aku dapat mendengar beberapa stesen bermula jam 6.31 petang.
Berikut adalah stesennya:

1. 9W2WEE-3 jarak 2.6km di UKM Bangi
2. 9M4RDG-3 jarak 59km di Genting
3. 9W2AZX-9 jarak 66.9km di LPT Karak
4. 9W2DIE-3 jarak 11.3km di Putrajaya
5. 9W2JDY-3 jarak 178.2km di Bukit Sulai, Kuantan
6. 9W2NHE-3 jarak 24.8km di Taman Desa
7. 9W2EDK-6 jarak 33.3km di Shah Alam
8. 9M4RTB-3 jarak 33.5km di Telapak Buruk
9. 9W2TJR-11 jarak 34.5km di Telok Panglima Garang
10. 9W2SZR-9 jarak 42.4km di Bukit Subang
11. 9W2DIE-7 jarak 30.3km di Jalan TAR
12. 9W2AA-9 jarak 62.1km di Bukit Beruntung

Jarak paling jauh adalah 9W2JDY-3 di Kuantan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


Konvensyen Radio Amatur 2013 berjaya memberi lembaran baru bagi pengamal radio amatur.


Konvensyen Radio Amatur 2013 yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) dengan kerjasama SKMM dan Institut Sains Angkasa, UKM (ANGKASA) telah berjaya dianjurkan pada hari ini. Ia diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh UKM Bangi.


Pada pemerhatian penulis lebih kurang 200 orang peserta mengikuti program ini.


Merujuk kepada buku program antara objektifnya adalah:

1. Acara untuk semua pengendali radio amatur Malaysia berkumpul secara besar-besaran setiap tahun.


2. Ruang untuk berkenalan dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.


3. Pelantar untuk pengendali radio amatur bersuara, bertukar pendapat dan mengutarakan cadangan mengenai sebarang hal, isu atau masalah berkenaan radio amatur di Malaysia.


4. Pelantar untuk menyatupadukan pandangan dan kepentingan radio amatur di Malaysia dalam bentuk resolusi-resolusi bersepadu untuk tindakan pihak berwajib.

5. Acara untuk mempromosi radio amatur serta memajukannya untuk kebaikan semua di masa hadapan.


Jadi, setelah tamatnya program pada petang tadi penulis berpendapat secara peribadinya objektif telah berjaya dicapai. Sesi penggulungan dan resolusi telah mencapai kata sepakat dari lontaran dalam kalangan tentangan idea dan pandangan yang telah diambil kira.


Program seperti ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana dapat bertemu ramai rakan baru dan lama dan juga elmers yang berpengalaman dan berpengetahuan. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara bersemuka menambahkan ikatan persahabatan yang lebih mendalam.


Sesi pertama bertemakan Halatuju Radio Amatur Malaysia. Penceramah pertama adalah Pn Nadia Hazwani bt Yaakob merupakan Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Standard SKMM. Beliau membentangkan "Dari Perspektif Badan Regulatori" antara isu kandungannya adalah harapan SKMM agar semua persatuan radio amatur di Malaysia bersatu hati dalam memajukan dan memperkembangkan agar dana dapat disampaikan kepada persatuan yang memerlukannya.

Penceramah kedua pula adalah En. Abdul Rashid Mohd Sultan 9M2RS yang membawa tajuk "Peranan ITU dan IARU dalam penentuan halatuju radio amatur Malaysia". Beliau mengupas peranan dan fungsi ITU agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan IARU merupakan kesatuan radio amatur.

Penceramah ketiga adalah Mr. P.V. Lingham  9M2PV menceritakan "The Old Timers". Pembentangan bergambar tentang cerita menarik dan pengalaman penggiat radio amatur dahulu seperti 9M2DX, 9M2DY, 9M2BG, 9M2DJ, 9M2CL, 9M2AV, 9M2EF, 9M2PN, 9M2SB, 9M2LF dan 9M2KR dan ramai lagi.
Menarik melihat gambar-gambar old timers dahulu yang mempunyai semangat yang tinggi bagi menggerakkan perkembangan radio amatur di Malaysia.


Sesi kedua pula bertemakan Pembangunan dan Sumbangan Radio Amatur Malaysia.

Penceramah keempat adalah Prof Ir. Dr Ahmad Faizal Mohd Zain 9M2DX, Felo Bersekutu, ANGKASA yang diberi tajuk tentang "Pembelajaran dan Sumbangan Radio Amatur kepada Sains dan Teknologi". Pembentangan yang menarik perhatian kerana maklumat yang diberi amat memberi pengetahuan terutamannya sumbangan ham terhadap perkembangan sains dan teknologi. Ramai rakan ham didunia telah berjaya mendapat anugerah Nobel atas pencapaian dan penemuan yang berjaya mengubah umat manusia.

Manakala penceramah terakhir adalah En. Redzuan Jamaluddin, Presiden PARTS bertajuk "Pembangunan Modal Insan dan Komuniti melalui Radio Amatur"

Selepas rehat tengahari, sesi bersambung tentang Suara Hati dan Kehendak Warga Radio Amatur. Lontaran idea dan pengalaman serta penambahbaikan bagi memajukan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia.

Inilah masa yang sesuai untuk pengamal radio amatur untuk mengupas permasalahan serta pencambahan idea bagi mengukuh dan memperkembangkan lagi di masa hadapan.

Segala kata putus dan resolusi akan ditulis dan dihantar kepada pihak berwajib bagi pertimbangan dalam konvensyen ini. Harapan yang menggunung setiap pengndali radio amatur agar draf plan pembangunan radio amatur dapat dierima.


Sesungguhnya konvensyen ini merupakan tempat yang paling sesuai bagi semua pihak bekerjsama bagi memajukan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia. Walaupun dua persatuan radio amatur yang 'besar' tidak turut sama, tetapi ia telah berjaya menyatukan idea dan pandangan daripada setiap peserta yang hadir.
Oleh itu marilah kita bersatu hati dan berpandangan jauh bagi meningkatkan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



XTVT APRS hari minggu


Petang minggu mengaktifkan Igate selepas jerebu melanda. Beberapa stesen dapat didengari antaranya:

1. 9W2WEE-3 jarak 2.6km di UKM Bangi
2. 9W2AA jarak  29.3km di Ampang
3. 9M4RTB-3 jarak 33.5km di Telapak Buruk
4. 9W2CEH-9 jarak 5.2km di Bangi



73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com

ARDF Penang Open 2013

ARDF Penang Open 2013 - Bulletin 2 ( Final )
oleh ARDF Malaysia (Nota) pada pada 18hb Jun 2013 pukul 10.53 pagi
Date: June 17th, 2013
The Penang Amateur Radio Community cordially invites radio amateurs, radio orienteering enthusiasts to participate in the coming Amateur Radio Direction Finding Championship to be held in Penang Island.

The purpose is to encourage outdoor radio sport activities amongst the amateur radio communities and introduce this part of the radio orienteering sport to the younger generation.

Date : June 30th, 2013 (Sunday)
Place : Penang Island
Registration and Briefing: 8:10 am
Flag-off Time : 9:00 am
Run Time Duration : 2 hours 20 minutes
Categories : 2 Meters and 80 Meters
Run Distance : 2.5 ~ 3.0 Km
GPS Location : N5 25 32 E100 18 05


Map

The distance walking from Hotel Waterfall to the ARDF Starting Point is approximately 680 meters away. See the map above.


Meet up location

Meet up at this locaton.

Hotel Accomodation
The Penang ARDF Community suggest that those who intend to book hotel accommodations for this event to consider "Hotel Waterfall" as it is the nearest accommodation to the ARDF event location. * ( Note: we are not affiliated to this hotel )

Hotel Waterfall
Address: 160, Jalan Utama, 10450 Penang, Malaysia.
Tel: 604 - 229 5588 Fax: 604 - 227 5588
http://www.hotelwaterfall.com.my

Hotel Waterfall


Category 2 Meters : ( 144 ~ 145 MHz ) , F2A
Mode: Competitive class. Competitors will hunt as individuals.
Number of fox beacons : 5 and 1 homing beacon.
Frequencies used : 5 foxes on 144.5 MHz, 1 homing beacon on 144.8 MHz
RF Power and Antenna: approx. 100 mW - horizontally polarised omni-directional turnstile.
Transmission pattern: 1 minute ON and 4 minutes OFF - At any one time, one fox will be ON.
( Similar to the international ARDF timing pattern )


Medals will be awarded for the 1st, 2nd and 3rd positions and prizes, based on the number of foxes found, in the shortest time, within the allocated time limit. Competitors are required to bring their own hunting equipments.

Category 80 Meters : ( 3.51 ~ 3.65 MHz ) A1A
Mode: Recreational. Much simpler status.
Number of fox beacons: 3 and 1 homing beacon ( Subject to change )
Frequencies used : foxes on 3.58 MHz, 1 homing beacon on 3.60 MHz
RF Power and Antenna: approx. 500 mW - Vertical antenna.
Transmission pattern: Continuous CW identification.

This is a new category to introduce 80 Meters ARDF to the amateur radio community, especially for beginners, family with kids. Competitors can form groups up to a maximum of 3 persons per team entry, but must hunt together at all times using only 1 set of receiving equipment.

Medals will be awarded for the 1st, 2nd and 3rd positions based on the number of foxes found and the shortest time, within the allocated time limit.

Competitors may rent the 80 meter ARDF receivers from the organisers on the 1st come 1st served basis, (conditions applies, contact the organisers for more information), but are encouraged to bring their own.

Participation Fees
2 Meter Competition Class.
Competition fees per participant : RM20

80 Meter Recreational Class
Competition fees per participant … Adult: RM20
Children below 16 years of age* … RM5

* Note:
Reduced rates for children below 16 years of age, due to partial sponsorship by the organisers. All children participants must be accompanied by an adult participant as part of the team.


Equipments
2 Meters competitors are to arrange for their own receivers and antennas.
80 Meter competitors are to bring their own receivers, however, since this is the 1st time we are running the 80 Meter ARDF hunt, the organisers are arranging some PJ80 receivers to be rented out to those wishing to try out in the recreational class hunt. This will be on 1st come 1st basis.

Foreign Participants
Rental of Equipments
Special arrangements for loan of equipments may be made with prior arrangements with the organisers. Please contact the organisers directly.

A limited number of 80M ARDF receivers (model: PJ80) are available for rental to the participants taking part in the 80 Meter Recreational Class.

Rental price is RM 10 per unit for the duration of the event.
Although, the units comes with earphones, it is advised that you bring your own earphones with 2.5mm diameter stereo plug – similar like those used in audio walkmans, for health reasons.

Rules
- Competitors in the 2M category are to hunt as individuals.
- Usage of handphones, gps or gps aided devices and any external assistance is forbidden.
- Do not cause damages to public or intrusion to private properties.
- Locate the flags at the beacon site locations and not the beacon itself.
- Loss of your tagging card, exceeding the allocated time or casing damage to the fox equipments will result in disqualification.
- The decisions of the organisers on the results are final.
- In case of bad weather, the organisers has the right to delay the starting time or call off the event.
- Any further changes in the rules, will be announced at the starting point.


Contacts
The organisers can be contacted at ...

Name : Lim Kean Chuan
Call Sign: 9M2LC
Telephone: +6 012 467 0302

Name: Neoh Choo Loa
Call Sign: 9M2CLN
Telephone: +6 016 484 5439

Name: Cheah Chuan Wooi
Call Sign: 9W2AVI
Telephone: +6 012 474 1312


Email : ardfpenang2013@myardfsport.com
Web Site :www.myardfsport.com/ardfblog/



Thank you and will be looking forward to your participation in this event.
de 9M2LC - Lim Kean Chuan
on behalf of the Penang ARDF Community

Konvensyen Radio Amatur Malaysia Kali Pertama 2013 UKM Bangi


Setakat ini, belum pernah ada sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang membolehkan mana-mana pemegang lesen radio amatur di Malaysia untuk berkumpul, berbincang mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia. Jika ada sekali pun ianya adalah di peringkat persatuan masing-masing dan hanya melibatkan ahli-ahli persatuan tersebut.
Oleh yang demikian, masanya sudah sampai agar suatu perhimpunan sebegini rupa diadakan yang mana dapat menjadi platform untuk semua pengendali radio amatur dapat berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia.
Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (“MARL”) dengan ini tampil ke hadapan mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu konvensyen tahunan yang dikenali sebagai “Konvensyen Radio Amatur Malaysia” dengan skop dan objektif seperti yang disebutkan selepas ini.

Skop
Konvensyen yang dicadangkan adalah terbuka untuk semua pemengang lesen radio amatur di Malaysia. Penyertaan adalah bercorak individu dan perjalanan konvensyen adalah untuk tempoh satu (1) hari bermula jam 8 pagi berakhir jam 6 petang hari yang sama. Konvensyen adalah bertujuan untuk membuka minda,luahan rasa dan pendapat pengendali radio amatur di Malaysia kepada semua hal-hal serta isu-isu berkaikan dengan aktiviti radio amatur di Malaysia.

Objektif
i. Acara untuk semua pengendali radio amatur Malaysia berkumpul secara besar-besaran setiap tahun;
ii. Ruang untuk berkenalan dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain;
iii. Pelantar untuk pengendali radio amatur bersuara, bertukar pendapat dan mengutarakan cadangan mengenai sebarang hal, isu atau masalah berkenaan radio amatur di Malaysia;
iv. Pelantar untuk menyatupadukan pandangan dan kepentingan radio amatur di Malaysia dalam bentuk resolusi-resolusi bersepadu untuk tindakan pihak berwajib; dan
v. Acara untuk mempromosi radio amatur serta memajukannya untuk kebaikan semua di masa hadapan.

Bagi melihat tentatif program sila klik disini.

Manakala bagi maklumat lodging atau tempat penginapan bagi mereka yang datang dari jauh, sila klik disini.

Yuran Pendaftaran:-
Yuran Pendaftaran Awal : RM50 (sehingga 5/7/2013 – 12pm)
Yuran 1 : RM75 (Walk-In 6/7/2013)
Yuran Pelajar/Warga Emas : RM30 ( Sila hubungi En. Abd Mutalib di emel 9M2SQL@MARES.ORG.MY bagi mendaftar. )

http://www.kram2013.net/

Aktiviti APRS sempena cuti jerebu


Sempena cuti yang telah diumumkan semalam akibat jerebu, pagi ini aku mengaktifkan igate.

Antara stesen yang dapat didengari adalah:

1. 9W2AKY-3 jarak 18.6 batu di Seremban
2. 9W2RUT-2 jarak 24.9 di Kepong
3. 9W8HAM-14 jarak 10.6 di KLIA Sepang
4. 9W2NHE-3 jarak 15.4 di Taman Desa
5. 9W2WEE-3 jarak 1.6 di UKM Bangi
6. 9M4RDG-3 jarak 36.6 di Genting
7. 9W2TJR-11 jarak 24.1 di Klang
8. 9W2AA jarak 18.2 di Ampang
9. 9W2JEK-3 jarak 122.3 di Kluang
10. 9W2DIE-3 jarak 7 di Putrajaya
11. 9W2SZR-3 jarak 20.6 di Shah Alam
12. 9M2RPN jarak 17.8 di Planetarium
13. 9M2TPT-1 jarak 26.4 di Sungai Buloh

Walaupun cuaca jerebu prestasi tetap sama pada pagi ini. Jarak yang paling jauh adalah stesen 9W2JEK-3 di Kluang.

Dua stesen yang paling aktif adalah 9W2AA dan 9W2RUT-2.

Satu packet telah dapat diterima dari stesen 9W2WEE-3. Berbaloi juga menunggu akhirnya dapat juga satu.

73, Jojet 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

XTVT APRS pagi ini


Beberapa stesen telah dapat dikesan signalnya:

1. 9W2AA jarak 18.2 batu di Ampang
2. 9W2DIE-3 jarak 7 di Putrajaya
3. 9W2SZR-3 jarak 20.6 di Shah Alam
4. 9W2WEE-3 jarak 1.6 di UKM Bangi
5. 9W2DIE-9 jarak 26.3 di Damansara
6. 9M4RTB-3 jarak 20.8 di Telapak Buruk
7. 9W2PD-9 jarak 17.5 di Telapak Buruk
8. 9M2RDX-9 jarak 58 di Temerloh
9. 9W2DIE-8 jarak 26.2 di Sungai Buloh

9W2PD-9 sedang menuju ke Telapak Buruk untuk membaik pulih pengulang 9M4RNS. Menurut sumber di FB terdapat 5 stesen berada di sana untuk tujuan tersebut.

Altitude: 1157 m
Position ambiguous: Precision reduced at transmitter by 2 digits, position resolution approximately 1.9 km.
Course: 117°
Speed: 19 km/h
Device: Kenwood: TM-D710 (rig)
Last path: 9W2PD-9>P2UPZL via 9W2DIE-3*,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3 (good)

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

Stainless Steel Bench Mark (SBM)

  Pagi ini beriadah di Taman Canal, Alam Sari, Bangi. Merujuk kepada aplikasi jam Garmin adalah di Semenyih. Sebelum itu bersarapan roti tel...