XTVT APRS awal bulan Jun


Awal bulan Jun ini adalah minggu kedua cuti sekolah.  Pada 2 Jun aku berkesempatan ke pantai timur sekali lagi. Seperti biasa
9W2WEE-3 dan 9W2CEH-3 adalah digipeater yang pasti menangkap 9W2DYA-12.

Aku meneruskan perjalanan ke pantai timur melalui MRR2 dari tol Sungai Besi. 9W2NHE-3 memulakan mengesan jelopi pada 10:45 dan 9M2RPN pada 10:47. Seterusnya adalah 9W2LL-5 pada 10:52 dan 9W2AA pada jam 10:53:11.

Memasuki lebuhraya Karak mendapat 9W2RUT-2 pada 11:07 dan stesen mountain top 9M4RDG-3 pada jam 12:04 dan terus memandu hingga ke Jabor keluar dari LPT.

Tiba di Kemasik satu-satunya stesen yang ada iaitu 9W2NPN-3 telah berjaya mengesan aku pada jam 15:13 petang. Sampai di Dungun kemudian menghala ke Bukit Besi untuk memasuki LPT semula keluar ke exit Kuala Terengganu.

Perjalanan terus melalui Permaisuri yang mempunyai sebuah stesen lagi iaitu 9W2LTT-3 pada jam 18:24 petang. Malangnya bateri handy aku sudah kaput menyebabkan stesen di Kelantan tidak dapat mengesan pergerakan aku.

Pada keesokan harinya 3 Jun 2013 perjalanan patah balik ke Kuala Terengganu. Semasa di Kota Bharu aku mendapat 9W2XXP-1 pada jam 9:42 pagi dan 9W2YIE pada jam 10:28 pagi.

Pada kali ini 9M4RDG-3 mengesan aku jarak paling jauh semasa melalui Temerloh iaitu 70.6km berbanding pada bulan April di kawasan Jengka 99.6km. Ini mungkin disebabkan WX yang hujan dan mendung sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...