Konvensyen Radio Amatur Malaysia Kali Pertama 2013 UKM Bangi


Setakat ini, belum pernah ada sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang membolehkan mana-mana pemegang lesen radio amatur di Malaysia untuk berkumpul, berbincang mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia. Jika ada sekali pun ianya adalah di peringkat persatuan masing-masing dan hanya melibatkan ahli-ahli persatuan tersebut.
Oleh yang demikian, masanya sudah sampai agar suatu perhimpunan sebegini rupa diadakan yang mana dapat menjadi platform untuk semua pengendali radio amatur dapat berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia.
Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (“MARL”) dengan ini tampil ke hadapan mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu konvensyen tahunan yang dikenali sebagai “Konvensyen Radio Amatur Malaysia” dengan skop dan objektif seperti yang disebutkan selepas ini.

Skop
Konvensyen yang dicadangkan adalah terbuka untuk semua pemengang lesen radio amatur di Malaysia. Penyertaan adalah bercorak individu dan perjalanan konvensyen adalah untuk tempoh satu (1) hari bermula jam 8 pagi berakhir jam 6 petang hari yang sama. Konvensyen adalah bertujuan untuk membuka minda,luahan rasa dan pendapat pengendali radio amatur di Malaysia kepada semua hal-hal serta isu-isu berkaikan dengan aktiviti radio amatur di Malaysia.

Objektif
i. Acara untuk semua pengendali radio amatur Malaysia berkumpul secara besar-besaran setiap tahun;
ii. Ruang untuk berkenalan dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain;
iii. Pelantar untuk pengendali radio amatur bersuara, bertukar pendapat dan mengutarakan cadangan mengenai sebarang hal, isu atau masalah berkenaan radio amatur di Malaysia;
iv. Pelantar untuk menyatupadukan pandangan dan kepentingan radio amatur di Malaysia dalam bentuk resolusi-resolusi bersepadu untuk tindakan pihak berwajib; dan
v. Acara untuk mempromosi radio amatur serta memajukannya untuk kebaikan semua di masa hadapan.

Bagi melihat tentatif program sila klik disini.

Manakala bagi maklumat lodging atau tempat penginapan bagi mereka yang datang dari jauh, sila klik disini.

Yuran Pendaftaran:-
Yuran Pendaftaran Awal : RM50 (sehingga 5/7/2013 – 12pm)
Yuran 1 : RM75 (Walk-In 6/7/2013)
Yuran Pelajar/Warga Emas : RM30 ( Sila hubungi En. Abd Mutalib di emel 9M2SQL@MARES.ORG.MY bagi mendaftar. )

http://www.kram2013.net/

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...