Monitor di 145.550MHz

Malam ini kira-kira jam 10 malam hingga 10.40 sempatlah aku monitor di 145.550MHz. QTH aku di Bangi boleh RX audio dari Banting iaitu 9W2KIV abg Roslan terima anda 4/8 boleh dicopy audio sepenuhnya. Abg Roslan QSO bersama Papa Rock 9W2PRR mungkin di Shah Alam tak silap aku basenya di sana. Terima beliau juga 4/8 takde masalah. Kemudian kedengaran Abg Ismail 9W2PPH masuk bergabung QTH mungkin di Subang juga terima 5/9 cantik bergaya. Manakala abg Khairul 9W2DOE QTH Saujana Putra juga dicopy 5/9 tanpa masalah. Akhir sekali Pak Mus 9W2OMY aku tak QSL mana QTH mungkin di Bangi terima juga 5/9.
Aku monitor menggunakan handy antena rubber duck berada di dalam rumah ditingkat atas rumah teres dua tingkat. Memang malam ini propagasi sangat baik. Window membuka ke arah barat laut dari Bangi. Harap rakan QSL atas trafik ini. Terima kasih. jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Belon DFM09P19028090 muncul dari Port Dickson

Credit 9W2DVZ   Pagi ini muncul belon jenis DFM09P 19028090 dari perairan Port Dickson. Isyarat terakhir jam 8:36 pagi berada di Bagan Siapi...